Friday, July 23, 2010

Baitulda'wah

Assalamualaikum..sudah lama aku tidak menaip di ruangan ini..hari ini ALLAH beri idea kepada aku untuk berkongsi sesuatu kepada alam..kisah dibawah ini aku petik daripada sebuah buku yang sedang dibaca bertajuk 'Tokoh-tokoh besar gerakan Islam dalam sejarah~kisah-kisah inspiratif para pemimpin gerakan Islam sedunia'. secebis kisah kekuatan seorang isteri dan anak-anak dalam sebuah keluarga hasil tarbiyyah Ikhwanul Muslimin. secebis kisah yang memberi semangat kepada aku untuk terus berada diatas jalan ini..ditarbiyyah dan mentarbiyyah..yaALLAH, kurniakan aku kekuatan untuk terus bertahan dan bertahan mencari cintaMU..

Ummu Usamah, seorang muslimat, seorang serikandi Islam, Isteri kepada Mursyid kedua Ikhwanul Muslimin Hasan al-Hudhaibi. kisah ini berlaku ketika Hasan al-Hudhaibi ditahan dipenjara. seorang menteri kerajaan Mesir telah menghantar isterinya bertemu Ummu Usamah, bertujuan untuk menenangkannya serta memberitahu bahawa menteri tersebut telah berbuat yang terbaik untuk menyelamatkan Hasan al-Hudhaibi..

apa jawapan Ummu Usamah?

Ummu Usamah berkata: "siapa yang memberitahu kepada suamimu yang kami gelisah dan sedih sehingga kamu bersusah payah untuk memberi nasihat kepada kami, menenangkan hati kami dan memberi khabar gembira bahawa Ustaz selamat? Apakah puan ingin memberitahu kepadaku dan anak-anakku bahawa hukuman telah ditetapkan sebelum dijalankan perbicaraan? Adakah puan mahu memberitahu kepada kami bahawa hukuman yang akan diterima oleh Ustaz adalah hukuman Mati?

Ummu Usamah seterusnya menegaskan: "Wahai Saadiyah Hanim, isteri pembesar Mesir yang mulia, saya mohon agar puan dengar dengan baik dan sampaikan kepada tuan menteri! sampaikan bahawa Hasan al-Hudhaibi tidak memegang kepimpinan Ikhwan Muslimin kecuali setelah menyaksikan pendahulunya yang agung, Asy-syahid Hasan al-Banna telah diculik dan dibunuh secara keji dengan terang-terangan di tepi jalan ibu kota negara ini. Hudhaibi tidak menerima untuk menjadi pengganti beliau kecuali menunggu akhir kehidupannya yang sama seperti beliau. sungguh; ia telah menjual dirinya untuk ALLAH dan kami juga menjual diri kami bersamanya untuk ALLAH. Bila semua itu terjadi kerana takdir ALLAH, maka tak seorang pun akan melihat kami kecuali dalam ketenangan, ketenteraman, dan kebahagiaan. sebab kami serahkaan sepenuhnya degala urusan manusia kepada ALLAH. kami mengharapkan pahalaNya dan kami sngat berbahagia bila dapat menyusulnya sebagai syuhada."

kemudian Ummu Usamah berpaling kepada anak-anaknya sambil berkata: "inilah pendirian ummi, bagaimana pendapat kalian wahai anak-anakku?"

serantak mereka menjawab: "tidak ada perbezaan sedikit pun pendapat kami dengan pendapatmu, wahai ummi!

No comments: