Tuesday, March 3, 2009

interactive da'wah training(IDT)

Bismillah…

Salam alayk~
alhamdulillah pada 21 hb dan 22 hb Februari yang lalu ana dipilih Allah untuk meneruskan IDT fasa 2…walaupun pada asalnya ana fikir tidak berpeluang kerana kesempitan wang dan faktor-faktor lain yang cuba menghalangi. Apapun syukur,Alhamdulillah.

Atas rasa tanggungjawab dan amanah inilah dengan sukarelanya ana ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman IDT 2 nie kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan pergi supaya kalian masih ada semangat untuk meneruskan fasa 2 demi mencari ilmu dan pengalaman mengenai dakwah non-muslim. Insya Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Disebabkan ana mempunyai kelas pada pagi sabtu maka ana tiba lewat pada hari tersebut,dan terlepas mengikuti slot pada pagi tersebut. Ana tiba di Masjid Darul Ehsan, Ampang dalam jam 12 tengahari. Slot yang sedang berlangsung pada ketika itu disampaikan oleh Brother Lim Jooi Soon mengenai masalah yang sering dihadapi oleh non-muslim dalam mendekati agama islam serta tips menyampaikan islam kepada non-muslim. Secara ringkasnya apa yang dapat diperhatikan fenomena yang berlaku di Malaysia ini, non-muslim melalui proses yang sangat rumit untuk mendalami islam berbanding di luar negara yang majoritinya bukan beragama islam. Pelik bukan? Negara ini lebih ramai penganut islam tapi sering menutup ruang untuk non-muslim mengamalkan, mendekati agama islam malah, jauh sekali menyampaikan islam kepada mereka.

Jika non-muslim bertanya kepada anda apa itu islam, apakah jawapan yang anda berikan? Malah mereka juga ada yang tahu tentang hukum islam, apabila mereka bertanya tidak solat dan tidak menutup aurat itu berdosakan, tapi kenapa ade orang islam tak buat? Nak cakap apa kat depa nie??! Supaya depa faham. Tapi yang penting dalam menyampaikan islam kepada non-muslim terangkan kepada mereka maksud istilah ISLAM itu sendiri…iaitu Salam = sejahtera, selamat dan n AsSAlam=taat, patuh kepada Allah. Terangkan juga rukun islam dan rukun Iman kerana itulah bukti penganut agama islam pastikan penerangan anda tidak mengunakan istilah atau frasa bahasa arab kerana akan menambah kepeningan mereka.Jangan sesekali menyampaikan islam kepada non-muslim dari sudut hukum…mereka bukan akan berminat malah mungkin menjauhi. Sirah Rasulullah shalallahu alayhi wassalam juga memulakan dakwah baginda dengan bab aqidah iaitu kenal dan mentauhidkan Allah. Setelah ramai yang terima islam barulah turun perintah Allah akan hukum-hakam islam. Nah, disini sunnah sudah merintis jalan cuma kita yang tidak mahu ikut atau mungkin tidak mahu ambil tahu.

Apa yang menarik dalam fasa dua kali ini kami berpeluang mendengar forum luahan dua orang saudara baru kita mengenai pengalaman perit mereka dalam mendalami agama islam. Seorang muslimin dan seorang lagi muslimat. Secara ringkas ana ingin kongsi, mengenai muslimat ini telah memeluk agama islam sejak berusia 15 tahun, kerana tertarik dan kagum beliau terhadap ukhuwah dan silaturahim di kalangan umat islam inilah telah membawa beliau kepada agama islam. Namun bukanlah mudah untuk beliau mengamalkan agama islam pada usia semuda itu kerana masih di bawah jagaan keluarga. Walaupun sedaya upaya beliau menyembunyikan keislaman namun keluarga tahu juga akhirnya dan menukarkan beliau kepada sekolah cina. Dan akhirnya beliau terputus hubungan dengan orang islam. Namun yang menyedihkan dalam tempoh beliau mencari ilmu mengenai islam, ramai ustaz dan ustazah yang beliau temui semua memberi gambaran negatif dan melemahkan semangat untuk beliau mendalami islam. Contohnya, ada yang berkata ‘kamu da besar belajarlah sendiri’. Ana sungguh tidak faham kenapa dan mengapa ada sikap sebegini dalam umat islam apatah lagi golongan agama. Terlalu banyak tribulasi dan cabaran yang muslimah ini tempuhi yang takterceritakan di sini.sama-sama kita doakan beliau tegar menjadi muslimah sejati. Beliau kini sedang menuntut di UPM. Mengenai muslimin ini pula beliau baru 6 bulan memeluk agama islam. Beliau juga tidak terkecuali menerima tamparan hebat untuk mendalami islam. Beliau merupakan bekas penuntut UNISEL dan kini sudah bekerja.

Kemuncak dalam fasa ini yang menjadikan kami sebagai peserta yang bertuah ialah kami berpeluang menyaksikan secara langsung seorang muallaf melafazkan syahadah dihadapan kami. Brother Muhammad(bukan nama sebenar) merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa dan sekarang sudah bekerja. Beliau mula mengenali dan tertarik terhadap agama islam semasa menuntut di sana. Setelah beberapa tahun mencari kebenaran dan mendapat bimbingan dari brother Lim Jooi Soon sendiri akhirnya beliau membuat keputusan untuk melafazkan Syahadah pada hari sabtu 21 februari 2009 bersamaan 25 Safar 1430H. Alhamdulillah bertambah lagi saudara kita.

Kesimpulan yang dapat dikongsikan di sini, fasa dua ini lebih menarik dengan memberi bimbingan kepada kita untuk menyampaikan islam kepada non-muslim, memahami non-muslim dan cara memberi dan menjawab hujah kepada non-muslim. Tidak kurang juga pendedahan kebenaran islam dalam kitab Bible. Kerana untuk mendakwahi mereka kita perlu menyatakan kesamaan kitab mereka dengan agama islam supaya mereka sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu oleh paderi mereka melalui penyelewengan tafsiran kitab Bible.

Ana mendapati kita sebagai umat islam tolonglah sama-sama fahami muallaf. Jangan mengajar mereka seperti kita membimbing orang islam. Mereka ibarat kanak-kanak yang baru bertatih mengenal kehidupan. Renungi semula diri kita masa kecil dahulu adakah umur 4-5 tahun islam mewajibkan kita solat dan puasa? Jadi mereka juga tidak harus terus dipaksa mencukupkan solat 5 waktu, puasa penuh 30 hari, tutup aurat labuh-labuh macam ustazah. Tak perlu bagi force kat mereka, jiwa mereka cukup dengan tekanan dan cabaran yang datang dari ahli keluarga dan tribulasi sebelum menganut islam. Kerana kadang-kadang mesej dan cara yang salah kita beri kat mereka kemungkinan menjadikan mereka menjauhi islam. Jadi berhati-hati dengan sikap kita terhadap non-muslim. Tak tahu kaedah mendekati dan membimbing mereka??? Apa lagi jom daftar IDT masih dibuka untuk fasa 1 juga…

*UNTUK LAPORAN FASA SATU BOLEH KE LINK INI~...Laporan “INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”...~ ~

Sekian dulu laporan fasa 2, bagi mereka yang berminat…berikut adalah maklumat mengenai kursus ini

“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING” ANJURAN PERKIM AMPANG"
OBJEKTIF PROGRAM:

1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
2. MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
3. MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH:
-KEWAJIPAN BERDAKWAH
-SEJARAH AGAMA KRISTIAN-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN-KEPERCAYAAN ORANG CINA
-KEPERCAYAAN ORANG HINDU-SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM-QURAN, BIBLE DAN SAINS
-PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIANMEMAHAMI MUALLAF

PENCERAMAH
-Lim Jooi Soon
-Muhammad Amin Yaacob
-Kamarul Zaman Noor Mohamed

Program 2009:
Fasa Satu
17-18 Jan
14-15 Feb
7-8 Mac
11-12 Apr
9-10 Mei
13-14 Jun
11-12 Jul
8-9 Ogos
17-18 Okt
21-22 Nov
12-13 Dis
Fasa Dua
21-22 Feb
23-24 Mei
19-20 Dis
Fasa Tiga
28-29 Mac

Tempat:
Masjid Darul Ehsan,Taman TAR,68000 AmpangSelangor

Masa:
8.30 pagi hingga 5.30 petang

Yuran :
RM100 untuk pelajar,
RM120 untuk yg bekerja (makan,buku, dan bahan2 dakwah.
Tiada unsur bisnes /mengambil untung.)

untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi:
012-3661121 (Bro.Lim)

sekian terima kasih =p...

.:.ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN SEKADAR AMBIL MUDAH.:.

~wallahu'alam bisawab~

p/s:..bukan tulisan ana..sekadar untuk memenuhi amanah untuk promosi program ini..

Monday, March 2, 2009

sidana09um

terasa ingin berkongsi suatu pengalaman menyertai program simposium perdana mahasiswa islam malaysia (sidana) di universiti Malaya semalam. suatu program yang sememangnya bermanfaat kepada mahasiswa Islam. bermatlamat agar mahasiswa Islam memainkan peranan yang lebih dalam usaha untuk menjadikan masyrakat lebih bertamadun dan menyedarkan mahasiswa Islam tentang tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam perjuangan Islam.(wah betul ke matlamatnya tu?hehe). program ini melibatkan ramai pembentang kertas kerja, termasuk lah dua orang politikus negara, Ibrahim ali(mp pasir mas) dan saifudin nasution(mp machang).

dalam banyak-banyak ucapan, ucapan ibrahim ali yang banyak menarik minat aku, bukan atas sebab ucapannya menarik dan berilmiah tetapi kerana ucapannya yang menyakitkan hati ku yang suci murni ni. beliau memang terkenal dengan mulut lasernya, macam azwan ali la lebih kurang. antara dakwaan dan dakyah beliau yang menarik telinga aku untuk mendengar dengan teliti dan seterusnya mencatat adalah beliau mendakwa dengan penuh rasa bangga bahawa beliau adalah seorang pejuang yang 'non-ideology based' semenjak zaman mahasiswa sampailah sekarang. istilah itu ditafsirkan oleh ibrahim ali sebagai seorang pejuang yang tidak berpegang pada mana-mana ideology dalam perjuangannya, lebih tepatnya adalah bermaksud seorang yang bebas. seperti sekarangla dan tidak memihak kepada umno, pas, pkr dan semestinya bukan dap.(beliau mendakwa beliau adalah seorang wakil rakyat bebas walaupun beliau menjadi wakil rakyat atas ehsan PAS). betulkah begitu hal sebenarnya?adakah beliau memang bebas sejak zaman mahasiswa sehingga sekarang?persoalannya, bagaimana pula ketika beliau berideologikan umno dulu??bukankah itu 'ideology based'?beliau berjuang di dalam UMNO berpuluh tahun, pernah jadi timbalan menteri sehinggalah beliau dipecat keahlian seumur hidup oleh UMNO. itu adalah perjuangan yang 'ideology based'. jadi hujah kebanggaan beliau dapat daku sanggah.hehe.

seterusnya pula, beliau mendakwa beliau risau dengan keadaan di pulau pinang yang mana cina DAP mempunyai kuasa majority 2/3. kerisauan beliau jelas terpancar pada memek muka beliau yang sudah dimamah usia itu. kerisauan itu atas dasar bimbang p.pinang menjadi next singapore. wahhh..beliau risau rupanya sebab cina pegang pulau pinang, bagusnya Ibrahim ali. tapi beliau lupa mungkin yang sebelum dap, cina juga yang perintah pulau pinang, yakni cina gerakan dan masalah orang melayu p.pinang bukan timbul selepas dap perintah walhal sudah lama sebelum itu lagi isu melayu pulau pinang tidak pernah selesai. kenapa ibrahim ali tidak menyalahkan umno dalam isu ini, mengapa hanya menyalahkan pakatan rakyat padahal UMNO punya lebih kerusi berbanding kerusi gerakan ketika itu, tapi kenapa tidak berjuang untuk melayu?dah tentu mana-mana bangsa pun tidak akan beria-ia membela nasib bangsa lain, jadi apa peranan umno dalam membela melayu pulau pinang?padahal kuasa pusat umno pegang, lebih daripada cukup untuk bela melayu p.p dan melayu lain. pakcik ibrahim2...

ada lagi sebenarnya nak tulis..tapi perut dah lapar..nak p makan nasi lemak sat na..huhu

p/s:..ye ye je aku ni jawab hujah ibrahim ali..cam best je..=)

Wednesday, February 25, 2009

peringatan!!!

Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup," bertanya Abu Hurairah:"apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?"
jawab Rasulullah "zikrulmaut" iaitu mengingati akan kematian..

mati itu pasti sahabat-sahabat sekalian...
sentiasalah ingat akan mati..
malaikat maut menjengok kita 70 kali sehari...
bilakan tiba masa kita diragut nyawa?
alangkah rugi kalau bekalan nanah dosa lebih banyak daripada pahala...
jangan disesalkan suatu yang sudah pergi..
apabila mati, kita tidak akan mampu kembali ke bumi..
kembalilah kita semua kepada Islam yang sebenar...

tiada aku menulis untuk suatu yang sia-sia melainkan hanya memberi peringatan kepada diri sendiri khususnya beserta peringatan kepada sahabat-sahabat sekalian..

suatu peringatan buat hati-hati yang lalai...
moga peringatan ini mampu membangkitkan hati-hati kita dari tidor lena..
sesungguhnya hati-hati orang mu'min sentiasa perlukan peringatan..

Firman ALLAH SWT:

yang bermaksud:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (Adz-Dzariyat: ayat 55)



p/s:..bekerja untuk Islam walau dalam apa jua perbuatan...

Monday, February 23, 2009

assalamu'alaikum ya akh ya ukht..

I)
esok ada microteaching subjek TMP ####(xingat kodnye)
kelas DR Lim..tak bersedia lagi ni..aduhai..
tolongg.....

II)
letih memandu semalam dan kelmarin belum hilang lagi ni...
hujung minggu orang berehat, tapi ana memandu..
tapi takpa..best...
luas pemandangan..bertambah pengalaman..mematangkan fikiran.

III)
sekarang sudah semester 6 kat UPSI ni..
tinggal lagi 2 semester...semester 8 praktikal dah..
sedih la pula...rasa cam taknak masa berjalan je..
sayang nak tinggal kehidupan sebagai mahasiswa ni..
tak terbayang lagi bagaimana alam pekerjaan nanti..
alam barzakh lagi la tak terbayang bagaimana...huhu
semakin menghampiri penghujung kehidupan sebagai mahasiswa ni..
makin banyak perkara yang baru ana belajar...
rasa indahnya hidup sekarang berbanding dahulu...
rasa lebih bermakna kehidupan sekarang berbanding dulu..
makin jelas apa tujuan dan matlamat kehidupan ana sekarang berbanding dahulu..
ALLAH telah menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga di penghujung usia sebagai mahasiswa...
Alhamdulillah...
apakah dia?adalah...rahsia...

IV)
rindu hati ni kat ma dan abah dah membuak-buak rasanya..
nak balik rumah...huhu
tapi banyak sangat kerja tiap kali hujung minggu...
akan diusahakan juga sikit ruang dan masa untuk ana balik hujung minggu ni..
insyaALLAH...

p/s:....monolog dalaman andalusia....

Wednesday, February 11, 2009

Perak: Ibrah Sulaiman Dan Wasiat Uthman

Perjalanan ke negeri Pahang baru-baru ini menemukan saya dengan ramai anak Perak di perantauan. Rata-rata, berasa begitu kesal dengan perkembangan yang berlaku, tetapi optimis dalam mencari sisi-sisi positif terhadap ‘bahasa Tuhan’ yang terungkap di sebalik segala ujian yang menimpa.

“Ustaz sentuhlah sedikit berkenaan dengan hal ini dalam kuliah Subuh nanti!” pinta seorang teman.

“Tengoklah macam mana nanti. Saya pun tak pasti nak sentuh dari sisi mana,” saya menjawab.

Kuliah Subuh, saya sampaikan berkaitan dengan peranan kita dalam menangani bencana di Palestin, yang diharapkan tidak terpinggir oleh peminggiran media yang membuat liputan secara bermusim.

KELAKUAN MEDIA

Ketika Palestin dirempuh, media sibuk dengan Palestin.

Isu Palestin masih panas, tetapi media beralih ke isu tiga ADUN Perak isytihar keluar parti dan menyokong BN.

Sah atau tidak sah tiga ADUN itu menjadi penentu kepada nasib jutaan penduduk Perak melalui perlantikan MB baru sebelum MB lama disahkan pelepasan jawatan, media sudah bersegera menumpukan perhatian kepada isu Dato’ Seri Ir. Nizar mendurhakai Sultan.

Jika kita menangani suatu isu mengikut rentak media, segala masalah hanya bertaraf ‘isu’ dan disentuh mengikut suhu panas sejuknya semata, dan bukan untuk menuju penyelesaian. Komitmen kita kepada satu-satu permasalahan mesti menjangkaui coverage media yang bermusim itu.

“Dalam suasana yang berlalu pada hari ini, apa yang menjadikan diri saya dan ramai rakyat Perak terkilan, bukanlah pada tindakan Barisan Nasional semata-mata. Tanpa rujukan akhlak, kita sentiasa menjangkakan apa sahaja boleh dilakukan mereka. Sesiapa sahaja yang berbudaya dengan budaya BN, hatta setelah menjadi penentang BN sekali pun, akan terpalit dengan falsafah Machiavelli yang meminggirkan prinsip dan moral, menghalalkan sebarang cara untuk mencapai kuasa,” saya mengatur kuliah.

perak

PERANAN ISTANA

“Tetapi dukacita yang besarnya ialah pada kedudukan Istana Perak. Sesuatu yang menjadi kebanggaan orang Perak selama ini, bahawa Istananya adalah Istana yang paling berpendidikan tinggi, justeru pembabitan Istana dalam isu yang membelakangkan perlembagaan, amatlah mendukacitakan. Sekurang-kurangnya biarlah segala persoalan yang membabitkan penafsiran perlembagaan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum tergesa-gesa mengurniakan kami dengan seorang MB yang sedemikian rupa,” kuliah Subuh saya bersambung.

Benar…

Segalanya sungguh menghiris rasa.

Saya tidak dapat lari daripada mengingati kembali komentar Permaisuri Saba’ tatkala beliau mendengar akan kedatangan seorang Raja bernama Sulaiman ke negeri beliau. Permaisuri Saba’ adalah seorang wanita musyrikah yang menyembah matahari, tetapi pengalamannya sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang besar, menyebabkan beliau terpacul kata-kata yang dirakam oleh Allah di dalam surah al-Naml ayat 34:

27_34

“Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”

Itulah komentar Permaisuri Saba’ tentang gelagat raja-raja. Demikian jugalah jangkaan beliau tatkala mendengar kedatangan seorang raja bernama Sulaiman.

Dan oleh kerana kenyataan Permaisuri Saba’ itu terlalu benar, menggambarkan realiti yang sering mewakili tingkah laku raja yang berkuasa, maka biar pun ia diungkapkan oleh seorang perempuan yang mensyirikkan Allah, kebenaran tetap kebenaran. Allah sendiri yang mengiktiraf kebenaran kenyataan Permaisuri Saba’ dengan firman-Nya:

27_34_i

“… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]

Raja-raja sering mencetus kebinasaan dan menghina penduduk yang bermaruah dan mulia.

Kecuali raja bernama Sulaiman, alayhi al-solaah wa al-salaam. Hadirnya sebagai pemimpin yang berpegang dengan agama Allah, menjadikannya seorang raja yang memakmurkan alam, mengundang kesejahteraan, mencantumkan kembali bumi Palestin dan Semenanjung Tanah Arab, dengan hukum Allah.

Patik mohon kepada Tuanku agar mengecualikan diri daripada kelaziman raja-raja yang diungkapkan Allah dalam firman-Nya yang Maha Tinggi itu tadi. Semoga Tuanku dapat mengambil ‘ibrah Sulaiman, agar Perak benar-benar menjadi Darul Ridzuan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’aala.

SUNNAH KEPIMPINAN

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

hadithuthman

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Tuesday, February 10, 2009

cikgu dan murid-muridnya..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."

Sunday, February 8, 2009

amanat YAB NIZAR..MB perak yang sah!

nizar

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah

kata-kata

sesungguhnya hidup lebih bererti jika diisi dengan perjuangan dan pendirian..
apa perjuangan itu?ISLAM!!!!!
apa pendirian itu?ALQURAN & SUNNAH!!!!

orang yang tidak berpendirian ini seumpama monyet yang sentiasa melompat dari satu dahan ke satu dahan..



diperoleh daripada seorang ustaz dalam kuliah tafsirnya maghrib tadi, di masjid jamek tg.malim
sekadar ingin berkongsi!!

Friday, February 6, 2009

coretan hati andalusia


kecelaruan politik di perak berada di tahap klimaks tengahari tadi...
beribu rakyat perak berdemonstrasi sebagai tanda sokongan kepada kerajaan rakyat pimpinan Ir Muhammad Nizar dan membantah proses angkat sumpah MB kerajaan haram yang baru...
sekarang belum tahu perkembangan terkini, sama ada MB Nizar berundur atau masih bertegas pertahankan jawatan..sangat berharap agar MB terus berusaha pertahankannya dan berundur hanya apabila undi tidak percaya berlaku dalam sidang Dun..lawan tetap lawan..biar kata sultan kita sanggah asalkan tidak tunduk pada kezaliman!..
kekalutan ini aku rasa akan terus berpanjangan dan aku yakin kerajaan haram ini juga tidak akan bertahan lama..dengan hanya kelebihan 3 kerusi memungkinkan segalanya berlaku..

kesakitan hatiku sepanjang pergolakan ini berlaku tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata.
Allah sahaja yang tahu...maaflah kalau ada kawan-kawan terasa hati dengan sikap aku kebelakangan ni..kecelaruan sikap aku berlaku kerana proses penerimaan hati dan perasaan atas segala yang berlaku adalah sesuatu yang merumitkan sekali..dan kecelaruan hati itu terpenetrasi melalui sikap aku..ada sahabat yang dimarahi kerana mengatakan semua ahli politik sama sahaja..sian dia kena marah tapi siapa suruh dia cakap macam tu..kalu dia cakap UMNO=PKR=DAP tu aku masih dapat terima..tapi jangan samakan PAS dengan kesemua yang lain..bukan sebab aku fanatik kepada PAS tapi secara logik akal, tak boleh menyamakan dasar sekular ketiga-tiga mereka dengan dasar Islam yang mendasari perjuangan PAS..no way!..perjuangan menegakkan Islam adalah perjuangan yang suci, sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan perjuangan nasionalisme dan sekularisme..mungkin sesetengah mereka menganggap PAS hanyalah sebuah parti politik biasa seperti yang lain-lain..anggapan yang salah..PAS adalah sebuah jemaah Islam, jemaah dakwah yang matlamatnya menegakkan sebuah daulah Islamiah menerusi sistem demokrasi..sama prinsip perjuangan dengan PKS di Indonesia, Ikhwanul Muslimin di Mesir, AKP di Turki dan lain-lain..takkan sama sikit pun dengan parti-parti politik lain di Malaysia ni..maaflah kepada sahabat yang telah kena marah tu (takla marah sangat pun..)..aku ni nak cakap lebih-lebih pun bukannya banyak ilmu sangat..nanti terkeluar ajaran sesat, naya pula..cukuplah tu..

ni nak ke topik lain pula.. semalam lepas kelas malam..pergila singgah warung kat tempat aku ni.. rasa nak makan kuehteow... dalam duk tunggu nak makan..aku tengokla tv.. adala cite melayu ni..ada adegan kat kubur.. tiba-tiba.... aku teringat mati..huhuhuhu.. mati...macam mana la rasanya mati ni.. sakit sangat ke..betul ke rasa macam dihiris pedang.. Nabi Muhammad SAW pun merasa kesakitan semasa baginda wafat.. macam mana dengan insan hina macam aku ni.. apa nasib aku nanti?? siapa jadi peneman aku dalam liang yang sempit tu nanti.. ular kah?kala jengking kah? Nauzubillahhiminzalik... bagaimana tempat tinggal aku nanti? seluas mata memandang atau sempit menyesak dada? adakah taman-taman syurga atau lubang neraka? bagaimana dengan dosa-dosa aku ni.. terampunkah..menggunungnya dosa ku ni tinggi tak terkata.. bagaimana aku nak hidup dalam seksa sehingga kiamat?.. yaALLAH takutnya... ampunkan hambaMu ini ya ALLAH.. tapi sekarang aku dah mula gelak ketawa semula..tak sedar diri.. sudah lupa akan mati..terus terbuai dengan jerat duniawi.. kurangkan ketawa wahai andalusia kerana ia akan melupakan engkau pada mati..huhu

sekian sahajalah coretan andalusia kali ini.. ilalliqo'.... assalamualaikum

Tuesday, February 3, 2009

kenapa?


Kenapa saya suka PAS...

Kerana PAS berjuang untuk Islam..

Kenapa saya sokong PAS...

Kerana saya inginkan sebuah daulah Islamiah..

Kenapa saya pilih PAS..

Kerana saya inginkan sebuah khilafah kembali tertegak..

Kenapa saya mesti bersama PAS..

Kerana PAS sebuah jemaah Islam yang berpegang pada Quran dan Sunnah..

Kenapa saya kena berjuang bersama PAS..

Kerana saya muslim yang cintakan Islam..
kenapa saya sayang PAS...

Kerana saya nak lihat Islam kembali agung..

Kenapa saya bersama PAS..

Kerana tanggunjawab dakwah saya...

Kenapa saya undi PAS..

Kerana saya nak lihat Islam kembali berkuasa..

Kenapa, kenapa, dan kenapa.....


sambunglah sendiri.......

salam untuk semua makhluk ALLAH

sakit mata...
bosan...
jemu...
menyampah...
buruk....

blog aku ni kena dijenamakan semula rasanya...
dalam bahasa orang puteh disebut 'rebranding'...
sebab tak cantik la blog ni..
orang nak baca pon bosan...
aku sendiri pun bosan menengoknye..huhu..

tapi nantilah..kena belajar ngan kawan dulu..
banyak kali dah try nak ubah tapi tak berjaya pon..
pelik betul...huhu...
siapa nak ajar?aku ni buta sikit bab teknologi ni...
yela orang kampung...

bertambah pening kepala aku apabila melihat perkembangan politik kat perak sekarang ni..
aduhai...
moga ALLAH selamatkan pemerintahan YB Nizar...
moga ALLAH limpah kan keberkatan dan rahmatNya..
moga ALLAH lindungi pemerintahannya daripada segala perancangan jahat musuh..

aku sekarang tengah mengumpul semula saki baki kekuatan yang ada..
kerana perjalanan aku sebagai pelajar masih panjang dan berliku...
sudah mula terasa dalam diri aku ni rasa malas..malas..dan malas...huhu
tak elok kan..seorang muslim yang baik tak boleh ada sifat malas...
muslim kena rajin..kena semangat...
ALLAH suka muslim yang rajin...
tapi kenapa aku malas?sebab aku muslim tak baik kot..huhu
Nauzubillahhiminzalik....

YAALLAH...lindungilah aku dari sifat-sifat tercela...daripada perkara-perkara yang Engkau tidak sukai...

ok lah..perut pon sudah menyanyi riang...
nak pi pekena nasi lemak makcik kiah jap...
lapar...
hari ni perak cuti....=)

semoga ketemu lagi di lain coretan...


ikhlas daripada: andalusia