Friday, January 29, 2010

Pilihanraya kampus UPSI

ALLAHHUAKBAR!!!..ALLAHHUAKBAR!!!..ALLAHHUAKBAR!!!
SUBHANALLAH!!,,..ALHAMDULILLAH!!...
hanya kalimat-kalimat suci ini yang sentiasa dibibir aku tatkala menyaksikan kemenangan sahabat sahabiah seperjuangan dalam pilihanraya kampus UPSI semalam..penat lelah berulang-alik sepanjang seminggu ini daripada slim river ke tanjong malim semata-mata untuk turut sama menyumbang sedikit sebanyak tenaga dalam peperangan ini terubat dengan kemenangan pro kebajikan sebanyak 6 kerusi daripada 7 kerusi yang disertai..kemenangan yang boleh disifatkan sangat memberi kesan kepada senario politik kampus UPSI..insyaALLAH pilihanraya seterusnya kita ubah strategi daripada hendak jadi pembangkang yang kuat kepada menjadi sebuah kerajaan. tahniah dan takziah buat calon-calon mahasiswa pendidik yang menang iaitu Nik Azrul, Mohd Zahar, Mohd Amin, Atiqah hasbi, Noranoo, dan Herwana Herman. semoga kemenangan ini akan menyaksikan suatu perubahan dan menjadi penyambung perjuangan 8 orang bekas MPP Pro-Kebajikan yang menang pada pemilihan penggal lalu. InsyaALLAH..juga buat ukht Faiqah, sekalung tahniah juga kerana berani menyahut seruan menjadi wakil kepada suara Islam dalam PRK kali ini, biarpun tewas yang pasti semangat dan keberanian ukht Faiqah akan menjadi pembakar semangat kepada semua..InsyaALLAH..teruskan berdoa dan bermunajat pada ALLAH yang memberi kemenangan ini agar antum dianugerahkanNya kekuatan demi kekuatan untuk menerajui perubahan serta menjadi agen dakwah walau diposisi mana sekalipun antum diletakkan..pastikan Islam itu teratas!!!!..ALLAHHUAKBAR!!!..

1 comment:

Ummu Qaseh (UQ) said...

Allahu akbar... Akhirnya...

tahniah kepada yang menang dan takziah juga buat ukhti faiqah... semangt juang enti kami nampak, apa lagi Allah...

selamat untuk semua!