Wednesday, November 25, 2009

terakhir...

Bismillahhirahmanirrahim...
terasa nak mencoretkan sesuatu di blog aku ni..
sebelum aku melangkah pulang ke kampung petang ni atau esok pagi..
agak lewat aku pulang kerana terpaksa menjalankan beberapa amanah yang ditaklifkan kepada aku..
amanah yang besar, agar ada pelapis bagi perjuangan ini..
agar lahir mata rantai perjuangan Rasulullah SAW
tidak mengapa berkorban sedikit demi adik-adik dan sahabat-sahabat yang aku kasihi..
berkorban demi Islam yang aku cintai..
malah aku berasa seperti tidak mahu meninggalkan bumi yang banyak mentarbiyah diri aku..
mengeluarkan aku dari kekosongan kepada kehidupan yang terasa sangat berharga..
berat hati aku nak meninggalkan semua ini..

lewat program baru-baru ini, yang aku sebagai ceo nya.. aku terasa sangat sayu..
memikirkan selepas daripada detik dan saat itu..aku mungkin sudah tidak dapat merasa susah payah bergerak kerja dengan sahabt-sahabat yang banyak membimbing aku..
diluar sana mungkin ada, tapi tentu berbeza..melihat wajah adik-adik itu aku berdoa dan mengharapkan setiap daripada mereka akan menyedari kepentingan bersama dalam jalan dakwah ini..dan akan bersama-sama mencatatkan nama sebagai penyambung tugas Rasulullah SAW..
aku berharap setiap daripada mereka dan aku sendiri menyedari bahawa Islam bukan hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi Islam untuk disebarkan..junjunglah Islam walau di bumi mana sekalipun kita tapaki..
beruntungnya mereka, ALLAH memilih untuk menyedarkan mereka dalam usia yang masih muda..Alhamdulillah..semoga mereka berjalan ke syurga seiringan tanpa seorang pun yang tercicir..amin.

disaat terakhir ini..aku berharap..moga tautan ukhwah yang bersatu diatas aqidah yang satu ini..diatas keimanan yang jitu ini akan terus berpaut kukuh hingga ke dunia sana..jalinan persaudaraan bagai sebuah keluarga ini akan terus utuh di sanubari aku walau apa pun duga dan cuba yang menimpa..dan setiap salah tutur, silap langkah aku, aku dahulukan dengan pinta jutaan kemaafan daripada semua...
moga ALLAH memberkati dan merahmati kita selamanya..dan sentiasa istimrar dan istiqomah dalam perjuangan Islam ini..insyaALLAH..

pengakhirannya..salam Aidiladha..moga peristiwa pengorbanan ibrahim dan ismail dijadikan pembakar semangat kepada semua..teruskan berkorban hingga kita terkorban sebagai syuhadaNYA..ALLAHHUAKBAR!!!!

3 comments:

khaulah mujahidah said...

teruskan perjuangan.. moga terus thabat. syukran wa asif 'ala kulli hal.

Unknown said...

Ana memang tak perasan yang Baha dah sem 7 rupanya. Baru sekejap kita kenal. Rupanya Baha dah nak melangkah keluar dari UPSI. Takpa, walaupun lambat kenal, tapi macam dah lama kenal. :)

Bila dah dalam medan dakwah, sebenarnya takda istilah cuti bagi kita. Cuti sekolah, cuti sem hanyalah perkataan. Hakikatnya kita tak pernah cuti, kerana kewajiban itu tiada cutinya.

Selamat melangkah ke medan lebih mencabar....

andalusia said...

besela abg rijal..muka awet muda..tu yang susah nak percaya tu kan..hehe..tulah, indahnya persaudaraan tu..baru kenal tapi macam dah lama..betul3..insyaALLAH tiada istilah cuti untuk da'wah..


~ jazakillah khaulah mujahidah..moga enti juga begitu hendaknya..