Wednesday, July 22, 2009

dari hati yang tandus...

makin susah nak kemaskini blog aku ni..sebab rumah baru tiada internet..
terpaksa ke cybercafe untuk melepaskan rindu pada dunia maya ni..

tiada apa yang menarik dalam kehidupan aku kebelakangan ini...
rutinnya seperti biasa..tiada yang extraordinary...
kecuali, aku baru sahaja melepasi suatu fasa kejatuhan kekuatan hati...
lemahnya hati aku baru-baru ini...
sebabnya mungkin kerana kurangnya ingat pada Robbul jalil...
fasa tu sudah mampu diatasi sedikit demi sedikit..
alhamdulillah..

lama lagi aku perlu bertahan dan mempertahankan hati aku ini daripada kecelaruan ini..
sampai nafas di halkum aku masih lagi perlu hadapi permainan hati ini..
jatuh dan bangunnya memeritkan..
terutamanya bagi aku yang sedia kala lemah dan melemaskan ini..

YaALLAH, Tuhan yang membolak balikkan hati...
Engkau teguhkan hati aku ini di jalanMu..
jangan Engkau biarkan hati ini terus jatuh ke lembah maksiat..ke jurang api neraka..
Engkau jadikanlah hati aku ini hati yang kuat dan sentiasa mengingati Engkau dikala susah mahupun senang...

semalam ada ustaz berpesan...
seorang muslim perlu sentiasa membaca..
seorang muslim perlu sntiasa motivasikan diri sendiri dengan hafalan ayat-ayat Al-Quran..
seorang muslim yang hendak menjadikan dirinya hebat perlu sentiasa merancang..
kehidupannya perlu dirancang sebaiknya..sambil menunjukkan contoh perancangan kehidupannya dan keluarganya..
hebat,..aku akan cuba mencontohinya...insyaALLAH..
perancangan 5 tahun hidup aku akan terbit...
yaALLLAH permudahkan segalanya...

3 comments:

MieTo said...

aaaa..
ambo dok pehe gapo mu carut..
cmne hidup abang seniorku..
adakah menunjukkan peningkatan?
hua3..

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

Hati akan menjadi elok dan tenang dengan 5 perkara:
1)membaca Al-Quran dan tadabbur
2)mengosongkan perut
3)qiamullail, merintih kpd Allah diwaktu tgh malam
4)memakan makanan halal
5)bergaul dengan org2 soleh
(intipati hadis 40.riwayat albukhari dan Muslim)

Perkongsian dgn kamu.Moga kamu kuat ye.Teruskan perjuangan. Sandarkan segalanya pada Allah=) Selangkah kita rapat kepadaNYa seribu langkah Allah dekat pada kita.jaga iman dan diri.

Nurulfazlina Ain Rasol said...

Assalamu'alaikum warahmatullah wabarakatuh....

hati adalah nakhoda kepada kepada badan...
cara nak ubat masalah hati hanyalah satu. Dekatkan diri dengan ALLAH....
insya ALLAH semua masalah hilang...