Thursday, September 18, 2008

andalusia kebosanan...

fuhh..banyaknya kerja ana minggu ni...
kalut nak kejar tarikh hantar...suka buat kerja saat akhir..inila akibatnya..
banyak betul keje sebagai pelajar ni..belum betul-betul kerja lagi..
sabar ajela..kena banyak motivasikan diri sendiri supaya lebih rajin..
makin hari makin malas..apela nak jadi dengan ana ni..

ramadhan dah lebih separuh berlalu..
tinggal lagi separuh perjalanan ramadhan..
rebutlah segala tawaran ALLAH sempena Ramadhan..
entahkan akan ada lagi ramadhan selepas ini...
moga diberi kesempatan lagi oleh ALLAH..
bagaimana nak tempuh hidup selepas ramadhan yang pastinya syaitan menjadi teman..
ramadhan tanpa syaitan ini pun ana masih tercungap-cungap..
ya ALLAH...lindungi daku...
sesungguhnya,hanya Engkau yang lebih mengetahui keadaan hambaMu ini...

16 september telah pergi...gagal buat Anwar Ibrahim..
adakah akan gagal untuk seterusnya?
Anwar merancang..ALLAH jua merancang..
tapi ALLAH sebaik-baik perancang..
moga Anwar berjaya seterusnya...
yang penting..Islam didaulatkan...

26 september pula menanti ana...
tarikh yang sangat dinantikan...
tarikh yang menjanjikan ana sebuah kepuasan yang pasti nyata..
sebab...



ana nak balik raya...hehehe

Asean patut kaji kedudukan Filipina

M Khaleel Kas
Wed | Sep 17, 08 | 3:13:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) -Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius perkembangan politik yang berlaku di Mindanao semenjak kebelakangan ini






Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub,tekanan politik dan keganasan tentera telah berlaku dengan begitu berleluasa sehingga menyebabkan hampir setengah juta orang awam menjadi pelarian.

"Pendirian terbaru Presiden Arroyo jelas menunjukkan bahawa Filipina tidak lagi berminat untuk menyelesaikan konflik yang berlaku secara rundingan, tetapi lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan keganasan.

"Filipina sepatutnya sedar bahawa Mindanao adalah wilayah umat Islam yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol mahupun Amerika Syarikat, tetapi mereka menyerahkannya kepada Manila,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, rakyat Mindanao tidak mengiktiraf kekuasaan Manila ke atas mereka dan apa yang dituntut ialah kemerdekaan.

"Jika Manila bersedia mengakui hakikat ini, konflik ini akan selesai dengan segera. Sebaliknya, Manila mengambil sikap sebagai penjajah yang tidak menghormati hak asasi manusia.

"Kerana itu tidak hairan jika berlaku rundingan dalam keadaan 'senjata di kepala' mereka,"katanya lagi.

Katanya,sebelum ini beberapa usaha telah dibuat oleh Malaysia supaya krisis ini diselesaikan di meja rundingan dan Kuala Lumpur telah bersedia menjadi orang tengah.

"DPP Pusat menyokong langkah Wisma Putra untuk menyelesaikan masalah ini secara keluarga Asean demi mengekalkan kestabilan politik di rantau ini.

"Tetapi Manila yang gagal memenuhi keperluan-keperluan rundingan termasuk enggan menyertai rundingan terakhir di Kuala Lumpur. Alasan Manila berkenaan tiga komander MILF yang menyerang orang Kristian adalah amat terpencil kerana tentera Filipina sendiri bertindak lebih ganas termasuk membakar rumah orang awam,"ulas Salahuddin lagi.

Beliau mendesak supaya kedudukan Filipina dalam Asean dikaji semula seperti mana sikap Wisma Putra terhadap Rangoon sebelum ini.

"Kita bukan bermaksud mencampuri urusan negara jiran, tetapi jika tindakan mereka telah mencabul hak asasi rakyat dan boleh mengundang ketidakstabilan politik rantau ini, maka tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka.

"Filipina patut digantung daripada Asean supaya Manila sedar tentang kesilapan mereka dalam menyelesaikan masalah ini. DPP Pusat juga berharap supaya Wisma Putra dapat memanjangkan masalah ini kepada OIC kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam secara khusus terutama dalam bulan Ramadan ini,"tegasnya. - mks. _

Wednesday, September 17, 2008

tips pakai cincin

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Friday, September 12, 2008

Siti Nabihah berhati waja- sedihnya..huhu

Siti Nabihah berhati waja


SITI Nabihah Hasim, pesakit barah tulang yang dirawat di HUSM Kubang Kerian, menduduki peperiksaan UPSR kelmarin. – Gambar ROSNI MASRI


KOTA BHARU 11 Sept. – Penyakit barah tulang yang memamah dirinya memaksa Siti Nabihah Hashim, 12, menerima kenyataan bahawa dia akan cacat dengan sebelah kakinya perlu dipotong demi menyelamatkan nyawa.

Begitupun, murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sungai Karangan, Kulim, Kedah ini ternyata cukup tabah untuk mengharungi kehidupan alam persekolahannya.

Dalam keadaan serba kekurangan itu, dia menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini dengan keyakinan akan tetap memperoleh keputusan cemerlang 5A.

Anak seorang petani yang disahkan mengidap barah Ewing sarcoma itu menjalani pembedahan dengan kaki kirinya dipotong dari pangkal paha pada 3 Ogos lalu dan terpaksa bergantung kepada kaki palsu untuk bergerak.

Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar tetap bersemangat tinggi dan tidak sabar untuk kembali ke sekolah, menjalani ibadat puasa serta menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Saya harap keluarga, rakan-rakan dan guru juga turut mendoakan supaya saya segera pulih dan dapat bersama-sama berhari raya.

“Selepas pembedahan itu, saya tidak lagi sakit dan dapat mengambil peperiksaan, walaupun tidak ke sekolah sejak lebih enam bulan lalu,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang menyampaikan sumbangan kepada murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR ketika dirawat di HUSM, semalam.

Pada kunjungan itu, Pengerusi Puspanita Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Kertini Musa menyampaikan sumbangan kepada tujuh murid, empat di HUSM dan tiga lagi di Hospital Raja Perempuan Zainab 11.

Mengenai penyakitnya itu, Siti Nabihah yang ditemani kakaknya, Siti Rosaida memberitahu, pahanya mula membengkak pada Mei lalu dan keluarganya mencari ikhtiar dengan mendapatkan rawatan di hospital dan secara tradisional kerana penyakitnya sukar dikesan.

Dia kemudiannya dirujukkan ke HUSM Jun lalu, dan disahkan mengidap penyakit barah tulang.

Anak bongsu daripada lapan adik-beradik ini berharap dapat segera pulih selepas menjalani beberapa rawatan susulan kelak.

Sementara itu, Siti Rosaida, 22, memberitahu, dia dan ibunya, Salbiah Ariffin bergilir menjaga Siti Nabihah selama mendapatkan rawatan di HUSM.

Ketika ini, katanya, dia mengambil alih tugas menjaga adiknya itu kerana ibunya terpaksa pulang ke rumah di Kampung Baru, Sungai Karangan, Kulim atas urusan keluarga.

Menurutnya, mereka sekeluarga berasa amat sedih melihat penderitaan Siti Nabihah semasa mula mengidap penyakit tersebut.

“Dia sering menangis kerana terlalu sakit, sehinggakan jika disentuh sahaja bahagian paha, dia akan menjerit sakit,” katanya.

Pada peringkat awal, jelasnya, punca penyakit adiknya itu tidak dapat dikesan sehinggalah dirujuk ke HUSM dan disahkan Siti Nabihah mengidap barah tulang Ewing sarcoma.

Menurut Siti Rosaida, dia kagum dengan sikap adiknya apabila bersedia menerima keputusan kakinya terpaksa dipotong.

“Kemungkinan kerana rasa sakit yang tidak tertanggung, sehinggakan dia bertanyakan bila kakinya boleh dipotong,” ujarnya.

Selepas pembedahan tersebut, katanya, adiknya itu menerima tanpa memperlihatkan rasa kesal terhadap keadaan fizikalnya

Wednesday, September 10, 2008

bebaskan gaza-hamas

Rabu, 10/09/2008 -Pergerakan Hamas pada Isnin lalu meminta menteri-menteri luar Arab yang bersidang di dalam Kaherah hari ini agar menerima keputusan segera dan praktikal bagi memecahkan kepungan di Gaza.

Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas di Gaza memberitahu PIC bahawa para ketua diplomat Arab sebelum ini menggambarkan Gaza sebagai sebuah "kawasan bencana" dan memutuskan untuk memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atasnya.

"Kita memandang baik keputusan positif dari mesyuarat itu untuk menamatkan pengepungan yang bersifat menindas, kesengsaraan dan tragedi bagi penduduknya," beliau menambah.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

ydp mpp upsi dedahkan konspirasi jahat hep dan aspirasi

semuanya telah terbongkar....pilihanraya kampus bakal tiba...moga keadilan terlaksana

Thursday, September 4, 2008

aduhh..
peningnya hari ni..letih sangat..
rasa nak ketawa pun ada...macam mana la boleh jadi pelupa ni..
daripada pagi tadi sampai la petang tadi ana mencari-cari mana letaknya pendrive kawan ana..
seingat ana lepas balik kelas semalam..ana letak atas meja study..
tapi pagi tadi cari..dah tak ade..yang ada pendrive ana je(sama jenis ngan yang ilang tu)
risau dah hati..pendrive tu milik seorang gadis cina..lecturemate ana..
dalam tu ada keja yang ana kena siapkan..
puas ana cari merata-rata..tak jumpa juga..
putus asa sudah...
ana pun pesan kat kawan ana suruh bagitau gadis cina tu..pendrive dia hilang..
ana akan ganti dengan pendrive ana yang sama jenis dengan pendrive yang hilang tu..
tapi cina tu jawab..dia takde pun bagi ana pendrive dia..
ehh..peliknya..nyanyuk ke perempuan tu..semalam dia yang bagi masa dalam kelas..ana ingat sangat2..ana bukannya nyanyuk..
dia kata lagi..
pendrive yang dia bagi semalam tu pendrive ana laa...
ehh...
puas ana fikir...
rupa-rupanya ana penah bagi pendrive ana kat dia..sebab nak maklumat..
dan pendrive yang dia bagi semalam pendrive ana yang ana tengok ada atas meja study ana tula..
maknanya takde pendrive yang hilangla..
huhuhu..
tertekannya..macam mana boleh lupa sampai camtu sekali..
sakitnya hati..
huhuhu...
takpelah..sabar-sabar..ujian ALLAH di bulan Ramdhan..
ALLAH nak uji kesabaran ana la tu...Alhamdulillah..ujianNya masih kecil..
macam mana la kalau ALLAH timpakan an ujian yang lebih besar..
mampu ke ana nak tanggung???

p/s: paham tak cite ana ni????

pesan Imam Al-Ghazali..

betapa banyak orang yang berpuasa yang sebenarnya berbuka,
dan yang berbuka padahal berpuasa,
yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum,
tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa.
dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota atubuhnya(dalam perbuatan dosa)

Wednesday, September 3, 2008

ramadhan..aku sayang kamu..

indahnya ramadhan...
hati ni terasa makin dekat padaMu..
sayu hati aku mengenangkan jauhnya aku daripadaMu sebelum ramadhan..
tekad aku..
moga ramadhan ini menjadikan aku insan yang lebih taat..
lebih bersyukur atas segala kurniaMu..
semoga aku sedar diri..aku hanya seorang hamba yang amat lemah..
jangan sesekali melawan titah perintahNya..
yaAllah..
laparnya aku puasa tadi...
bagaimana keadaan saudara-saudara ku di palestin..
iraq..Align Right
afghanistan..
somalia...
di mana-mana..
cukup makankah mereka selama ini...
sahur mereka adakah sekenyang sahur ku?
iftar mereka?seenak makanan ku?

ramadhan...
ishh..nak luah pe lagi eh..
xpelah..nanti sambung lain..
esok nak sahur pl..
kelas pukul 8 pula..
salamun'alaik...

Perjuangan Mempertahan Al-Aqsa Sudah Bermula..



Isnin, 25/08/2008 -Perjuangan mempertahan masjid Al-Aqsa telah bermula dan semua pejuang mujahidin perlu bersiap sedia berkorban dalam melindungi Al-Aqsa, Abu Abir jurucakap Jawatankuasa Pejuang berkata demikian apabila pihak Zionis terus menerus melakukan aktiviti menggali dibawah Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa kebakaran masjid Al-Aqsa 39 tahun yang lepas.

Tindakan tentera Zionis untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan membunuh jemaah Islam yang direstui oleh pihak kerajaan Zionis, sedikit pun tidak menggentarkan perjuangan mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa.

Abu Abir menggesa gerakan pejuang Islam agar bersatu dan menggerakkan usaha mempertahankan dan membebaskan Jerusalam daripada pihak Zionis yang berusaha merobohkan dan mendirikan kuil mereka.


Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : juara786