Thursday, July 31, 2008

catatan pengenalan...


hari ni..31 julai 2008..blog aku dilahirkan..
entah kenapa rajin bebenar aku nak wat blog ni..
mungkin sekadar untuk mencatatkan sesuatu agar tak lapuk ditelan masa..
coretan andalusia menjadi nama pilihan aku sebab aku suka nama andalusia...
sejarah pahit manis kegemilangan Islam pernah tercatat di bumi Andalusia..
moga semangat Andalusia mampu menjadikan aku terus mencintai Islam..

sedikit informasi tentang aku...
aku adalah mahasiswa tahun 3 universiti Pendidikan Sultan Idris..
bakal seorang pendidik..dalam bidang matematik...
dilahirkan di sungai petani kedah..
dibesarkan di Jengka, pahang darul makmur..
seorang lelaki yang belum dewasa kerana perangai masih kebudak-budakkan walaupun umur sudah meningkat dewasa..
dibesarkan dalam sebuah keluarga yang bahagia..
sebuah keluarga yang mencintai Islam..
abah banyak berjuang untuk sebuah negara Islam sehingga pernah meringkuk dalam penjara..
walaupun hidup dipermulaannya agak susah..
namun Tuhan Yang Maha Pemurah..keadaannya bertambah baik..
Alhamdulillah atas segala nikmat kurnianMu..
walaupun aku banyak berlaku dosa kepadaMu..

ahh..kekeringan idea..
cukuplah untuk mukaddimah ini..
post yag seterusnya akan menyusul..
InsyaAllah..

maaf atas segala kekurangan..

3 comments:

aya hidayah said...

birthday blog awk same ngn birthday saye...weeeee~

Anonymous said...

wah..bagus2 baha.ada kemajuan..
rajin2 explore ttg blog yer..

blaja tentang coding skit..nanti leh design blog lawa2..

Redz da Tsar said...

tahniah che gu baha...
Semoga blogmu menjadi sumber maklumat yang baik