Tuesday, April 13, 2010

perkongsian-kuliah subuh-ustaz tarmizi-slim river


Sedikit perkongsiaan ilmu apa yang sempat ana dengar pagi tadi dalam kuliah tafsir oleh ustaz tarmizi di masjid sultan Idris II, Slim River.

Terdapat 5 jenis hidayah dalam kehidupan ini iaitu:

1) Hidayah Tabi’e

2) Hidayah pancaindera

3) Hidayah ‘akal

4) Hidayah Din (agama)

5) Hidayah Taufiq

Hidayah tabi’e adalah seperti ketika kita masih bayi, jika lapar kita akan menangis, jika basah kita akan menangis, berkenaan dengan tabi’e manusia. Manakala hidayah pancaindera pula, kita boleh membezakan baik dan buruk sesuatu perkara melalui pancaindera kita. Hidayah ‘akal pula adalah keupayaan akal yang dikurniakan ALLAH untuk kita membezakan baik buruk, kebenaran dan kebatilan. Hidayah agama pula adalah pengetahuan yang ALLAH kurniakan kita dalam agama ini, hukum hakam nya, apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Manakala hidayah taufiq adalah kekuatan untuk manusia mengikuti apa yang agama Islam perintahkan. Contohnya, Orang yang minum arak tahu haramnya arak tapi dia tetap minum, kerana apa? Kerana ALLAH tidak kurniakan dia hidayah taufiq kepadanya..ramai manusia tidak memperoleh hidayah taufik dari ALLAH..kerana ramai yang masih ingkar biarpun mereka tahu perkara tersebut adalah salah..

yaALLAH kurniakan aku, ibu bapaku, serta seluruh muslimin muslimat hidayah dan taufik Mu ya ALLAH..

Sekadar itu sahaja perkongsian ilmu untuk semua..jika ada kesalahan harap diperbetulkan..

Saturday, April 10, 2010

mencari kebolehan diri...


apa kebolehan yang aku ada ye?
entahla..macam takde ape2 kebolehan pun..
selalu perkara ini yang bermain dalam fikiran aku..

tapi sekarang aku berfikir..kebolehan boleh dicari dengan usaha dan latihan..
sedikit sebanyak sudah berasa ada perkara yang aku boleh buat sebenarnya..

bila bercakap di hadapan khalayak ramai sudah ada keyakinan dan lebih berani berbanding zaman muda mudi aku dulu..
sudah tiada lagi getaran di kaki aku..
sudah boleh mengawal keadaan..

pagi tadi pun telah mencuba suatu yang baru dalam hidup aku..
menyampaikan kuliah subuh buat adik2 kem ibadah sk slim village..
senang je rupanya..alhamdulillah..semakin hari semakin bertambah keyakinan untuk aku berpublic speaking ni..

lama dah x mencoret disini..banyak perkara nak dikongsikan tapi sudah kelupaan..
sangat sibuk kehidupan aku sekarang,,.bermacam-macam taklifan yang ditrima..
moga segala taklifan ini mematangkan aku..
dan diterima segala kerja buat aku oleh ALLAH SWT..

hidup aku sentiasa ada pasang surut..sentiasa diuji ALLAH dengan bermacam-macam ujian.tarbiyyan buat aku..moga jadi Muslim yang lebih baik dan dekat hatinya pada ALLAH..
sentiasa bergantung harap kepadaNya..
semoga aku kuat untuk jauhkan diri dari segala kemaksiatan..

melihat anak-anak murid aku di sini..
menjadikan aku sedar bahawa tanggungjawab sebagai seorang guru bukan mudah..
aku ingin jadi guru yang mampu membawa anak murid aku kembali kepada kehidupan Muslim sebenar..
bermacam perkara aku lihat yang menyesakkan nafas aku..
guru harus berperanan sebagai seorang dai'e!!!..
kembalikan generasi muda Islam kepada Islam yang sebenar..

sekadar ini sahaja..Assalamualaikum..