Tuesday, February 23, 2010

tajuknya tak tau...

assalamualaikum...
ALLAHHUAKBAR!!!..ALLAHHUAKBAR!!!..ALLAHHUAKBAR!!!

hari ni ALLAH menggerakkan hati seterusnya tangan aku untuk mencoretkan beberapa perkara dalam blog aku ini..hari ini dah lebih sebulan aku di SMK Dato zulkifli Muhammad, semakin hari semakin aku dapat membiasakan diri dengan amanah sebagai guru..sudah semakin tahu bagaimana untuk mengawal kelas, bagaimana untuk menyampaikan sesuatu ilmu dengan kaedah yang betul..aku banyak belajar dari pengalaman yang diperoleh hari demi hari..berusaha dan terus berusaha untuk memberi yang terbaik untuk semua..namun ada juga kelemahan yang perlu aku perbaiki, ketelanjuran aku dengan tidak memasuki kelas ganti yang telah diamanahkan..membuat aku berasa berdosa..moga ALLAH mengampuni aku dan tidak dipersoalkan di padang masyar kelak..Astaghfirullahhal'azim...

malang juga bagi aku kerana surau sekolah ni yang kerap aku jadikan tempat aku meregangkan otot dan sendi aku sudah dikunci..untuk mengelakkan pelajar jadikan surau sebagai tempat ponteng..aku dah tiada tempat untuk rehat..huhu.. untuk hari-hari aku disekolah..huhu..sedang dalam proses untuk meminta kunci tersebut, nak guna hanya untuk 5 ke 10 minit sahaja..minta dipermudahkan..

mengira hari untuk kedatangan pensyarah yang belum tahu bila akan hadirnya..minggu ni jadual sekolah bertukar lagi..aku sedang menanti jadual yang terbaru..yang entah bilakan akan dapat..alhamdulillah..boleh aku rehat dan siapkan beberapa kerja yang terbengkalai..

hujung minggu ni..ulangtahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..12 Rabiulawal..semoga kita sama2 menjadi penerus kepada perjuangan Rasulullah SAW bukan menjadi penentang dan penghalang kepada perjuangan Islam ini..ayuh, sama-sama kita pahatkan nama kita sebagai antara mata rantai perjuangan Islam ini..bukan kita hanya sekadar berarak memegang sepanduk, berselawat sambil gelak ketawa..tapi kita tinggalkan sunnahnya jauh dari kehidupan kita,,jangan kita hanya mengingati Rasulullah SAW hanya setahun sekali..tapi biar Rasulullah hidup dalam hati kita tiap detik dan ketika..dan aku juga berasa bertuah kerana aku berkongsi tarikh lahir yang sama dengan Rasulullah SAW..aku juga dilahirkan 12 Rabiulawal 23 tahun yang lepas..moga sedikit sebanyak aku mampu mencontohi Rasulullah SAW..akhir kalam..Assalamualaikum..

p/s: ada kelas ganti..!!!

No comments: