Friday, January 23, 2009

emmm..hipokrit!!!!!

Malaysia usaha bawa balik 2 tahanan di Guantanamo

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap dapat mengadakan rundingan dengan pentadbiran baru Amerika Syarikat yang diterajui Presiden Barack Obama bagi membawa pulang dua rakyat Malaysia yang kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata berikutan itu, Duta Besar Malaysia di Washington dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diminta membuat persiapan jika ada keperluan berbuat demikian.

Katanya, pentadbiran Amerika Syarikat mungkin melihat kepada keperluan baru, berikutan tindakan Obama yang menyatakan hasratnya mahu menutup penjara di Teluk Guantanamo.


"Kita akan membawa usul ini menerusi ruang yang ada dengan pihak di sana. Kita juga bersedia untuk membawa pulang (tahanan Malaysia), kalau ada perundingan yang dapat diputuskan ke arah itu.


"Kerajaan kita ada pegawai di Washington dan mereka ini akan terbabit untuk menyelesaikan perkara berkenaan... kalau ada keperluan mereka akan hubungi pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasib dua rakyat Malaysia yang kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo sejak 2003.

Mereka didakwa terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI) dan al-Qaeda, Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashier Lep (Lillie).

Pentadbiran Bush mendakwa mereka sebagai perancang 'ombak kedua' operasi untuk al-Qaeda bagi menyerang sasaran di Los Angeles.

Semalam, Obama menandatangani satu perintah eksekutif untuk menutup penjara Teluk Guantanamo dalam masa setahun.

Draf perintah berkenaan yang diedarkan kelmarin juga meminta memberhentikan perbicaraan dalam penjara, di mana suspek pengganas ditahan untuk beberapa tahun tanpa perbicaraan.

Sementara itu, Wakil Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali ketika dihubungi di New York, semalam, enggan mengulas lanjut.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan, berkata mereka yang ditahan di penjara berkenaan tidak wajar ditahan begitu lama jika tiada bukti kukuh mereka terbabit dalam keganasan.

"Obama kena tunjuk teladan yang baik, tidak boleh cakap hak asasi manusia sekiranya masih menahan orang tanpa bukti sahih," katanya.


komen aku: hipokrit kan ayat yang di'bold'kan tu? kuman diseberang laut nampak sangat, gajah depan mata buat-buat tak nampak..apa bezanya kem guantanamo dengan kem kamunting?apa tahanan ISA tu dibicarakan ke?..malaysia pun tahan orang tanpa bukti yang sahih, kalau ada bukti bicarakan la, kenapa perlu simpan lama-lama?ada yang kena tahan sudah 8 tahun tanpa bicara..sama sekali bercanggah dengan Islam..kasihan para isteri dan anak-anak yang hidup tanpa bapa, sampai yang terpaksa bercerai..undang-undang rimba apakah ini..malaysiaku temberang!

No comments: