Tuesday, September 7, 2010

duit raya

Alhamdulillah,,seusai mengimami solat tarawih tadi..aku dihulurkan sesuatu oleh pengerusi surau..
sehelai kain pelekat untuk aku dan seorang lagi sahabat sebagai tanda penghargaan daripada pihak jawatankuasa surau.sesampai dirumah terlihat sekeping sampul hijau terselit di dalam nya, berisi duit raya buat aku, rm60..sesuatu yang tak pernah aku harapkan dan fikirkan walau sekelumit..(tapi dah orang kasi..amek jela..hehe)..patutla ada arahan lisan daripada pakcik tu supaya hanya membuka kotak kain pelikat itu sesudah sampai dirumah..bagi aku, ia suatu pemberian yang melebihi daripada yang aku sumbangkan, jadi imamnya tidak seberapa, culas dalam menjalankan amanah..

aku yakin ada hikmah mengapa ALLAH aturkan supaya ramadhan kali ini aku bersama dengan mereka..banyak aku pelajari daripada golongan-golongan veteran di surau itu..ilmu dan semangat mereka mengagumkan aku..moga ALLAH rahmati aku dan mereka..

pemberian itu juga menandakan bahawa ramadhan sudah di penghujungnya.sedikit sebak mengenangkan bahawa ramadhan yang sentiasa dinanti ini akan pergi meninggalkan aku,.belum puas rasanya bersama dengan ramadhan..,masih terasa banyak perkara yang aku belum mampu ubah.,aku bimbang tarbiyyah ramadhan yang aku jalani sekarang belum mampu menjadikan aku kuat untuk tempuh kehidupan saterusnya..YaALLAH, kuatkan hati hambaMu yang lemah dan hina ini..panjangkan umurku agar aku bisa ketemu ramadhan yang seterusnya yaALLAH...

p/s: salam lebaran buat keluarga, sahabat sahabiah serta seluruh umat Islam, semoga kita beroleh rahmat dan keampunan Ilahi serta moga ALLAH menjadikan jiwa dan raga kita hidup hanya untuk perjuangan Islam semata..

perkongsian...

subhanallah, walhamdulillah, ALLAHHUAKBAR!!
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..

"ketahuilah, agama ini hanya akan tertegak di atas pundak orang-orang yang memiliki azam yang kuat. ia tidak akan tegak di atas pundak orang-orang yang lemah dan hanya suka bermain-main. tidak akan pernah!!- Dr Najih Ibrahim

kata-kata indah diatas aku petik dari sebuah buku yang sedang dalam proses untuk aku baca dan hadamkan..kata-kata yang diungkap oleh seorang tokoh gerakan Islam Dr Najih Ibrahim daripada sebuah buku yang bertajuk 'Kepada Aktivis Muslim'.. Alhamdulillah, buku yang sangat berguna untuk semua ahli gerakan Islam sebagai suatu muhasabah untuk mengkoreksi diri kita sepanjang berada diatas jalan yang mulia ini..

penulis buku ini menegaskan bahawa musuh utama aktivis Islam ada empat, iaitu nafsu, syaitan, dunia dan hawa nafsu. penulis juga membawa kita menyoroti tiga hal utama yang harus dilakukan para aktivis iaiti da'wah, hisbah dan jihad. juga banyak lagi perkara menarik dan amat berguna untuk para aktivis da'wah. semoga pembacaan ini memberi input yang berguna untuk aku tempuh cabaran-cabaran yang mendatang.

"Amal Islami bukanlah aktivitas yang cukup dikerjakan di saat anda memiliki waktu luang dan bisa anda tinggalkan saat sibuk. Tidak, amal Islami terlalu agung dan teramat mulia jika diperlakukan seperti itu"- Dr Najih Ibrahim

buku ini aku jumpa ketika keseorangan meronda-ronda bandar temerloh, niat asalnya untuk mencari pakaian untuk lebaran tetapi menukar rancangan setelah memasuki sebuah kedai buku, antara buku lain yang aku baru beli, 'taktik dan strategi berpolitik gaya khulafa Ar-Rasyidin' karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sebuah lagi buku berjudul 'Rasulullah Pendidik terulung~40 teknik Rasulullah Mengajar ' karya Al-'Allamah Syeikh Al-Muhaddith Al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi Al-Suri..semoga buku-buku ini dapat aku habiskan dan hadamkan sebaik mungkin..

p/s: teruskan mencari rahmat dan keampunan ALLAH disaat-saat akhir Ramadhan ini..jangan kita tergolong dalam golongan hambaNya yang rugi..

Thursday, September 2, 2010

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..

Alhamdulillah..kembali menghadap pc ni untuk aku mencoret sesuatu ..seperti kebiasaan, tiada apa-apa yang penting mengenai coretan aku kali ini, sama seperti yang sebelumnya..hanya sekadar cerita untuk suka-suka..biarpun tajuknya nampak gah tapi aku bukan berniat untuk bercerita berkenaan wali ALLAH ini..tapi mungkin ada sedikit relasi..teruskan membaca

semalam, seusai solat tarawih, aku teringat akan kejadian ini..kejadian yang sangat menarik lah bagi aku sepanjang keberadaan aku di muka bumi ALLAH ini selama hampir 23 tahun..=)

kejadian ini berlaku ketika aku masih di bangku sekolah rendah lagi kalau tak silap.. di suatu malam yang hening, aku dan keluarga memulakan perjalanan ke rumah tok ayah, seorang guru sufi abah di kampung gua, padang tengku, kuala lipis..dalam perjalanan, kami singgah makan di sebuah kedai roti canai popular di bandar jengka berhampiran Giat Mara jengka..dalam duk pelahap roti canai tu..singgah seorang pemuda melayu lalu masuk ke dalam kedai tersebut..tiba-tiba dia meluru kearah abah,..sambil melutut, mencium tangan dan pipi abah pemuda tersebut menangis teresak-esak....kami sekeluarga keliru dan terkejut..tak tahu apa yang berlaku aku sekadar memerhati.."apesal plak abang sorang ni, aku pon tak pernah nangis2 camtu kat abah hatta hari lebaran sekalipun?"getus hati aku..abah pula sambil tersenyum kacak, melayan rintihan pemuda tersebut..mereka berbual..tapi aku tak ambil peduli sangat apa yang dibual..apa yang aku nampak hanya roti canai dan sambalnya yang sedap tu..hanya yang aku ingat dia panggil ayahanda dan bonda kat abah dan mama..

setelah selesai anak muda tu meluahkan rasa dan air matanya..kami beransur memulakan kembali perjalanan..dia menghantar kami sampai ke kenderaan..aku terketawa sedikit mengenangkan peristiwa tadi yang bagi aku terselit sedikit unsur-unsur humor ditambah dia memanggil abah dengan panggilan ayahanda..

dalam perjalanan abah menceritakan apa yang berlaku..pemuda itu menangis dan meluru kearah abah adalah kerana ketika itu dia melihat abah sebagai syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..(wali tu ...hehehe)..sangat mistik...dia benar-benar menganggap abah adalah syeikh Abdul Qadir Al-jailani..sebab tu dia melutut, peluk dan cium abah.."biar betul abang tu..betul ke idak?"getus hati aku lagi..mungkin dia melihat abah yang ketika itu berjambang lebat ada irasnya seperti ketua para wali tersebut..aku melihat abah tersenyum dan terus tersenyum..mungkin terkenang kesan keagungan dzikrullah yang sering dia amalkan..aku biarkan abah dan lamunannya kerana ketika itu aku harus tidur,.tidur kerana tidak sanggup menempuh jalan ke kuala lipis yang berlingkar macam ular..sebelum aku muntah darah, baik aku tidur..dan aku tahu sesampai di kuala lipis abah menceritakan pengalamannya itu kepada ayah angkatnya itu..sambil aku terus dibuai mimpi..

selepas beberapa tahun, kami kembali bertemu pemuda tersebut di suatu ceramah Tuan Guru Hj Hadi Awang, di jengka 20..ketika itu pemuda tersebut menjaga parking kenderaan..keadaannya ketika itu sangat terurus dan bersih wajahnya..terkejut dengan pertemuan semula itu, abah dan dia berpelukan, sambil dia berkata "kenapa ayahanda sudah tidak berbau wangi seperti syeikh Abdul Qadir Al-Jailani?"....emmmm...

kesimpulan daripada cerita ini..kalian simpulkan lah sendiri..yang penting bagi aku..ia peristiwa yang menarik..wallahhua'lam..