Sunday, October 26, 2008

cikgu...

Assalamualaikum semua, saja-saja je ni nak kongsi satu peristiwa yang berlaku kat masjid tadi, selepas solat maghrid tadi ada pengajian kitab hikam sementara menunggu waktu isyak oleh seorang ustaz yang pekat telo indonnya, dalam leka ustaz menerangkan kitab hikam beliau sempat menegur dengan nada yang agak keras, mengenai sikap bakal-bakal cikgu muslim UPSI, muslimin khususnya yang tidak menghormati waktu maghrib, sudah azan maghrib pun masih ada yang bermain bola, mungkin dalam perjalanan ke masjid beliau melihat ada yang masih bersukan. Dengan nada membentak, beliau mempertikaikan sikap cikgu-cikgu tersebut, bagaimana hendak mengajar dan mendidik anak orang jika akhlaknya begitu, tidak menghormati waktu solat, seumpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Wahh, tersentak ana..padat dan pedih..hehe..tapi betul juga tegurannya tu kan..terasa betul, biarpun ana tak terlibat tapi terasa la jugak..bagaimana nak didik anak orang jika diri sendiri pun tak tentu hala kan..huhu..moga masih ada ruang dan peluang untuk ana perbaiki keburukan diri sebelum menjadi guru yang sah..boleh ke jadi guru yang baik ni..macam tak yakin sangat je..huhu..teringat lagi, masa raya hari tu, ada cikgu lama ana cakap ana cikgu tiga suku..hehe..tak patut betul cikgu cakap saya macam tu..patut tak?tak patut kan..tak patut2..k lah, malas nak tulis panjang-panjang..nak sambung study jap..kepada bakal-bakal cikgu..jadilah guru yang berdedikasi, tunjukkanlah akhlak yang terpuji agar nanti lahirnya generasi baru Islam yang terdidik akhlaknya..ameen..

p/s: be a good muslim or die as a syuhada!!!

Saturday, October 25, 2008

takutnya..

Aduhhai..adakah ana sudah mengalami sindrom tenet addict?..bahaya ni..
Sangat bahaya..exam dah tinggal seminggu saja lagi..banyak lagi benda yang tak di review lagi..tapi banyak masa dihabiskan depan benda petak ni..kalu sekali buka, berjam2 la jawabnya dok depan ni..menatap informasi2 di tenet ni..buka frenster la..baca harakahdaily la..upsikini la..cerita tentang upsi..paling hangat adalah tentang pemilihan ydp nya la..pemilihan ydp mpp upsi mungkin dah selesai tapi ana masih terkilan akmal dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dipinggirkan..takpe lah..mungkin tersorok hikmah disebalik ketentuanNya ini..apa2pun cuba lah sedaya upaya kalian untuk menunaikan segala janji2 yang telah ditaburkan..ana berharap segala dugaan yang kalian tempuh akan menjadi pembakar semangat kepada adik-adik yang lain untuk terus berjuang sampai ke penghabisan..jawatan itu amanah yang besar dan akan dipersoalkan di akhirat kelak bukan alat untuk berbangga..berbalik kepada exam pulak..dijadualkan bermula pada 3hb, kemudian 5hb, 6hb ada dua paper, seterusnya 11hb dan tamat pada 14hb..wah tensyennya..kalu tak payah exam tak boleh ke?huhu..sabar-sabar..akhir kalam..selamat menghadapi imtihan..ma’a taufiq wannajah fil imtihan..salamun’alaik..

[Eksklusif] Akmal diketepikan, hanya pegang Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah

Mesyuarat ahli MPP malam yang bersidang bagi menentukan kabinet MPP telah berakhir sebentar tadi dengan beberapa keputusan yang mengejutkan. Meskipun menang dengan undi terbesar dalam kerusi Umum, Akmal yang dijangka menyandang kerusi nombor satu MPP dilaporkan hanya memegang jawatan sebagai Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Berikut merupakan struktur organisasi kabinet yang diputuskan malam ini.

Yang DiPertua : Mohamad Hairie bin Abdullah
Timbalan Yang DiPertua : Nor ‘Ain Bt. A. Razak
Naib Yang Dipertua : Syaiffuldin bin Mohamad
Setiausaha Agung : Mohd Razik bin Khalid
Pen. Setiausaha Agung : Muzaitul Akmar bin Mohammad
Bendahari : Muhammad Asree bin Abd Aziz
Pen. Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak
Exco Ekonomi & Keusahawanan : Mohd Fitri bin Amil, Nurul Illyana bt Mohamad
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor, Adriyani binti Yamin
Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa : Armadi bin Derus, Bornifes
Exco Sukan & Rekreasi : Mohd Nor Faiz bin Mat Ali, Siti Nor Hazliza binti Rosli
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah : Akmal bin Madzir, Norhafizawati binti Mahmad Rozali
Exco Penerbitan & Informasi : Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi, Siti Khairiah binti Jajuli
Exco Kesenian & Kebudayaan : Norhisham bin Che Hamid, Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman
Exco Akademik & Kerjaya : Arif bin Mohamad, Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof
Exco Perpaduan & Integrasi : Lee Sun ju, Punethan

Upsikini dilaporkan keputusan untuk melengkapkan kabinet dihujani pelbagai hujah bagi mencari formula terbaik meletakkan calon dalam beberapa kerusi penting. Kaedah secara undian digunakan untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua apabila terdapat pertandingan antara Pro Kualiti dan Pro Kebajikan. Akmal dikatakan menawarkan diri merebut ketiga-tiga jawatan tersebut namun tidak ada satu pun yang dimenanginya. Kaedah undian ini dibuat berdasarkan Perkara 52 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyatakan ‘keputusan-keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi'. Bagi jawatan-jawatan lain, penetapan dibuat secara persetujuan sebulat suara. Kabinet yang dibentuk ini dijangka bakal menjadi perdebatan hangat seluruh masyarakat kampus. Walau bagaimanapun. kabinet yang dibentuk ini belum mendapat pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.
Mesyuarat kali ketiga yang bermula pada jam 10.00 malam tadi berakhir pada jam 1.47 pagi.

cuba lihat jawatan timbalan yang dipertua..nor 'ain razak..sebab ape?sebab dia dapat undi kedua tertinggi..tapi kenapa akmal yang dapat undi tertinggi dinafikan hak sebagai ydp??hak akmal dinafikan..dan diserahkan kepada calon yang menang tanpa bertanding yang belom tentu menang kalau ada pertandingan!..suara mahasiswa yang memberikan akmal undi tertinggi dinafikan..lihat juga pada jawatan-jawatan yang diboldkan..kesemua kelapan-lapan daripada pihak kebajikan hanya diberi jawatan exco..permainan apakah ini..kejam..

Thursday, October 23, 2008

wanita


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di hadapan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga

Wednesday, October 22, 2008

Daripada seorang penjual nasi lemak kepada ahli Majlis Perwakilan Pelajar


Kebanyakan daripada kita pasti terkejut dengan kemenangan yang diraih calon umum Arif bin Mohamad dengan jumlah undian sebanyak 3757 undi. Beliau yang turut tidak menyangka dengan keputusan itu merasakan kemenangan ini adalah ujian Allah kepadanya. Jika ditanya kepada penghuni Kolej Harun Aminurrashid, pasti mereka mengenali beliau. Beliau bukan dikenali kerana memegang jawatan di kolej tetapi dikenali sebagai penjual nasi lemak dan beberapa makanan lain. Beliau yang menjalankan perniagaan bergerak dari rumah ke rumah seringkali muncul di hadapan pintu rumah penghuni KHAR pada waktu malam. Perniagaan yang dibuat secara bergerak itu membuatkan seluruh warga KHAR di blok lelaki akan mengingati beliau sehinggakan semasa hari pembuangan undi semalam rata-rata para pengundi KHAR mengenalinya sebagai ’arif nasi lemak’.
Arif pernah bertanding pada PRK sesi lepas namun tewas dan pada PRK kali ini beliau berada di tangga ke-3 dalam kerusi umum.
Arif dikatakan antara calon ’Pro Kebajikan’ yang memperjuangkan supaya subjek Pendidikan Islam menjadi subjek teras dalam pengajian di UPSI.
Arif dijangka akan menyandang kerusi Majlis Tertinggi dalam organisasi MPP kali ini.

p/s: import dari laman upsikini.blogspot.com

kemenangan barisan kebajikan!!!

Keputusan PRK yang diumumkan petang tadi dilihat menepati ramalan ramai pihak berdasarkan manifesto dan strategi kempen calon-calon 'kebajikan' yang berkesan. Kumpulan ‘Kebajikan’ yang diwar-warkan sebelum ini benar-benar membuktikan mereka relevan meskipun dilabel sebagai ‘basi’ dan sebagainya. Menurut sumber, daripada 11 kerusi yang ditandingi, mereka berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum. Calon-calon daripada kumpulan ‘kebajikan’ ini dikatakan mempunyai kekuatan dari segi sokongan mahasiswa di kalangan mereka yang begitu komited dengan gerak kerja kempen sehingga saat terakhir. Mereka juga dikatakan berupaya menarik perhatian ramai pengundi dengan isu dan manifesto yang dibawa dalam PRK kali ini.
Kumpulan ini berjaya menafikan majoroti 2/3 kumpulan yang dikenali sebagai 'kualiti' setelah berjaya menawan 8 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan.


p/s:diimport dari laman upsikini.blogspot.com

Tuesday, October 21, 2008

akhirnya...nikmatnya..

ALLAHHUAKBAR!!!!..tak tergambar dan tak mampu dinyatakan dengan kata-kata..
Air mata pun ana tak mampu tahan daripada mengalir..gembiranya tak terhingga..yaALLAH..terasa sangat nikmat kurniaan Mu ini..nikmat kemenangan yang Engkau berikan ini sesuatu yang besar..yang sangat bermakna..kemenangan calon proIslam dalam pilihanraya kampus kali ini sangat besar maknanya bagi ana..biarpun bukan kemenangan yang mutlak..tapi mampu membisukan golongan-golongan satu lagi..
Keputusan prk diumumkan pukul 7.30 petang tadi..kami menang 3 kerusi umum daripada 5 yang dipertandingkan..tahniah kepada akhi mohd akmal madzir, akh arif bin mohamad dan ukhti nur aqilah hanis bin mohd yusoff..akhi akmal memperoleh undi tertinggi...tahniah untuk kalian..isikan kemenangan ini dengan sesuatu yang boleh dirasa manfaatnya..tahniah dan penghargaan kepada sahabat-sahabat ana daripada fakulti sains dan teknologi kerana berani berubah dengan kemenangan kedua-dua calon kami mohd hanif dan norhafizawati untuk mengisi dua kerusi fakulti sains dan teknologi..kerusi fakulti-fakulti lain ana tak berapa tahu..dengan pelbagai mehnah dan tribulasi kita tempuh sepanjang minggu kempen, menyebabkan kemenangan ini sesuatu yang sangat bernilai..hilang segala penat lelah..ALLAHHUAKBAR!!!..kesemuanya kita berjaya memperoleh 8 kerusi daripada 21 kerusi kalau tak silap ana..ana doa moga akh akmal berjaya menduduki kerusi empuk YDP MPP insyaALLAH..

lagi....

Wah..panas..panas..panas betul rapat umum dekat khar tadi..
Semangat betul pelajar upsi ni..ish3..termasuk la orang yang menulis ni..hehe
Sampai nak kepung kawan saya...cikgu fadh..ape kehenye yob bebudak aspirasi ni...budaya samseng menular-nular..
Dahla akhlak kelaut..(wahh..cam aku berakhlak sgt..hehe)..sampai kami pun terprovoke sama untuk bersorak-sorak..ape-ape pun kami lebih bersopan santun..hehe
Puak-puak aspirasi tu rajin pulak sebar surat layang kata salah sorang wakil calon kami songlap duit..tapi semuanya terjawab..jelas fitnah semata-mata..tunggula balasannya wahai DR.LUV.
Bagi ana..puak-puak aspirasi tu punya kelebihan dari segi calon yang pandai berucap..
Terutama dua calon perempuannya..tabik sikit..tapi taknak sebut nama..nanti terpromote lak..hehe..tapi pandai bercakap tak semestinya pandai bekerja kan..
Dan bagi ana lagi..calon-calon proislam or promahasiswa ni pula punya kelebihan dari segi akhlak dan kelakuan yang lebih baik..berkarisma untuk menjadi pemimpin yang baik..dan juga pandai berucap terutama ukhti aqilah hanis..masing-masing pernah memain peranan dalam gerak kerja islam dalam persatuan-persatuan mahupun kolej-kolej..jadi tunggu apa lagi kalian semua..esok turunlah mengundi..mengundi calon untuk perubahan..mahasiswa berkebajikan pencetus revolusi..
Calon umum:
1)nur aqilah hanis
2)nazira jiat
3)arif mohamad
4)mohd akmal madzir
5)wan nasrun

Calon FST lak:
1)mohd hanif
2)norhafizawati

Sunday, October 19, 2008

undi jangan tak undi..

Makin rancak perjalanan pilihanraya kampus UPSI sekarang ni...
Semangatnya berkobar-kobar mengalahkan pilihanraya umum negara kita..hehe
Suatu pengalaman yang mampu mematangkan ana..
Mungkin ini kali terakhir penglibatan ana dalam prk ni..
Sebab semester 7 nanti ana praktikal..
Walaupun peranan sekadar penampal poster untuk ukhti aqilah hanis(hehe)...tapi sudah memberikan suatu kepuasan amat sangat..biarpun badan letih tak terkira tapi demi perjuangan seorang mahasiswa..semua tu ku lupakan..cewah..apa sekalipun, ana tetap akan berusaha supaya calon pro-mahasiswa ataupun proislam menang...biar apa pun cabaran di hadapan..lawan tetap lawan..
Pada pandangan ana, calon-calon kumpulan proislam ini membawa imej dan akhlak Islam dalam diri mereka dan insyaALLAH dalam kepimpinan mereka juga kelak..ayuh letakkan kepercayaan kalian mahasiswa UPSI kepada golongan ini yang ana percaya dekatnya hati-hati mereka kepada yang Maha Esa..bukan niat ana untuk menggunakan Islam untuk kepentingan tapi menggunakan mereka untuk kepentingan Islam..ana tertarik dengan satu manifesto daripada seorang calon promahasiswa ini..yakni untuk mengusulkan supaya menjadikan subjek pendidikan islam sebagai subjek teras universiti..suatu usul yang amat baik..sebab sekarang ini mahasiswa di UPSI tidak diajar tentang ilmu Islam..amat rugi rasanya kita bakal pendidik tapi tak ditarbiyah dengan islam..insyaALLAH moga peroleh kemenangan..vote akhi ARIF BIN MOHAMAD...
Juga tak lupa calon-calon yang lain..
1) mohd akmal
2) wan nasrun
3) aqilah hanis
4) nazirah jiat
dan bagi calon fakulti ana..FST
1) mohd hanif
2) hafizawati

Saturday, October 18, 2008

pilihanraya kampus UPSI

salamun'alaik...lama dah tak update blog ni..
banyak sangat keje kebelakangan ni...
makin hampir ke penghujung semester sudah..
exam dah hampir...assignment pula masih tinggal satu lagi perlu disiapkan..

dekat upsi sekarang sedang demam pilihanraya kampus...
para penyokong tiap-tiap calon tengah sibuk perang poster...
untuk pengetahuan kalian..hari membuang undi dijadualkan 21 hb nanti..hari selasa..
UPSI menggunakan sistem e-voting..
sistem yang diragui ketelusannya..atau lebih tepat, meragui manusia yang mengendalikan sistem itu..mungkin ada perancangan untuk memenangkan calon pilihan hep..wallahua'lam..
ALLAH lebih mengetahui...

NC UPSI telah keluarkan arahan supaya tidak melabelkan calon-calon dengan sebarang label..
yakni sama ada calon pro-aspirasi atau bukan aspirasi kerana calon-calon bertanding atas kredibiliti mereka sendiri..dan diarah bertanding atas nama individu dan bebas..arahan NC upsi ni mungkin untuk mengelakkan sesuatu yang buruk..
tapi ana tak rasa tak wujud dua kumpulan dalam prk upsi ni..
kalau dilihat pada banner calon-calon pun sudah boleh tahu memang wujud golongan aspirasi dan pro mahasiswa..
untuk aspirasi..banner mereka seragam patternnya..dan lebih kemas kerana ditempah..walaupun sebenarnya, had kempen hanya rm50..tak apa lah tu..bersangka baik..hehe..
bagi calon bukan pro aspirasi pula..atau ana lebih suka labelkan sebagai pro-islam kerna calon-calonnya terdiri dari mereka yang islamik sikit..ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah..
kalau dilihat pada banner golongan ini pula..sedikit comot kerna hasil tangan sendiri..
dan pada motto mereka..pasti ada perkataan 'kebajikan'..contohnya..motto salah seorang calon..'mahasiswa berkebajikan, pencetus revolusi'...lain calon lain mottonya tapi kesamaan terletak pada perkataan 'kebajikan' tersebut...

itulah sahaja..sedikit sebanyak informasi untuk kalian yang tidak mengetahui...
ana pun sibuk kebelakangan ini membantu calon 'kebajikan' memasang poster..
moga mahasiswa lebih berani melakukan perubahan...tanpa takut ugutan posting..
kebanyakan rakyat malaysia lakukan perubahan ketika pru lepas sehingga hampir menjatuhkan kerajaan BN...sekarang giliran kita, mahasiswa UPSI..ayuh perubahan diperlukan untuk kebajikan mahasiswa...mahasiswa bijak..undilah mereka yang layak...
selidik akhlak mereka..dan ana yakin calon 'kebajikan' baik akhlaknya..
undi jangan tak undi...
adios..salam perjuangan...