Friday, August 22, 2008

israel laknat ingin membina kuil yahudi di dinding Buraq

Jumaat, 15/08/2008 -Jawatankuasa Al-Quds di bawah Kementerian Awqaf dan hal ehwal agama Palestin Rabu lalu memberi amaran tentang niat Israel untuk membina kuil Yahudi di dinding Buraq di Baitul Maqdis, sambil menambah bahawa terdapat perancangan lain oleh Zionis untuk menukar bangunan bersejarah Islam kepada kuil mereka.

Dalam kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, jawatankuasa tersebut menyatakan bahawa Zionis berperancangan untuk mensasarkan kawasan timur, selatan dan barat serta kawasan Maghareba.

Jawatankuasa itu juga turut membantah keras pihak UNESCO kerana memberi keputusan baru-baru ini yang membenarkan pihak rejim Israel mengubahsuai Masjid Al-Aqsa, menegaskan bahawa UNESCO telah mencabul prinsip perundangan antarabangsa dengan membenarkan keputusan itu yang memberi makna ia menghalalkan tindakan penjajahan oleh Israel dan perbuatan mereka ke atas Masjid Al-Aqsa.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : WeWR

1 comment:

RAJA GHAZALI said...

salam kenal dari batam, informasinya sangat menarik... thank's sukses selalu buat anda