Thursday, July 31, 2008

itulah wan azizah..

dari seorang wanita yang lembut..
dari seorang ibu yang sopan..
yang hanya dengan dunia rumahtangganya sahaja..
kemudian muncul menjadi serikandi yang bingkas bangun seperti singa yang diganggu tidornya
semata2 kerana suami tercinta yang teraniaya..
kini menjadi ketua pembangkang wanita yang pertama..
menjadi pemimpin yang berkaliber..
itulah wan azizah..
hari ini dia berkorban sekali lagi untuk suaminya...
perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen permatang pauh tak disangka2..
dalam semua mata tertumpu di kulim-bandar bharu..
tak disangka2 permatang pauh jua akhirnya..
itulah politik..
tahniah wan azizah..
moga aku punya peluang beroleh zaujah yang setia dan punya semangat seperti beliau..
siapa sangka..tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia..
syabas!!

dan seterusnya..kita tunggu dan lihat..siapa bakal pengganti paklah..najib or anwar?

andalusia

Andalusia

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu

catatan pengenalan...


hari ni..31 julai 2008..blog aku dilahirkan..
entah kenapa rajin bebenar aku nak wat blog ni..
mungkin sekadar untuk mencatatkan sesuatu agar tak lapuk ditelan masa..
coretan andalusia menjadi nama pilihan aku sebab aku suka nama andalusia...
sejarah pahit manis kegemilangan Islam pernah tercatat di bumi Andalusia..
moga semangat Andalusia mampu menjadikan aku terus mencintai Islam..

sedikit informasi tentang aku...
aku adalah mahasiswa tahun 3 universiti Pendidikan Sultan Idris..
bakal seorang pendidik..dalam bidang matematik...
dilahirkan di sungai petani kedah..
dibesarkan di Jengka, pahang darul makmur..
seorang lelaki yang belum dewasa kerana perangai masih kebudak-budakkan walaupun umur sudah meningkat dewasa..
dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia..
sebuah keluarga yang mencintai Islam..
abah banyak berjuang untuk sebuah negara Islam sehingga pernah meringkuk dalam penjara..
walaupun hidup dipermulaannya agak susah..
namun Tuhan Yang Maha Pemurah..keadaannya bertambah baik..
Alhamdulillah atas segala nikmat kurnianMu..
walaupun aku banyak berlaku dosa kepadaMu..

ahh..kekeringan idea..
cukuplah untuk mukaddimah ini..
post yag seterusnya akan menyusul..
InsyaAllah..

maaf atas segala kekurangan..