Saturday, March 6, 2010

aku sedang teringat sesuatu..

teringat kisah ku di zaman remaja dulu kala..
ketika menuntut ilmu di sekolah berasrama penuh integrasi temerloh...
kisah yang kemudiannya dijadikan sebagai salah satu prinsip hidup aku..

pernah dimarahi abah dengan teruknya kerana aku telah mencium tangan ydp pibg sekolah aku yang juga ahli parlimen kuala krau yang telah mengalahkan Tuan Ibrahim Tuan Man pada pru 2004 dan 2008..kejadian berlaku dalam suatu majlis bacaan yasin..

seusai majlis, selepas solat isyak, masing2 beratur dan bersalaman dengan ahli parlimen tersebut..
sambil dalam sedar dan tak sedar aku melihat abah ku tersayang tekun memerhatikan gerak langkah aku..habis je salam..abah panggil aku..huhu..

kenapa angah cium tangan dia?!!..cium tangan seorang yang menentang perlaksanaan Islam..huh!!!..panjang lebar aku dinasihati oleh abah aku malam tu..dan sejak dari itu aku pegang nasihat tu sebagai prinsip aku..never do it again!!!..mereka adalah penentang kepada pelaksanaan Islam..tak akan aku hinakan diri aku dengan menghormati mereka2 ini!!..

kenapa aku cerita benda ini malam ni..sebab kat masjid tadi ramai remaja-remaja sekolah yang dikerah ke program juara rakyat di slim river ni..zambry pun ada!!..jadi aku teringat peristiwa tu..

selingan antara maghrib dan isyak tadi..ustaz berkata, bilal bin rabbah antara sahabat Nabi yang termulia..biar dadanya ditindih dengan batu besar dibawah terik mentari, tapi akidahnya langsung tidak tergugat, mulutnya terkumat kamit dengan kalimah 'ahad..ahad..ahad..'..tapi kita di akhir zaman ini, biar hanya diletakkan kain pelekat, kain batik di dada kita..akidahnya mula senget..jauh dari akidah sebenar..kata ustaz tersebut dihadapan zambry and the geng..mabruk2!!!!

No comments: