Tuesday, March 24, 2009

bukit gantang..

sudah berminggu-minggu tidak disentuh blog ini, berhabuk sudah, banyak perkara yang perlu diuruskan, proposal tesisnya, microteaching itu, microteaching ini, assignment itu, assignment ini, lab report sana, lab report sini, pergi sana, pergi sini. banyak sungguh kerja aku semester ini, belum dikira komitmen lain yang diluar bidang sebagai pelajar ini. sebagai seorang bakal guru aku perlu berlatih untuk membiasakan diri dengan pelbagai kerja dan pelbagai jenis kesibukan kerana kerjaya sebagai guru adalah suatu kerjaya yang penuh dengan kesibukan, jadi supaya aku tidak mengalami kejutan budaya nanti eloklah aku menyibukkan diri sekarang. ALLAH menjadikan masa itu 24 jam sepusingan, hanya mereka yang menghargai masa, akan mengisikan masa itu dengan gerak kerja yang memberi manfaat kepada mereka dan kepada orang lain. sebagai muslim masa itu perlu dipenuhi dengan sesuatu yang mendekatkan diri kepada ALLAH agar suatu masa nanti tidak akan ada penyesalan atas kesilapan kita tidak memenuhi masa dengan berbakti kepada ALLAH. iman Hasan Al-Banna pernah berkata "Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,". penuhilah masa kalian dengan kerja dakwah dan islah, moga setiap detik yang berlalu itu tidak akan ditangisi kekesalan. ALLAH bersumpah demi masa, manusia itu sentiasa dalam kerugian, kerana masa itu tidak akan kembali tetapi akan terus berlalu tanpa akan berhenti sesaat pun. pesanan ini untuk aku dan sahabat sekalian.

pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akan berlangsung pada? aku pun dah lupa sudah agak lama tidak membaca perihal bukit gantang. tapi yang paling penting, Ir Muhammad Nizar Bin Jamaludin adalah calon yang dipilih oleh PAS sebagai calon parlimen Bukit Gantang. pilihanraya kecil ini pasti menjadi medan ujian penerimaan rakyat atas isu rampasan kuasa yang berlaku di Perak baru-baru ini. UMNO mendakwa rakyat bersama mereka tetapi mereka kecut untuk mengadakan pilihanraya semula, pelbagai cara kotor dan jijik mereka lakukan agar tiada pilihanraya semula, tetapi ALLAH itu Maha Berkuasa, tiada kuasa lain yang mampu tandingi kekuasaanNya. ALLAH tetap mentakdirkan akan berlaku juga suatu pilihanraya di Perak, iaitu Parlimen Bukit Gantang yang didalamnya ada Dun Changkat jering. kita akan lihat rakyat bersama dengan siapa. gendang masih belum lagi dipalu, tetapi kerajaan BN sudah memetik picu, Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya selama 3 bulan. tindakan keji yang sudah dapat diagak nawaitunya, perancangan suatu kuasa jahat yang diambang kehancuran untuk menghalang musuhnya. berilah alasan apa pun, rakyat tetap tahu bahawa tindakan itu ada kaitannya dengan parlimen Bukit Gantang. ayuh Nizar!, rakyat pasti bersama kamu, insyaALLAH, mereka akan terus hancur. insyaALLAH, doa aku bersama-sama perjuangan Islam di sana. usaha akan digembleng walaupun sedikit, agar tidak tercalit dosa jika Islam kalah. ayuh bersama-sama memenangkan Islam. panji-panji ALLAH akan berkibar megah di angkasa raya bukit gantang! ALLAHHUAKBAR!!!!!..

No comments: