Friday, January 15, 2010

buatmu assyahid...

Bismillahhirrahmanirrahim...
setinggi-tinggi kepujian untuk ALLAH SWT kerana masih mengizinkan aku bernafas disaat entry ini dicoretkan..
hari ni ALLAH memberikan aku kesempatan, menggerakkan jari jemari aku untuk menaip suatu coretan untuk dua sahabat seperjuangan aku yang telah gugur sebagai syuhadaNya insyaALLAH.
biarpun sudah 3 hari berlalu tapi pahitnya masih terasa..
suatu kenyataan yang sangat sukar untuk aku terima pada awalnya,.mengenangkan masa-masa indah yang kami luangkan semasa dikedah, senyum dan tawa almarhum, senda guraunya..sangat tidak dijangka ALLAH menjemputnya sebaik pulang dari kedah sebelum sempat berkongsi pengalaman dengan adik-adik..

sesungguhnya aku sangat merindui kalian berdua..insan terbaik yang pernah aku kenali..sukarnya untuk kalian meluahkan marah, lembutnya tutur kata , manisnya senyuman kalian..akrabnya kalian dengan Rabb..

aku ingin jadi seperti mereka...

Fadhiri,...
ana sangat merindui enta..rindu melihat senyuman enta, gaya percakapan enta..
ALLAHHHH...besarnya dugaan ini..
ana selalu terbayang-bayangkan saat-saat terakhir bersama enta..saat duduk sebelah enta dalam keretapi pergi dan pulang dari kedah..
saat bergurau dengan enta..enta bergurau nak cari bakal zaujah untuk ana..bergurau untuk mintak ana intima' sepenuh masa dalam kerja ini..
kita pernah merancang untuk menziarahi sahabat-sahabat kita masa praktikum nanti..
kita dah tetap hari untuk group discussion masa praktikum nanti..
D, dalam keretapi malam tu, enta pelawa untuk selimutkan ana dengan selendang hijau enta bila lihat ana kesejukan walaupun enta pun sejuk juga..ALLAH..enta sentiasa mendahulukan sahabat berbanding kepentingan diri..
saat sahabat-sahabat lain bergurau nak tinggalkan ana sorang-sorang di stesen keretapi sebab tak cukup motor, enta bersuara "takpa nanti ana datang ambil baha"..tapi ternyata ana yang balik paling awal pagi tu..
ana masih simpan mesej terakhir kita..saat ana pulang dulu daripada stesen keretapi pagi tu..ana antar mesej pada enta " salam D, kalu faizol tak datang amek enta, bgtaula, nanti ana datang amek enta"..dan enta balas "sahabat2 marah kat enta sebab tinggalkan kami"..maafkan ana D..mesej tu masih ana simpan..kalau nak cerita semuanya sampai kering air mata ana pun masih belum habis untuk ana coretkan..

tapi tu semua tinggal kenangan..ana betul-betul belum mampu terima semua ini..enta sumber kekuatan ana dalam hidup ni..ana sentiasa yakin jika ALLAH letakkan enta bersama dalam apa2 perancangan ana pasti ALLAH permudahkan..tapi ana tau pemergian enta dalam keadaan terbaik, enta sedang menghafaz Quran, enta pergi bersama cita-cita melihat Islam terus tersebar luas dan tinggi..ALLAHHUAKBAR!!!...

semoga ALLAH merahmati kedua-dua roh sahabat yang ana cintai dan kasihi almarhum fadhiri dan almarhum faizol..semoga antum terbang tinggi dalam jannah yang kekal abadi..antum tunggulah kerana kami semua akan menyusulmu..amin!!!..

p/s: post untuk akh faizol dalam proses....

15 comments:

Asrari said...

Sabarlah...itu ukhwah lillahi ta'ala. Bersahabat kerana Allah. Berjumpa kerana Dia, Berpisah jua kerana Dia. Moga ALLAH terus pinjamkan kekuatanNYA buatmu untuk menyelusuri hidup, ameen.

Pemuda@gamA said...

Sungguh. Cerita enta ini membuatkan ana menitiskan air mata...

Ana sayang entum semua...

=int@neq@shut= said...

Baha, like 'Pemuda@gama' said, int pun menitik air mate...PERSAHABATAN itu indah bukan?....bila Baha cerita, int trut rasa~faham akan erti kehilangan sahabat...

setiap yg hidup, pasti akn pergi menghadapNya...stiap pertemuan pasti ade perpisahannya..~seketika bersama, pun cukup lah...bersyukur ats pertemuan itu....

al-fatihah buat rakan2 mu~

zinera said...

assalamualaikum..
akhirnya kuar entry nta..alhamdulillah,
ana kan menyusul insyaAllah..

akh, jika tangisan itu perlu, luahkanlah..sbg tanda kita merindui mereka..tapi bukan sekali2 kita tidak meredhai pemergian mereka bertemu PENCIPTA..

akh, ana amat merasakan mereka bahagia di sana..
mereka sedang menunggu kita. . .

jgn lupa, janji kita bersahabat juga di Syurga!
jom kita persiapkan diri..
AlFatihah~~~

Aisyah Humairah said...

alhamdulillah bila hati berbicara...
Bicaralah banyak mana yang akhi mahu...
Luahkan... air mata yang menitis menandakan kita merindui mereka...
Bila merindui mereka, kita juga akan menyusul...
Insya ALLAH semua ahli2 JF akan menyusul seperti mereka...

-Al-Fatihah buat kedua2 as-syahid-
(terlalu banyak kenangan bersama, jadikan titik masa manis bersama)

khaulah mujahidah said...

salam'alaik..
sedikit ruang masa yg dikurniakan b4 ana berlepas ke tempat prak.. (enta pun join sekali hntr kami =), jazakillah )

yakinilah janji Dia kepada hambaNya yg mewakafkan diri pada jalan juang.. sepertimana kedua2 asSyahid, insyaAllah kita sama2 istiqamah utk meneruskan perjuangan mereka..

xsabar nak menyusul sebagai asSyahidah 'Sakinah'.. doakan ana.

akhir kalam, bangkit MUJAHID!! kita gegarkan bumi ini dengan kalimah ALLAHUAKBAR!!!

sirru 'ala barokatiLlah.

Anonymous said...

ALLAHUAKBAR.. tak terungkap kata-kata kala membaca entry terbaru enta ni. menitis air mata kerana sedih mengenangkan mereka, kebaikan mereka, semangat mereka... terasa baru semalam mereka bersama kita.Mereka telah bertemu kekasih hakiki.Mereka telah beroleh nikmat syahid.merekalah mujahid setia. Doakan kita juga akan menyusul mereka, bertemu mereka di syurga...

andalusia said...

ana sayang semua sahabat ana fillah..
terima kasih buat semua yang komen..rindu pada almarhum akan semarakkan jihad kita hingga kita mati sebagai syuhada seperti mereka kan..insyaALLAH, kita akan bersama mereka di jannah..ayyuh kita bersiap!!..mereka menunggu kita..juga janji kita untuk pacakkan panji Islam di tempat tu..ayuh usahakan untuk Islam dijulang tinggi!!..ALLAHHUAKBAR!!!

syauqah-el-wardah said...

Baha & sahabat2 JF, semoga kita semua tabah. membaca coretan kalian di blog masing-masing mengenai Almarhum Faizol & Fadhiri mengenangkan kembali ana pada almarhum Hajar, junior ana dalam J di UIAM. pemergian mereka harus menjadikan kita lebih semangat untuk menjejaki mereka - menghembuskan nafas terakhir atas jalan perjuangan & cinta yang mendalam kepada-Nya... Allahu Allah... kami sayang pada-Mu ya Allah...

Anonymous said...

salam..

nta,kisah nta wat ana menitiskn air mata yg sentiasa basah tatkala melihat warma hijau, sentiasa mengingatkan pada arwah, ana xtau tp setiap kali ana pegi masjid tempt ana prak, yang mana kapetnya bewarne hijau pekat dan tabir putih, hati ana pasti teringatkan arwah..syahdu setiap kali solat di sana..dan setiap kali shoping, kalu ternampak naju yg sama arwah selalu pakai, ana pasti teringt arwah..memg sgt terkesan pemergiannya yg membuatkn kita sentiasa taqarub pd ya rabb..
syukran atas entry.. insya allah zaujah yg D cari ada bersama dgnNYA di sana,sama2 kita menyusul lepas ni..AMIEN..

andalusia said...

pemergian mereka memberi hikmah kepada kita..mengingatkan kita akan ajal yang bila2 boleh datang..mendekatkan kita lagi pada ALLAH..rindu pada D buatkan kita lebih usaha untuk mendapatkan apa yg telah D kecapi dan mungkin lebih lagi..semoga ALLAH merahmati mereka dan kita semua..teruskan bersedekah pahala amal kita pada almarhum..insyaALLAH mereka bersama2 dengan kekasihNya..

kaklong said...

salamunalaik..sahabat adik kaklong...sayu hati kaklong baca luahan sahabat yg kehilangan sahabat baiknya...izinkan kaklong copy gambar arwah adik kaklong,boleh?asif..;)

andalusia said...

tafadhol kak long...terima kasih sebab ziarah blog ana..tentang sijil keahlian arwah, nanti ana bg masa jaulah ke sabah ye..dengar kata kak long akan ke sana juga bersama kami kan..

Admin said...

-syukran jazilan..insyaallah, diizinkan ALLAH dan jika masih diberi nafas olehNYA, kaklong akan bersama-sama sahabat sahabiah jaulah ke sabah..insyaallah..semoga allah memudahkan perancangan semua

-tentang kad keahlian tu, xpe2, la baksa..bila- bila masa pun xpe.

-masih tergiang-giang lagi arwah berpesan pada kaklong;

"kaklong, trip ke Singapura jangan buat bulan 6 deh, fa ada program ke sabah" berulang-ulang kali dia berpesan kepada kaklong yang menunjukkan betapa dia ingin pergi ke program tersebut"..

"sentiasa didoakan semua adik-adik kaklong tabah dalam meneruskan perjuanganNYA..insyaallah..bi taufiq fi dunnia wa akhirah"

p/s: hehe..asif selalu panjang bg comment..memg kaklong xboleh pluang utk menaip..hehe..nanti jadi coretan kaklong pula..

andalusia said...

xpelah ka.long..coret disini pun xde masalah..=)..almarhum xdapat ikut, tapi mgkin dengan kehadiran akak kesayangannya..cukup buat kami merasakan kehadiran almarhum juga..syukran jiddan k.long..sentiasa doakan kami ye..