Friday, January 29, 2010

aku seorang cikgu praktikal..

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH yang menciptakan seluruh apa yang ada di langit dan di bumi..juga berkuasa menghidup dan mematikan..ALLAH yang Satu..
berdebar-debar aku menantikan sesi pengajaran pertama aku isnin ini..diberi taklifan oleh pengetua untuk mengajar matematik moden tingkatan 4 dan diberikan kelas ketiga terhujung..=(..risau juga aku..boleh ke aku buat?..juga diberi taklifan mengajar Biologi dan pendidikan sivik..
ALLAH..amanah yang ditanggung bukannya ringan..aku harus menjadi cikgu yang bukan sekadar cikgu tapi menjadi cikgu yang membawa amanah ALLAH..mampu ke aku..
pagi tadi aku ganti kelas seorang cikgu, mengajar pendidikan Islam..aku bertanya berapa ramai yang tidak solat subuh..majoriti pelajar lelakinya mengaku tidak solat subuh..perempuannya juga ada..astaghfirullahhal'azim..dengan sangat mudah mereka mengaku sambil tersenyum-senyum gembira..dengan alasan 'TAKUT LAMBAT KE SEKOLAH'...ALLAH..sedih aku lihat..ramainya generasi Islam yang abaikan solat dengan alasan yang sangat mudah..seolah-olah solat itu hanya sekadar mainan..itu aku baru tanya satu kelas..kelas yang hadapan pula tu..bagaimana anak muda Islam di kelas-kelas hujung??..Nauzubillahhiminzalik..sempat aku memberi beberapa nasihat tentang solat..harap-harap apa yang aku sampaikan tadi boleh memberi kesan kepada hati mereka..juga tadi aku minta beberapa orang diantara mereka membaca beberapa ayat Al-Quran,,ternyata ada yang belum pandai membacanya..walaupun usia sudah 15 tahun..peranan cikgu???

peranan cikgu bukan sekadar mengajar tapi seharusnya bertindak sebagai pendidik juga pendakwah...sesungguhnya ramai di antara mereka yang kering dan tandus dengan ilmu Islam..tapi mampukah aku?..yaALLAH berikan kekuatan kepada aku untuk berdepn dengan semua ini..tunjukkanlah aku kemudahan untuk menyampaikan seruanMu..amin yaALLAH..

tapi ada juga adegan yang seronok..2 3 hari lepas..seorang student lelaki India panggil aku.."cikgu..cikgu"..aku pun toleh dan sahut.."ye, kenapa?"..dia balas.."cigu, cigu manyak cantik..."...aku buat2 xdengar.."ape??"..sekali lagi.."cigu manyak cantik!..".."ha?".."cigu manyak cantik..serupa pakcik saya".."owh..time kasih2"..=)..aku pun beredar dengan senyuman paling manis...=)..just selingan..

akhir kalam..selamat berpraktikum buat sahabat sahabiah seperjuangan..moga medan ini menjadi tempat kita mempraktikkan segala ilmu daripada tarbiyah yang kita peroleh di kampus..ayuh Generasi Al-Fatih..jadilah sehebat tentera alfatih..tagihlah cinta dan pertolongan ALLAH dalam sujud di kala malam sunyi padaNya..InsyaALLAH..

3 comments:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

All the best adikku. Buat yang terbaik becoz you deserve to get the best. Mengajarlah sehingga anak2 murid faham sepenuhnya(ia satu kejayaan bermakna buat seorang guru). Lakukan sebaiknya kerana Allah. kak post entry khas untuk kamu. Sharing is caring=). Selamat menyampaikan ilmu dan mengislahkan ummah. do deliver the message of Islam to your students. be proactive!

penjaga kedai buku said...

subhanallah
sahabat sahabiyah ana dh mula masuk kelas..
ana masih di kedai..
xpo, sj ja selingan gak
ikhwah akhowaty
ana ucpkan:
siiru ala barakatillah!

andalusia said...

jazakillah ukht nazihah..ana cuba laksanakan tips2 tu..moga ana mampu jadi guru yang terbaik..

penjaga kedai buku..ustazah..ada hikmahnya kan..xpe, nanti kami tunggu ustazah pula..insyaALLAH..