Tuesday, March 24, 2009

bukit gantang..

sudah berminggu-minggu tidak disentuh blog ini, berhabuk sudah, banyak perkara yang perlu diuruskan, proposal tesisnya, microteaching itu, microteaching ini, assignment itu, assignment ini, lab report sana, lab report sini, pergi sana, pergi sini. banyak sungguh kerja aku semester ini, belum dikira komitmen lain yang diluar bidang sebagai pelajar ini. sebagai seorang bakal guru aku perlu berlatih untuk membiasakan diri dengan pelbagai kerja dan pelbagai jenis kesibukan kerana kerjaya sebagai guru adalah suatu kerjaya yang penuh dengan kesibukan, jadi supaya aku tidak mengalami kejutan budaya nanti eloklah aku menyibukkan diri sekarang. ALLAH menjadikan masa itu 24 jam sepusingan, hanya mereka yang menghargai masa, akan mengisikan masa itu dengan gerak kerja yang memberi manfaat kepada mereka dan kepada orang lain. sebagai muslim masa itu perlu dipenuhi dengan sesuatu yang mendekatkan diri kepada ALLAH agar suatu masa nanti tidak akan ada penyesalan atas kesilapan kita tidak memenuhi masa dengan berbakti kepada ALLAH. iman Hasan Al-Banna pernah berkata "Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,". penuhilah masa kalian dengan kerja dakwah dan islah, moga setiap detik yang berlalu itu tidak akan ditangisi kekesalan. ALLAH bersumpah demi masa, manusia itu sentiasa dalam kerugian, kerana masa itu tidak akan kembali tetapi akan terus berlalu tanpa akan berhenti sesaat pun. pesanan ini untuk aku dan sahabat sekalian.

pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akan berlangsung pada? aku pun dah lupa sudah agak lama tidak membaca perihal bukit gantang. tapi yang paling penting, Ir Muhammad Nizar Bin Jamaludin adalah calon yang dipilih oleh PAS sebagai calon parlimen Bukit Gantang. pilihanraya kecil ini pasti menjadi medan ujian penerimaan rakyat atas isu rampasan kuasa yang berlaku di Perak baru-baru ini. UMNO mendakwa rakyat bersama mereka tetapi mereka kecut untuk mengadakan pilihanraya semula, pelbagai cara kotor dan jijik mereka lakukan agar tiada pilihanraya semula, tetapi ALLAH itu Maha Berkuasa, tiada kuasa lain yang mampu tandingi kekuasaanNya. ALLAH tetap mentakdirkan akan berlaku juga suatu pilihanraya di Perak, iaitu Parlimen Bukit Gantang yang didalamnya ada Dun Changkat jering. kita akan lihat rakyat bersama dengan siapa. gendang masih belum lagi dipalu, tetapi kerajaan BN sudah memetik picu, Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya selama 3 bulan. tindakan keji yang sudah dapat diagak nawaitunya, perancangan suatu kuasa jahat yang diambang kehancuran untuk menghalang musuhnya. berilah alasan apa pun, rakyat tetap tahu bahawa tindakan itu ada kaitannya dengan parlimen Bukit Gantang. ayuh Nizar!, rakyat pasti bersama kamu, insyaALLAH, mereka akan terus hancur. insyaALLAH, doa aku bersama-sama perjuangan Islam di sana. usaha akan digembleng walaupun sedikit, agar tidak tercalit dosa jika Islam kalah. ayuh bersama-sama memenangkan Islam. panji-panji ALLAH akan berkibar megah di angkasa raya bukit gantang! ALLAHHUAKBAR!!!!!..

Tuesday, March 3, 2009

interactive da'wah training(IDT)

Bismillah…

Salam alayk~
alhamdulillah pada 21 hb dan 22 hb Februari yang lalu ana dipilih Allah untuk meneruskan IDT fasa 2…walaupun pada asalnya ana fikir tidak berpeluang kerana kesempitan wang dan faktor-faktor lain yang cuba menghalangi. Apapun syukur,Alhamdulillah.

Atas rasa tanggungjawab dan amanah inilah dengan sukarelanya ana ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman IDT 2 nie kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan pergi supaya kalian masih ada semangat untuk meneruskan fasa 2 demi mencari ilmu dan pengalaman mengenai dakwah non-muslim. Insya Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Disebabkan ana mempunyai kelas pada pagi sabtu maka ana tiba lewat pada hari tersebut,dan terlepas mengikuti slot pada pagi tersebut. Ana tiba di Masjid Darul Ehsan, Ampang dalam jam 12 tengahari. Slot yang sedang berlangsung pada ketika itu disampaikan oleh Brother Lim Jooi Soon mengenai masalah yang sering dihadapi oleh non-muslim dalam mendekati agama islam serta tips menyampaikan islam kepada non-muslim. Secara ringkasnya apa yang dapat diperhatikan fenomena yang berlaku di Malaysia ini, non-muslim melalui proses yang sangat rumit untuk mendalami islam berbanding di luar negara yang majoritinya bukan beragama islam. Pelik bukan? Negara ini lebih ramai penganut islam tapi sering menutup ruang untuk non-muslim mengamalkan, mendekati agama islam malah, jauh sekali menyampaikan islam kepada mereka.

Jika non-muslim bertanya kepada anda apa itu islam, apakah jawapan yang anda berikan? Malah mereka juga ada yang tahu tentang hukum islam, apabila mereka bertanya tidak solat dan tidak menutup aurat itu berdosakan, tapi kenapa ade orang islam tak buat? Nak cakap apa kat depa nie??! Supaya depa faham. Tapi yang penting dalam menyampaikan islam kepada non-muslim terangkan kepada mereka maksud istilah ISLAM itu sendiri…iaitu Salam = sejahtera, selamat dan n AsSAlam=taat, patuh kepada Allah. Terangkan juga rukun islam dan rukun Iman kerana itulah bukti penganut agama islam pastikan penerangan anda tidak mengunakan istilah atau frasa bahasa arab kerana akan menambah kepeningan mereka.Jangan sesekali menyampaikan islam kepada non-muslim dari sudut hukum…mereka bukan akan berminat malah mungkin menjauhi. Sirah Rasulullah shalallahu alayhi wassalam juga memulakan dakwah baginda dengan bab aqidah iaitu kenal dan mentauhidkan Allah. Setelah ramai yang terima islam barulah turun perintah Allah akan hukum-hakam islam. Nah, disini sunnah sudah merintis jalan cuma kita yang tidak mahu ikut atau mungkin tidak mahu ambil tahu.

Apa yang menarik dalam fasa dua kali ini kami berpeluang mendengar forum luahan dua orang saudara baru kita mengenai pengalaman perit mereka dalam mendalami agama islam. Seorang muslimin dan seorang lagi muslimat. Secara ringkas ana ingin kongsi, mengenai muslimat ini telah memeluk agama islam sejak berusia 15 tahun, kerana tertarik dan kagum beliau terhadap ukhuwah dan silaturahim di kalangan umat islam inilah telah membawa beliau kepada agama islam. Namun bukanlah mudah untuk beliau mengamalkan agama islam pada usia semuda itu kerana masih di bawah jagaan keluarga. Walaupun sedaya upaya beliau menyembunyikan keislaman namun keluarga tahu juga akhirnya dan menukarkan beliau kepada sekolah cina. Dan akhirnya beliau terputus hubungan dengan orang islam. Namun yang menyedihkan dalam tempoh beliau mencari ilmu mengenai islam, ramai ustaz dan ustazah yang beliau temui semua memberi gambaran negatif dan melemahkan semangat untuk beliau mendalami islam. Contohnya, ada yang berkata ‘kamu da besar belajarlah sendiri’. Ana sungguh tidak faham kenapa dan mengapa ada sikap sebegini dalam umat islam apatah lagi golongan agama. Terlalu banyak tribulasi dan cabaran yang muslimah ini tempuhi yang takterceritakan di sini.sama-sama kita doakan beliau tegar menjadi muslimah sejati. Beliau kini sedang menuntut di UPM. Mengenai muslimin ini pula beliau baru 6 bulan memeluk agama islam. Beliau juga tidak terkecuali menerima tamparan hebat untuk mendalami islam. Beliau merupakan bekas penuntut UNISEL dan kini sudah bekerja.

Kemuncak dalam fasa ini yang menjadikan kami sebagai peserta yang bertuah ialah kami berpeluang menyaksikan secara langsung seorang muallaf melafazkan syahadah dihadapan kami. Brother Muhammad(bukan nama sebenar) merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa dan sekarang sudah bekerja. Beliau mula mengenali dan tertarik terhadap agama islam semasa menuntut di sana. Setelah beberapa tahun mencari kebenaran dan mendapat bimbingan dari brother Lim Jooi Soon sendiri akhirnya beliau membuat keputusan untuk melafazkan Syahadah pada hari sabtu 21 februari 2009 bersamaan 25 Safar 1430H. Alhamdulillah bertambah lagi saudara kita.

Kesimpulan yang dapat dikongsikan di sini, fasa dua ini lebih menarik dengan memberi bimbingan kepada kita untuk menyampaikan islam kepada non-muslim, memahami non-muslim dan cara memberi dan menjawab hujah kepada non-muslim. Tidak kurang juga pendedahan kebenaran islam dalam kitab Bible. Kerana untuk mendakwahi mereka kita perlu menyatakan kesamaan kitab mereka dengan agama islam supaya mereka sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu oleh paderi mereka melalui penyelewengan tafsiran kitab Bible.

Ana mendapati kita sebagai umat islam tolonglah sama-sama fahami muallaf. Jangan mengajar mereka seperti kita membimbing orang islam. Mereka ibarat kanak-kanak yang baru bertatih mengenal kehidupan. Renungi semula diri kita masa kecil dahulu adakah umur 4-5 tahun islam mewajibkan kita solat dan puasa? Jadi mereka juga tidak harus terus dipaksa mencukupkan solat 5 waktu, puasa penuh 30 hari, tutup aurat labuh-labuh macam ustazah. Tak perlu bagi force kat mereka, jiwa mereka cukup dengan tekanan dan cabaran yang datang dari ahli keluarga dan tribulasi sebelum menganut islam. Kerana kadang-kadang mesej dan cara yang salah kita beri kat mereka kemungkinan menjadikan mereka menjauhi islam. Jadi berhati-hati dengan sikap kita terhadap non-muslim. Tak tahu kaedah mendekati dan membimbing mereka??? Apa lagi jom daftar IDT masih dibuka untuk fasa 1 juga…

*UNTUK LAPORAN FASA SATU BOLEH KE LINK INI~...Laporan “INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”...~ ~

Sekian dulu laporan fasa 2, bagi mereka yang berminat…berikut adalah maklumat mengenai kursus ini

“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING” ANJURAN PERKIM AMPANG"
OBJEKTIF PROGRAM:

1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
2. MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
3. MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH:
-KEWAJIPAN BERDAKWAH
-SEJARAH AGAMA KRISTIAN-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN-KEPERCAYAAN ORANG CINA
-KEPERCAYAAN ORANG HINDU-SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM-QURAN, BIBLE DAN SAINS
-PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIANMEMAHAMI MUALLAF

PENCERAMAH
-Lim Jooi Soon
-Muhammad Amin Yaacob
-Kamarul Zaman Noor Mohamed

Program 2009:
Fasa Satu
17-18 Jan
14-15 Feb
7-8 Mac
11-12 Apr
9-10 Mei
13-14 Jun
11-12 Jul
8-9 Ogos
17-18 Okt
21-22 Nov
12-13 Dis
Fasa Dua
21-22 Feb
23-24 Mei
19-20 Dis
Fasa Tiga
28-29 Mac

Tempat:
Masjid Darul Ehsan,Taman TAR,68000 AmpangSelangor

Masa:
8.30 pagi hingga 5.30 petang

Yuran :
RM100 untuk pelajar,
RM120 untuk yg bekerja (makan,buku, dan bahan2 dakwah.
Tiada unsur bisnes /mengambil untung.)

untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi:
012-3661121 (Bro.Lim)

sekian terima kasih =p...

.:.ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN SEKADAR AMBIL MUDAH.:.

~wallahu'alam bisawab~

p/s:..bukan tulisan ana..sekadar untuk memenuhi amanah untuk promosi program ini..

Monday, March 2, 2009

sidana09um

terasa ingin berkongsi suatu pengalaman menyertai program simposium perdana mahasiswa islam malaysia (sidana) di universiti Malaya semalam. suatu program yang sememangnya bermanfaat kepada mahasiswa Islam. bermatlamat agar mahasiswa Islam memainkan peranan yang lebih dalam usaha untuk menjadikan masyrakat lebih bertamadun dan menyedarkan mahasiswa Islam tentang tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam perjuangan Islam.(wah betul ke matlamatnya tu?hehe). program ini melibatkan ramai pembentang kertas kerja, termasuk lah dua orang politikus negara, Ibrahim ali(mp pasir mas) dan saifudin nasution(mp machang).

dalam banyak-banyak ucapan, ucapan ibrahim ali yang banyak menarik minat aku, bukan atas sebab ucapannya menarik dan berilmiah tetapi kerana ucapannya yang menyakitkan hati ku yang suci murni ni. beliau memang terkenal dengan mulut lasernya, macam azwan ali la lebih kurang. antara dakwaan dan dakyah beliau yang menarik telinga aku untuk mendengar dengan teliti dan seterusnya mencatat adalah beliau mendakwa dengan penuh rasa bangga bahawa beliau adalah seorang pejuang yang 'non-ideology based' semenjak zaman mahasiswa sampailah sekarang. istilah itu ditafsirkan oleh ibrahim ali sebagai seorang pejuang yang tidak berpegang pada mana-mana ideology dalam perjuangannya, lebih tepatnya adalah bermaksud seorang yang bebas. seperti sekarangla dan tidak memihak kepada umno, pas, pkr dan semestinya bukan dap.(beliau mendakwa beliau adalah seorang wakil rakyat bebas walaupun beliau menjadi wakil rakyat atas ehsan PAS). betulkah begitu hal sebenarnya?adakah beliau memang bebas sejak zaman mahasiswa sehingga sekarang?persoalannya, bagaimana pula ketika beliau berideologikan umno dulu??bukankah itu 'ideology based'?beliau berjuang di dalam UMNO berpuluh tahun, pernah jadi timbalan menteri sehinggalah beliau dipecat keahlian seumur hidup oleh UMNO. itu adalah perjuangan yang 'ideology based'. jadi hujah kebanggaan beliau dapat daku sanggah.hehe.

seterusnya pula, beliau mendakwa beliau risau dengan keadaan di pulau pinang yang mana cina DAP mempunyai kuasa majority 2/3. kerisauan beliau jelas terpancar pada memek muka beliau yang sudah dimamah usia itu. kerisauan itu atas dasar bimbang p.pinang menjadi next singapore. wahhh..beliau risau rupanya sebab cina pegang pulau pinang, bagusnya Ibrahim ali. tapi beliau lupa mungkin yang sebelum dap, cina juga yang perintah pulau pinang, yakni cina gerakan dan masalah orang melayu p.pinang bukan timbul selepas dap perintah walhal sudah lama sebelum itu lagi isu melayu pulau pinang tidak pernah selesai. kenapa ibrahim ali tidak menyalahkan umno dalam isu ini, mengapa hanya menyalahkan pakatan rakyat padahal UMNO punya lebih kerusi berbanding kerusi gerakan ketika itu, tapi kenapa tidak berjuang untuk melayu?dah tentu mana-mana bangsa pun tidak akan beria-ia membela nasib bangsa lain, jadi apa peranan umno dalam membela melayu pulau pinang?padahal kuasa pusat umno pegang, lebih daripada cukup untuk bela melayu p.p dan melayu lain. pakcik ibrahim2...

ada lagi sebenarnya nak tulis..tapi perut dah lapar..nak p makan nasi lemak sat na..huhu

p/s:..ye ye je aku ni jawab hujah ibrahim ali..cam best je..=)