Wednesday, October 22, 2008

kemenangan barisan kebajikan!!!

Keputusan PRK yang diumumkan petang tadi dilihat menepati ramalan ramai pihak berdasarkan manifesto dan strategi kempen calon-calon 'kebajikan' yang berkesan. Kumpulan ‘Kebajikan’ yang diwar-warkan sebelum ini benar-benar membuktikan mereka relevan meskipun dilabel sebagai ‘basi’ dan sebagainya. Menurut sumber, daripada 11 kerusi yang ditandingi, mereka berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum. Calon-calon daripada kumpulan ‘kebajikan’ ini dikatakan mempunyai kekuatan dari segi sokongan mahasiswa di kalangan mereka yang begitu komited dengan gerak kerja kempen sehingga saat terakhir. Mereka juga dikatakan berupaya menarik perhatian ramai pengundi dengan isu dan manifesto yang dibawa dalam PRK kali ini.
Kumpulan ini berjaya menafikan majoroti 2/3 kumpulan yang dikenali sebagai 'kualiti' setelah berjaya menawan 8 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan.


p/s:diimport dari laman upsikini.blogspot.com

1 comment:

Maria Bishop said...

Hi great reading yyour post