Saturday, October 25, 2008

[Eksklusif] Akmal diketepikan, hanya pegang Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah

Mesyuarat ahli MPP malam yang bersidang bagi menentukan kabinet MPP telah berakhir sebentar tadi dengan beberapa keputusan yang mengejutkan. Meskipun menang dengan undi terbesar dalam kerusi Umum, Akmal yang dijangka menyandang kerusi nombor satu MPP dilaporkan hanya memegang jawatan sebagai Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Berikut merupakan struktur organisasi kabinet yang diputuskan malam ini.

Yang DiPertua : Mohamad Hairie bin Abdullah
Timbalan Yang DiPertua : Nor ‘Ain Bt. A. Razak
Naib Yang Dipertua : Syaiffuldin bin Mohamad
Setiausaha Agung : Mohd Razik bin Khalid
Pen. Setiausaha Agung : Muzaitul Akmar bin Mohammad
Bendahari : Muhammad Asree bin Abd Aziz
Pen. Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak
Exco Ekonomi & Keusahawanan : Mohd Fitri bin Amil, Nurul Illyana bt Mohamad
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor, Adriyani binti Yamin
Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa : Armadi bin Derus, Bornifes
Exco Sukan & Rekreasi : Mohd Nor Faiz bin Mat Ali, Siti Nor Hazliza binti Rosli
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah : Akmal bin Madzir, Norhafizawati binti Mahmad Rozali
Exco Penerbitan & Informasi : Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi, Siti Khairiah binti Jajuli
Exco Kesenian & Kebudayaan : Norhisham bin Che Hamid, Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman
Exco Akademik & Kerjaya : Arif bin Mohamad, Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof
Exco Perpaduan & Integrasi : Lee Sun ju, Punethan

Upsikini dilaporkan keputusan untuk melengkapkan kabinet dihujani pelbagai hujah bagi mencari formula terbaik meletakkan calon dalam beberapa kerusi penting. Kaedah secara undian digunakan untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua apabila terdapat pertandingan antara Pro Kualiti dan Pro Kebajikan. Akmal dikatakan menawarkan diri merebut ketiga-tiga jawatan tersebut namun tidak ada satu pun yang dimenanginya. Kaedah undian ini dibuat berdasarkan Perkara 52 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyatakan ‘keputusan-keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi'. Bagi jawatan-jawatan lain, penetapan dibuat secara persetujuan sebulat suara. Kabinet yang dibentuk ini dijangka bakal menjadi perdebatan hangat seluruh masyarakat kampus. Walau bagaimanapun. kabinet yang dibentuk ini belum mendapat pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.
Mesyuarat kali ketiga yang bermula pada jam 10.00 malam tadi berakhir pada jam 1.47 pagi.

cuba lihat jawatan timbalan yang dipertua..nor 'ain razak..sebab ape?sebab dia dapat undi kedua tertinggi..tapi kenapa akmal yang dapat undi tertinggi dinafikan hak sebagai ydp??hak akmal dinafikan..dan diserahkan kepada calon yang menang tanpa bertanding yang belom tentu menang kalau ada pertandingan!..suara mahasiswa yang memberikan akmal undi tertinggi dinafikan..lihat juga pada jawatan-jawatan yang diboldkan..kesemua kelapan-lapan daripada pihak kebajikan hanya diberi jawatan exco..permainan apakah ini..kejam..

2 comments:

Nurul Akma Bahari said...

x adil!x adil!nk akmal.hu2

andalusia said...

tau takpe..nampak sangat permainan jahat mereka2 tu...