Thursday, September 10, 2009

Najib tegaskan Umno adalah parti Islam sebenar

SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.


Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,
" katanya ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini, hari ini.


Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.


"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar.


"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," katanya.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peristiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," katanya.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan. - Bernama

najib dan islamnya..alhamdulillah, Najib sudah mahu perjuangkan Islam..pelik tapi benar..
semenjak menjadi PM ni..pelbagai pembaharuan yang sudah digerakkan..bermula dengan 1Malaysia sehinggalah sekarang mengakui bahawa UMNO adalah parti Islam yang sebenar..sudah pasti PAS sudah tidak senang duduk kerana UMNO juga parti Islam..definasinya mudah, kerana UMNO berjuang menentang kemiskinan, Islam mengatakan kemiskinan itu menghampiri kekufuran justeru itu Umno layak digelar parti Islam kerana ia menentang kekufuran..begitulah sifir Najib..sifirnya menggelikan hati seumpama siti sifir..betullah apa yang dihujahkan najib itu..perjuangan menentang kemiskinan itu suatu yang dituntut Islam..tapi cukupkah sekadar itu..bagaimana dengan tuntutan-tuntutan yang ALLAH wajibkan hambaNya laksanakan?contohnya, hukum dan undang-undang syariah..baru nak rotan kartika dengan 8 rotan dan melatah lebih dari si pesalah..belum lagi nak jalankan yang lain..kalau berdasarkan hujahnya najib, negeri jepun, korea, dan negara-negara eropah lain yang lebih kedepan dalam membasmi kemiskinan juga boleh gelarkan pemerintah mereka adalah daripada parti Islam..tentunya mereka itu lebih Islam daripada UMNO..paling dekat..negara jiran kita, singapura..sudah tentu parti yang dipimpin jeneral lee hsien leong (betulke ejanya) adalah parti Islam yang sebenar..hmm..masuklah kedalam Islam sepenuhnya, kata tidak pada yang tidak, katakan ya pada yang haq..bukan ambil sebahagian dan tinggal sebahagiannya..Alhamdulillah, jika Najib punya niat ikhlas untuk laksana Islam sepenuhnya, suatu yang tidak dilaksanakan oleh PM sebelum beliau..jika ya, teruskanlah..insyaALLAH ALLAH dan umat Islam lainnya akan bersama Najib dan partinya..jika sekadar manis dimulut..lupakan..

No comments: