Saturday, November 15, 2008

selamat tinggal bumi muallim..

ini malam terakhir ana berada di bumi tanjong muallim..
esok pagi, seawal pukul 7, ana akan berangkat meninggalkan bumi permai ini
menuju ke Melaka bandaraya bersejarah..untuk menemui akak ana di sana,
kemudian, esok hari juga ana akan terus berangkat pulang menemui bonda dan ayahanda di jengka..wilayah sawit dan getah..hehe..
rasa seronok pula dapat berehat panjang..walaupun kat rumah kena buat kerja juga..hehe..

sebulan lamanya cuti, bermakna sebulan la ana tak sentuh blog ni..
kat kampung mana ada internet..kena pergi cyber cafe kalu nak online..
malas la nak pegi pekan..habis duit..

jadi untuk ke akhir kalinya..
sebelum ana berangkat pulang..
teringin rasanya ana mendendangkan sebuah lagu untuk antum dan antunna sekalian..
dengar ya..kalu tak enak jangan dikutukkin..

satu..dua..tiga...

bersatulah wahai kaum muslimin..
dengan semangat dan roh kebenaran..
berjihadlah wahai kaum muslimin..
dengan harta dan segenap kepunyaan..

berjuanglah wahai ansorullah..
dengan matlamat daulah islamiahh..
laalalalaaaa..(lupa lirikk)

bergeraklahh..
ke gerbang jasa..
kalah menang bukan alasannya..
bersihkanlah..
niat dihati..
hingga nyata benarnya janji Robbi..


sekian sahaja daripada ana untuk kalian semua...
jumpa lagi sebulan akan datang..insyaALLAH..
moga kembali dengan obor dan semangat yang lebih menyala untuk terus berjuang demi Islam tercinta..

p/s:kalu ada diizinkan ALLAH..ana nak p kelantan..siapa-siapa yang nak tempah budu..
email lah ana..=)..(jangan email betul2 tao..jenaka je)

aku cipta sendiri..bacalah ye..

semakin hari, semakin aku dapat rasakan sakit nya hati..
melihatkan umat Islam di Tanah Melayu ini..
masih leka dan terbuai dek nikmat duniawi..
hidup terawang-awangan tanpa menyedari musuh mereka sedang memerhati..
jauh ditinggalkan ukhrawi hanya kerana kepentingan diri..
rasuahnya sana sini..
zina nya tiada henti..
dibuangnya bayi, sungguh keji..

ahh..golongan manusiawi lupa ukhrawi..
mengapa lupa pada yang mencipta diri..
tak takutkah pada panasnya api..
tak gentarkah pada ruang yang sempit dan sunyi..
tak malukah pada diri sendiri..
sedarlah wahai saudara dan saudari..
ada kuasa yang memerhati..
segala tindak tandukmu nyata dan tersembunyi..
menanti saatnya nanti..
merayu peluang kedua kali..
untuk pulang kebumi..
berjanji untuk berbakti pada ilahi..
ahhh!!..tiada gunanya lagi..

kepada pemimpin umat ini..
cukuplah berkerja untuk perut sendiri..
segala projek hanya untuk kroni..
harta bertimbun untuk anak bini..
apa yang ada untuk kami?..
mana segala janji yang ditaburi?..
disaat merayu melutut meminta undi..
segalanya kau sanggup berkorban untuk kami..
kini janji tinggal janji...
hanya harga minyak yang melambung tinggi..
mujur kini turun kembali..

tapi ada yang lebih penting lagi..
kami mahu Islam diangkat tinggi..
melebihi daripada perlembagaan kini..
bukan hanya sekadar agama rasmi..
tapi segala ajarannya dipatuhi..
bukan hanya dari sudut ekonomi..

kembalilah sepenuhnya kepada agama suci ini..
Islam bukan hanya diakhiri dengan fardhu haji..
malah meliputi segala urusan hari-hari..
pasti tiada lagi masalah mendatangi..
kerana keberkatan dari Ilahi..
pada umatnya yang sedar diri..
patuh dan taat pada Tuan empunya bumi..

aku melihat dengan rasa luka pada hati..
bak dihiris, dilumati..
mereka sudah berani melawan mufti..
ditaja nonmuslim yang buta hati..
jangan campuri urusan agama kami!!
mca pula sudah berani..
membantah penggunaan hukum Islam di tanah air kita ini..
bacalah paper hari ini..
dan kita hanya berani dalam mimpi..
mereka sudah berani kerana lemahnya umat ini..
jangan kita leka dan lupa diri..

bangkitlah wahai gergasi yang masih enak dibuai mimpi..
sedarilah wahai umat ini..
kita punya kekuatan dan kegagahan diri..
kerana kita punya Ilahi..
tiada yang mampu tandingi..
sedarilah wahai umat ini..
kita adalah gergasi..
cukuplah menjadi buih dilautan hindi..
kita punya doa sebagai senjata diri..
kembalilah sepenuhnya kepada agama suci ini..
pasti kita akan dihormati..
tiada lagi musuh yang berani..!!!



p/s: siap ditaip pada pukul 2.43 minit pagi..sejam memerah idea sendiri..sepontan tanpa henti..kalu xsedap sori...sajak ini (sajak ke?) adalah ciptaan andalusia dikala merasakan diri sudah jauh dari ilahi..

Friday, November 14, 2008

salam perantauan..

Alhamdulillah...
syukur kerana sudah habis beban sebagai pelajar untuk semester ni..
Hari ni hari terakhir exam ana..
biarpun agak mengecewakan paper last tadi..tapi rasa gembira habis exam mengatasi segala rasa duka..hehe..secara kasarnya, exam ana semester ni sama je macam exam yang lepas-lepas, takde rasa peningkatan ketara pun, ana dapat jangka, pointernya pun lebih kurang je..sebab cara belajar pun sama je macam dulu-dulu, takde peningkatan..belajar last minit, tak pernah jumpa pensyarah, tak pernah buat revision semula after kuliah..huhu..macam mana nak dapat dekan kalu belajar macam tu kan..apela ana ni..ish3..tapi takpe lah, semester depan pula..hehe..selepas ni, boleh la berehat, tenangkan kembali fikiran yang seminggu lebih dah bercelaru..jumpa orang-orang kampung yang dah lama ditinggalkan..ayam dan itik..kelapa sawit..wah..rindunya kat jengka..hehe..

berikut adalah analisis ana terhadap kertas-kertas peperiksaan semester ini..

1. Pengujian, Pengukuran & penilaian pendidikan (3/11/2008):
Paper ni...bolehlah jawabnye..50 soalan objektif je..hentam jela..banyak juga soalan yang memeningkan kepala..selalunya paper-paper macam ni la yang membantu pointer ana..=)
Target: seminimumnya B..

2. Biodiversity and Evolution(5/11/2008):
Secara tulus ikhlasnya.tak boleh jawab sangat..huhu..ada 20 soalan esei, jawab 10 je..sepatutnya jawab 15..tapi telah berlaku satu rundingan terus dengan Cik Mai Shihah semasa dalam dewan peperiksaan..jadi telah dipendekkan kepada 10 soalan sahaja..=) walaubagaimanapun ana masih belum mampu untuk menjawab kesemua 10 soalan tu..huhuhu..sedihnya..semuanya sebab study last minit..ni subjek minor
Target: B- je kot..huhu

3. Statistical Method & Applications (6/11/2008):
Subjek major yang pertama..agak susah juga..ada soalan yang tak dapat buat..mesti banyak hilang markah..tapi ok juga la sebagai subjek major..mintak-mintak boleh dapat ok la..carry mark rendah..huhu
Target: B rasanya..

4. Theory & method in mathematic Teaching(6/11/2008):
Selepas paginya ana jawab soalan matematik..petang tu pula kena jawab teori pengajaran matematik ni pula..serabut sikit masa ni..study pun tak habis sangat..
Paper ni paling teruk agaknya...tak tau la dapat ape grednya..takut-takut..mana tak nya, masuk dalam kelas bukan nak dengar lecturer mengajar, ana jadi penganalisa politik ngan aizat..hehe.,banyak sangat perkara yang dianalisis nye..analisis tentang aiman soheh pon ada..=)..dan kesannya..paper paling teruk..huuhu
Target: C je rasanya..huhuhu

5. Ordinary Differential Equation (11/11/2008):
Haaa..ni paper paling mantap sepanjang exam ni..lebih baik berbanding semua subjek..Alhamdulillah..syukur..ana memang suka subjek ni..harap bolehla ada dapat keputusan yang mensenyumkan..=)..
Target: minimumnya B+..harap-harap la..

6. Genetic(14/11/2008):
Huh..mengeluh panjang ana tadi..kenapa la susah sangat soalan nye puan..mensulitkan pemikiran je..macam-macam la keliru tadi..ntahla apa nasib ngan subjek ni..akak-akak major bio cakap subjek ni subjek killer..huhu..asif kak nazihah kerana mensia-siakan usaha akak meminjamkan segala nota-nota akak, sampai ke lab manual sekali akak bagi..syukran jiddan..moga ALLAH membalasnya..tapi ana telah menggunakan semaksimum mungkin nota-nota akak tu..=)..mujur 40% je final tadi...
Target: hmmm..ntahla..mintak tak teruk sangat..



Secara keseluruhannya, tak lah terlalu mengecewakan, sepadan la dengan usaha ana yang secoet ni..usahanya sikit takkan mengharapkan keputusan yang baik kan..jadi segalanya perlukan usaha..usaha+doa+tawakal= kejayaan insyaALLAH..jadi kepada muslim-muslim yang masih belajar..berakhlak lah dalam menuntut ilmu..rajin-rajin la study..jangan tiru-tiru assignment..jangan ponteng kelas..rajin-rajin la bertanya lecterur..jangan jadi macam andalusia..=)

Tuesday, November 11, 2008

SIAPA AKU?

(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.



Note: nukilan : wewr

p/s: dicopy daripada laman palestinkini dan dipastekan di laman andalusia

Sunday, November 9, 2008

seloka aurat...



Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
*****a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.



Sekian Terima(lah) Kasih,

Oleh: Azhari(s)

Dihasilkan pada:
23 Julai 2002
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit

ORI BY: Azhari(s)

Saturday, November 8, 2008

sepandai-pandai tupai melompat..

Akhirnya...
Rekod bersih ana selama ini terpadam juga..
Saat yang paling ana bimbangkan akhirnya menjengah dalam hidup ana..
Fuhhh...

ANA DITAHAN POLIS TADI...HUHUHU..

Atas dua kesalahan..lesen takde dan roadtax tamat tempoh...huhu
Tapi alhamdulillah..ana tak disaman..polis tu hanya bagi ana amaran..
Huh..syukur sangat2..kalu tak habis 600..huhu

Sebenarnya panjang lagi cerita yang berlaku sebelum ana ditahan tu..
Tapi malas la nak cite..polis tu pandai perangkap ana..huhuhu
ana terperangkap dengan jerat polis tu..kantoi juga akhirnya..

Terima kasih ye pak polisi..baik juga polis-polis malaysia ni..
InsyaALLAH..nanti saya amek lesen eh..hehe..janji..

abang polis tu siap pesan kat ana..
nanti pesan kat anak-anak murid, jangan buat macam cikgu tao..hehe

p/s: moralnya..patuhi undang-undang jalan raya..hehe

aku dan sahabat...


Salamun’alaik sahabat-sahabat sekalian,

Entri aku kali ini adalah mengenai zaman kanak-kanak aku, bestkan jadi kanak-kanak ni, tak payah nak fikir perkara-perkara rumit. Hidup hanya bermain-main. Apa yang aku nak cite kali ini adalah berkenaan aku dan sahabat-sahabat karib aku dalam menjalani kehidupan sebagai sekumpulan kanak-kanak riang di sebuah perkampungan FELDA, di jengka 3, pahang. Ketua kampung aku bernama Nayan bin Puteh..sekadar berkongsi..=)..

Semua kita mesti ada kawan-kawan rapat masa kecik kan? Aku juga begitu, Aku punya beberapa orang kawan, kawan rapat la, yang akan aku introducekan sedikit lagi. Kami memang rapat, mana-mana aktiviti mesti dilakukan bersama-sama hatta pegi kenduri kawin sekalipun. Kami membentuk satu kumpulan, ala-ala geng bas sekolah gitu..hehe, terdiri daripada 6 anggota(termasuk aku..)..kami tidak punya ketua..sepatutnya kalu ikut Islam kami perlu melantik ketua, tapi takpelah masa tu kami tak tau lagi..ustaz-ustaz pulak tak tegor..

Kumpulan kami ni punya satu trademark yang menjadi sebutan kami sekumpulan..iaitu
‘ala-ala pokmak’ atau kadang-kadang disebut ‘pokmak ala-ala’ sebutan ini adalah sebagai suatu tanda ikatan persaudaraan antara kami..hehe..menjadi mainan bibir sehingga abah aku pon selalu sebut benda tu,,.hehe...sejarah kami dapat trademark tu..akan aku ceritakan..now, let me introduce to all of u, my bestfriends ever..


1) nama: Mohd Hambali bin Iddress
nama gelaran : Bai
umur: sebaya ngan aku..21 tahun..
alamat: rumah keenam selepas rumah aku..
komen aku: sahabat yang baik, ada sense of humor, dia anak bongsu, berbadan besar darpada aku, tinggi darpd aku, keturunan banjar, sekarang belajar kat upm..alhamdulillah..apepun, dia seorang yang baik..aku suka ada kawan cam dia..(gmbar dia kat atas tu..xreti camne nak letak gambar sebelah ni..)


2) Nama: Ahmad Taufik bin Nik Azlan
Gelaran: topek
Umur: muda setahun daripada aku..
Rumah: rumah keempat selepas rumah aku..
Komen: orang kelantan, orang berduit sikit, bapak dia engineer, dia la banyak kuar dana untuk kumpulan kami..hehe..masa mula-mula sedikit skema, sekarang sudah kuar daripada kumpulan kami, kerana menyertai kumpulan-kumpulan mat rempit kampung aku..kumpulan tersebut beribu pejabat di tepi jalan, sebelah padang bola perumahan pekerja kilang sawit jengka 3..boleh dilihat mengadakan usrah pada setiap petang dikawasan tersebut, dengan motor-motor pelbagai jenis..perkara ini terjadi setelah beliau menyertai kumpulan skinhead sewaktu di asrama, dan mula merokok, dan seterusnya merasakan kumpulan kami terlalu skema untuk beliau..dan akhirnya beliau memohon untuk keluar daripada kumpulan kami..tapi sekarang dia pun berjaya juga..belajar di UIA..engineering apa tah..


3) Nama: Abdul Majid bin Saidin
Gelaran: adul
Umur: muda setahun daripada topek..
Rumah: sedikit jauh..selang sebuah daripada rumah ustazah rohani(ustazah skol agama aku..)
Komen aku: budaknya kecik..sekarang besar dah kot..dah jarang tengok dia..agak nakal..bukan agak la..memang nakal gile..hehe...keturunan banjar juga rasanya...sedikit lambat masuk group kami..tapi takpelah..diterima masuk juga..takde pe sangat nak cerita tentang beliau..sekarang mana duduk pun entah..


4) Nama : Ahmad murtaadza azmi(adik aku..hehe)
Gelaran: ajo
Umur: sama umur ngan adul..
Rumah: emm..sebilik dan sekatil ngan aku..
Komen: adik yang baik..hehe..


5) Nama: Ahmad Shauqi bin Aziz
Gelaran: boboy
Umur: muda setahun daripada ajo kot..
Rumah: diantara rumah bai ngan umah topek..
Komen aku: seorang kanak-kanak terencat sikit..berketurunan banjar...terkenal seantero kampung aku..gagal menguasai bahasa melayu dengan baik..verbal kurang jelas..berhenti sekolah sebelum upsr..selalu dibuli oleh kami..hehe..bila main kejar-kejar je selalu la dia yang kena jadi..sampai nangis..hehe..dulu aku penah rosakkan jam yang mak aku kasi, disebabkan takut kena piap..aku telah mengambing hitamkan boboy..aku cakap kat ma aku..boboy kot curi...padahal aku sorokkan..sian boboy kena..huhu..sori boy..mintak maaf ma..=( sian kat dia sekarang..watpe ntah..YaALLAH selamatkanlah sahabat aku seorang ini daripada kesesatan YAALLAH..

Mereka-mereka ini lah sahabat awal aku..ada yang masih kekalkan persahabatan..ada yang sudah pergi membawa diri..yelah..masing-masing dah besar..tak macam kecik-kecik dulu kan..banyak pengalaman pahit,manis, kelakar, sedih, adventure, dan macam-macam lagi lah yang berlaku antara kami..panjang sangat dahla..malas dah nak taip..insyaALLAH..next entry akan aku ceritakan aktiviti-aktiviti kami diwaktu terluang..menarik..pernah dikejar oleh pakcik bertuala dan tidak berbaju...kenapa?adala..tunggu..hehe..

p/s: maaf jikalau entri ini membosankan..sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup yang pasti jadi kenangan yang tidak boleh diulang semula..dan penggunaan kata ganti diri ‘aku’ hanya untuk menyesuaikan dengan perjalanan dan olahan cerita supaya lebih menarik..=)

Tuesday, November 4, 2008

terima kasih mama...


Hari ni telah genap usia ku yang ke 21..
Alhamdulillah syukur ke hadrat ALLAH S.W.T
Kerana telah memanjangkan usia ku sehingga mencecah 21 tahun..
Lama sudah aku menghirup udara Mu yaALLAH..
Lama sudah aku tanpa segan dan silu menikmati segala anugerah Mu..
Tapi kurangnya aku bersyukur kepadaMu..
Ampunkan aku ya rabb..

Bagi ana hari lahir bukan sepatutnya kita ketawa gembira berlebihan..
Sambutlah sekadar sahaja..
Kerana mengenangkan seorang ibu yang bertarung nyawa berjam2 lamanya hanya untuk memberi kita rasa nikmat dunia ini..
Mesti sakitnya tak terkata kan..semata2 kerana kita..
Peluk dan ciumlah ibu kita..berikanlah mereka hadiah kerana melahirkan kita..

Terima kasih mama..sebab melahirkan anakmu ini..membesarkan dengan secukupnya..
Sayangg mama..=)

dari seorang kawan..time kasih chedin:


Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Hiasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi...=)


p/s: ana dah leh daftar mengundi!!!...yea2!!

Sunday, November 2, 2008

jawapannya..

"owhh, ini bisul ni",kata Dr Nabilah.
"eh? bisul eh?kenapa ada nanah?", soal aku.
"sebab nanah la orang panggil bisul", balas Dr Nabilah.
"owhh, ehh?", balas aku menampakkan kejahilan..

p/s: akhirnya, jawapannya adalah bisul..bisul lah yang menyebabkan kaki aku sakit sangat, sampai susah sangat nak jalan..bolehla aku menjawab soalan 4p dengan tenang esok..hehe..

andalusia menulis..


Ya ALLAH, Kau perkuatkanlah hatiku ini..
Kuatnya dugaan yang perlu aku tempuh..
Tak tertanggung aku ya ALLAH..

Exam, banyak lagi tak baca..biodiversiti dan evolusi..
Apa perlu aku buat?huhu..
Padan muka aku..malas sangat..
Tambah dengan kesihatan kaki yang kurang baik..
Nak jalan pon sakit amat..
Terhencot-hencot..sakit tak terperi..
Tapi ni semua tanda kasih sayang Mu kan Ya Allah..
Engkau menguji aku agar aku terus dekat dengan Mu kan..
Alhamdulillah...

Dunia ni penuh pancaroba..
Mudah untuk jatuh ke jurang hina..
Jangan sekali-kali leka..
Syaitan hanya menunggu masa..
Agar kau jatuh tersungkur hina..

Berpegang teguhlah dengan tali ALLAH..
Nescaya kau berjalan lurus tanpa pesong..
Nabi pula berpesan:
1) sebarkanlah salam..
2) solat fardhu
3) pereratkan silaturahim
4) solat malam
maka syurga adalah tempat kita..

p/s: asif jikalau coretan si andalus kali ini tidak enak dibaca, kerana spontan tangan ini gatal menaip tika kebosanan menelaah subjek tmp..
ahad-2/3/08-12.24 a.m

Sunday, October 26, 2008

cikgu...

Assalamualaikum semua, saja-saja je ni nak kongsi satu peristiwa yang berlaku kat masjid tadi, selepas solat maghrid tadi ada pengajian kitab hikam sementara menunggu waktu isyak oleh seorang ustaz yang pekat telo indonnya, dalam leka ustaz menerangkan kitab hikam beliau sempat menegur dengan nada yang agak keras, mengenai sikap bakal-bakal cikgu muslim UPSI, muslimin khususnya yang tidak menghormati waktu maghrib, sudah azan maghrib pun masih ada yang bermain bola, mungkin dalam perjalanan ke masjid beliau melihat ada yang masih bersukan. Dengan nada membentak, beliau mempertikaikan sikap cikgu-cikgu tersebut, bagaimana hendak mengajar dan mendidik anak orang jika akhlaknya begitu, tidak menghormati waktu solat, seumpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus. Wahh, tersentak ana..padat dan pedih..hehe..tapi betul juga tegurannya tu kan..terasa betul, biarpun ana tak terlibat tapi terasa la jugak..bagaimana nak didik anak orang jika diri sendiri pun tak tentu hala kan..huhu..moga masih ada ruang dan peluang untuk ana perbaiki keburukan diri sebelum menjadi guru yang sah..boleh ke jadi guru yang baik ni..macam tak yakin sangat je..huhu..teringat lagi, masa raya hari tu, ada cikgu lama ana cakap ana cikgu tiga suku..hehe..tak patut betul cikgu cakap saya macam tu..patut tak?tak patut kan..tak patut2..k lah, malas nak tulis panjang-panjang..nak sambung study jap..kepada bakal-bakal cikgu..jadilah guru yang berdedikasi, tunjukkanlah akhlak yang terpuji agar nanti lahirnya generasi baru Islam yang terdidik akhlaknya..ameen..

p/s: be a good muslim or die as a syuhada!!!

Saturday, October 25, 2008

takutnya..

Aduhhai..adakah ana sudah mengalami sindrom tenet addict?..bahaya ni..
Sangat bahaya..exam dah tinggal seminggu saja lagi..banyak lagi benda yang tak di review lagi..tapi banyak masa dihabiskan depan benda petak ni..kalu sekali buka, berjam2 la jawabnya dok depan ni..menatap informasi2 di tenet ni..buka frenster la..baca harakahdaily la..upsikini la..cerita tentang upsi..paling hangat adalah tentang pemilihan ydp nya la..pemilihan ydp mpp upsi mungkin dah selesai tapi ana masih terkilan akmal dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dipinggirkan..takpe lah..mungkin tersorok hikmah disebalik ketentuanNya ini..apa2pun cuba lah sedaya upaya kalian untuk menunaikan segala janji2 yang telah ditaburkan..ana berharap segala dugaan yang kalian tempuh akan menjadi pembakar semangat kepada adik-adik yang lain untuk terus berjuang sampai ke penghabisan..jawatan itu amanah yang besar dan akan dipersoalkan di akhirat kelak bukan alat untuk berbangga..berbalik kepada exam pulak..dijadualkan bermula pada 3hb, kemudian 5hb, 6hb ada dua paper, seterusnya 11hb dan tamat pada 14hb..wah tensyennya..kalu tak payah exam tak boleh ke?huhu..sabar-sabar..akhir kalam..selamat menghadapi imtihan..ma’a taufiq wannajah fil imtihan..salamun’alaik..

[Eksklusif] Akmal diketepikan, hanya pegang Biro Latihan dan Pembangunan Sahsiah

Mesyuarat ahli MPP malam yang bersidang bagi menentukan kabinet MPP telah berakhir sebentar tadi dengan beberapa keputusan yang mengejutkan. Meskipun menang dengan undi terbesar dalam kerusi Umum, Akmal yang dijangka menyandang kerusi nombor satu MPP dilaporkan hanya memegang jawatan sebagai Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah. Berikut merupakan struktur organisasi kabinet yang diputuskan malam ini.

Yang DiPertua : Mohamad Hairie bin Abdullah
Timbalan Yang DiPertua : Nor ‘Ain Bt. A. Razak
Naib Yang Dipertua : Syaiffuldin bin Mohamad
Setiausaha Agung : Mohd Razik bin Khalid
Pen. Setiausaha Agung : Muzaitul Akmar bin Mohammad
Bendahari : Muhammad Asree bin Abd Aziz
Pen. Bendahari : Muhamad Nazarul Hazwan Bin Abd Razak
Exco Ekonomi & Keusahawanan : Mohd Fitri bin Amil, Nurul Illyana bt Mohamad
Exco Kebajikan & Kemasyarakatan : Mohd Zulhilmi Bin Mohd Noor, Adriyani binti Yamin
Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa : Armadi bin Derus, Bornifes
Exco Sukan & Rekreasi : Mohd Nor Faiz bin Mat Ali, Siti Nor Hazliza binti Rosli
Exco Latihan & Pembangunan Sahsiah : Akmal bin Madzir, Norhafizawati binti Mahmad Rozali
Exco Penerbitan & Informasi : Mohd Firdaus bin Mohd Fauzi, Siti Khairiah binti Jajuli
Exco Kesenian & Kebudayaan : Norhisham bin Che Hamid, Mohd Hanif Azwan Bin Ab Rahman
Exco Akademik & Kerjaya : Arif bin Mohamad, Nur Aqilah Hanis binti Mohd Yusof
Exco Perpaduan & Integrasi : Lee Sun ju, Punethan

Upsikini dilaporkan keputusan untuk melengkapkan kabinet dihujani pelbagai hujah bagi mencari formula terbaik meletakkan calon dalam beberapa kerusi penting. Kaedah secara undian digunakan untuk beberapa kerusi Majlis Tertinggi iaitu Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua apabila terdapat pertandingan antara Pro Kualiti dan Pro Kebajikan. Akmal dikatakan menawarkan diri merebut ketiga-tiga jawatan tersebut namun tidak ada satu pun yang dimenanginya. Kaedah undian ini dibuat berdasarkan Perkara 52 (5) Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyatakan ‘keputusan-keputusan MPP hendaklah dibuat mengikut undi majoriti yang tidak kurang daripada dua per tiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi'. Bagi jawatan-jawatan lain, penetapan dibuat secara persetujuan sebulat suara. Kabinet yang dibentuk ini dijangka bakal menjadi perdebatan hangat seluruh masyarakat kampus. Walau bagaimanapun. kabinet yang dibentuk ini belum mendapat pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak.
Mesyuarat kali ketiga yang bermula pada jam 10.00 malam tadi berakhir pada jam 1.47 pagi.

cuba lihat jawatan timbalan yang dipertua..nor 'ain razak..sebab ape?sebab dia dapat undi kedua tertinggi..tapi kenapa akmal yang dapat undi tertinggi dinafikan hak sebagai ydp??hak akmal dinafikan..dan diserahkan kepada calon yang menang tanpa bertanding yang belom tentu menang kalau ada pertandingan!..suara mahasiswa yang memberikan akmal undi tertinggi dinafikan..lihat juga pada jawatan-jawatan yang diboldkan..kesemua kelapan-lapan daripada pihak kebajikan hanya diberi jawatan exco..permainan apakah ini..kejam..

Thursday, October 23, 2008

wanita


Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.
Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di hadapan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.
Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian
Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.
Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.
Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.
"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,
Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga

Wednesday, October 22, 2008

Daripada seorang penjual nasi lemak kepada ahli Majlis Perwakilan Pelajar


Kebanyakan daripada kita pasti terkejut dengan kemenangan yang diraih calon umum Arif bin Mohamad dengan jumlah undian sebanyak 3757 undi. Beliau yang turut tidak menyangka dengan keputusan itu merasakan kemenangan ini adalah ujian Allah kepadanya. Jika ditanya kepada penghuni Kolej Harun Aminurrashid, pasti mereka mengenali beliau. Beliau bukan dikenali kerana memegang jawatan di kolej tetapi dikenali sebagai penjual nasi lemak dan beberapa makanan lain. Beliau yang menjalankan perniagaan bergerak dari rumah ke rumah seringkali muncul di hadapan pintu rumah penghuni KHAR pada waktu malam. Perniagaan yang dibuat secara bergerak itu membuatkan seluruh warga KHAR di blok lelaki akan mengingati beliau sehinggakan semasa hari pembuangan undi semalam rata-rata para pengundi KHAR mengenalinya sebagai ’arif nasi lemak’.
Arif pernah bertanding pada PRK sesi lepas namun tewas dan pada PRK kali ini beliau berada di tangga ke-3 dalam kerusi umum.
Arif dikatakan antara calon ’Pro Kebajikan’ yang memperjuangkan supaya subjek Pendidikan Islam menjadi subjek teras dalam pengajian di UPSI.
Arif dijangka akan menyandang kerusi Majlis Tertinggi dalam organisasi MPP kali ini.

p/s: import dari laman upsikini.blogspot.com

kemenangan barisan kebajikan!!!

Keputusan PRK yang diumumkan petang tadi dilihat menepati ramalan ramai pihak berdasarkan manifesto dan strategi kempen calon-calon 'kebajikan' yang berkesan. Kumpulan ‘Kebajikan’ yang diwar-warkan sebelum ini benar-benar membuktikan mereka relevan meskipun dilabel sebagai ‘basi’ dan sebagainya. Menurut sumber, daripada 11 kerusi yang ditandingi, mereka berjaya menawan 8 kerusi yang mana 3 daripadanya merupakan kerusi umum. Calon-calon daripada kumpulan ‘kebajikan’ ini dikatakan mempunyai kekuatan dari segi sokongan mahasiswa di kalangan mereka yang begitu komited dengan gerak kerja kempen sehingga saat terakhir. Mereka juga dikatakan berupaya menarik perhatian ramai pengundi dengan isu dan manifesto yang dibawa dalam PRK kali ini.
Kumpulan ini berjaya menafikan majoroti 2/3 kumpulan yang dikenali sebagai 'kualiti' setelah berjaya menawan 8 kerusi daripada 21 kerusi yang dipertandingkan.


p/s:diimport dari laman upsikini.blogspot.com

Tuesday, October 21, 2008

akhirnya...nikmatnya..

ALLAHHUAKBAR!!!!..tak tergambar dan tak mampu dinyatakan dengan kata-kata..
Air mata pun ana tak mampu tahan daripada mengalir..gembiranya tak terhingga..yaALLAH..terasa sangat nikmat kurniaan Mu ini..nikmat kemenangan yang Engkau berikan ini sesuatu yang besar..yang sangat bermakna..kemenangan calon proIslam dalam pilihanraya kampus kali ini sangat besar maknanya bagi ana..biarpun bukan kemenangan yang mutlak..tapi mampu membisukan golongan-golongan satu lagi..
Keputusan prk diumumkan pukul 7.30 petang tadi..kami menang 3 kerusi umum daripada 5 yang dipertandingkan..tahniah kepada akhi mohd akmal madzir, akh arif bin mohamad dan ukhti nur aqilah hanis bin mohd yusoff..akhi akmal memperoleh undi tertinggi...tahniah untuk kalian..isikan kemenangan ini dengan sesuatu yang boleh dirasa manfaatnya..tahniah dan penghargaan kepada sahabat-sahabat ana daripada fakulti sains dan teknologi kerana berani berubah dengan kemenangan kedua-dua calon kami mohd hanif dan norhafizawati untuk mengisi dua kerusi fakulti sains dan teknologi..kerusi fakulti-fakulti lain ana tak berapa tahu..dengan pelbagai mehnah dan tribulasi kita tempuh sepanjang minggu kempen, menyebabkan kemenangan ini sesuatu yang sangat bernilai..hilang segala penat lelah..ALLAHHUAKBAR!!!..kesemuanya kita berjaya memperoleh 8 kerusi daripada 21 kerusi kalau tak silap ana..ana doa moga akh akmal berjaya menduduki kerusi empuk YDP MPP insyaALLAH..

lagi....

Wah..panas..panas..panas betul rapat umum dekat khar tadi..
Semangat betul pelajar upsi ni..ish3..termasuk la orang yang menulis ni..hehe
Sampai nak kepung kawan saya...cikgu fadh..ape kehenye yob bebudak aspirasi ni...budaya samseng menular-nular..
Dahla akhlak kelaut..(wahh..cam aku berakhlak sgt..hehe)..sampai kami pun terprovoke sama untuk bersorak-sorak..ape-ape pun kami lebih bersopan santun..hehe
Puak-puak aspirasi tu rajin pulak sebar surat layang kata salah sorang wakil calon kami songlap duit..tapi semuanya terjawab..jelas fitnah semata-mata..tunggula balasannya wahai DR.LUV.
Bagi ana..puak-puak aspirasi tu punya kelebihan dari segi calon yang pandai berucap..
Terutama dua calon perempuannya..tabik sikit..tapi taknak sebut nama..nanti terpromote lak..hehe..tapi pandai bercakap tak semestinya pandai bekerja kan..
Dan bagi ana lagi..calon-calon proislam or promahasiswa ni pula punya kelebihan dari segi akhlak dan kelakuan yang lebih baik..berkarisma untuk menjadi pemimpin yang baik..dan juga pandai berucap terutama ukhti aqilah hanis..masing-masing pernah memain peranan dalam gerak kerja islam dalam persatuan-persatuan mahupun kolej-kolej..jadi tunggu apa lagi kalian semua..esok turunlah mengundi..mengundi calon untuk perubahan..mahasiswa berkebajikan pencetus revolusi..
Calon umum:
1)nur aqilah hanis
2)nazira jiat
3)arif mohamad
4)mohd akmal madzir
5)wan nasrun

Calon FST lak:
1)mohd hanif
2)norhafizawati

Sunday, October 19, 2008

undi jangan tak undi..

Makin rancak perjalanan pilihanraya kampus UPSI sekarang ni...
Semangatnya berkobar-kobar mengalahkan pilihanraya umum negara kita..hehe
Suatu pengalaman yang mampu mematangkan ana..
Mungkin ini kali terakhir penglibatan ana dalam prk ni..
Sebab semester 7 nanti ana praktikal..
Walaupun peranan sekadar penampal poster untuk ukhti aqilah hanis(hehe)...tapi sudah memberikan suatu kepuasan amat sangat..biarpun badan letih tak terkira tapi demi perjuangan seorang mahasiswa..semua tu ku lupakan..cewah..apa sekalipun, ana tetap akan berusaha supaya calon pro-mahasiswa ataupun proislam menang...biar apa pun cabaran di hadapan..lawan tetap lawan..
Pada pandangan ana, calon-calon kumpulan proislam ini membawa imej dan akhlak Islam dalam diri mereka dan insyaALLAH dalam kepimpinan mereka juga kelak..ayuh letakkan kepercayaan kalian mahasiswa UPSI kepada golongan ini yang ana percaya dekatnya hati-hati mereka kepada yang Maha Esa..bukan niat ana untuk menggunakan Islam untuk kepentingan tapi menggunakan mereka untuk kepentingan Islam..ana tertarik dengan satu manifesto daripada seorang calon promahasiswa ini..yakni untuk mengusulkan supaya menjadikan subjek pendidikan islam sebagai subjek teras universiti..suatu usul yang amat baik..sebab sekarang ini mahasiswa di UPSI tidak diajar tentang ilmu Islam..amat rugi rasanya kita bakal pendidik tapi tak ditarbiyah dengan islam..insyaALLAH moga peroleh kemenangan..vote akhi ARIF BIN MOHAMAD...
Juga tak lupa calon-calon yang lain..
1) mohd akmal
2) wan nasrun
3) aqilah hanis
4) nazirah jiat
dan bagi calon fakulti ana..FST
1) mohd hanif
2) hafizawati

Saturday, October 18, 2008

pilihanraya kampus UPSI

salamun'alaik...lama dah tak update blog ni..
banyak sangat keje kebelakangan ni...
makin hampir ke penghujung semester sudah..
exam dah hampir...assignment pula masih tinggal satu lagi perlu disiapkan..

dekat upsi sekarang sedang demam pilihanraya kampus...
para penyokong tiap-tiap calon tengah sibuk perang poster...
untuk pengetahuan kalian..hari membuang undi dijadualkan 21 hb nanti..hari selasa..
UPSI menggunakan sistem e-voting..
sistem yang diragui ketelusannya..atau lebih tepat, meragui manusia yang mengendalikan sistem itu..mungkin ada perancangan untuk memenangkan calon pilihan hep..wallahua'lam..
ALLAH lebih mengetahui...

NC UPSI telah keluarkan arahan supaya tidak melabelkan calon-calon dengan sebarang label..
yakni sama ada calon pro-aspirasi atau bukan aspirasi kerana calon-calon bertanding atas kredibiliti mereka sendiri..dan diarah bertanding atas nama individu dan bebas..arahan NC upsi ni mungkin untuk mengelakkan sesuatu yang buruk..
tapi ana tak rasa tak wujud dua kumpulan dalam prk upsi ni..
kalau dilihat pada banner calon-calon pun sudah boleh tahu memang wujud golongan aspirasi dan pro mahasiswa..
untuk aspirasi..banner mereka seragam patternnya..dan lebih kemas kerana ditempah..walaupun sebenarnya, had kempen hanya rm50..tak apa lah tu..bersangka baik..hehe..
bagi calon bukan pro aspirasi pula..atau ana lebih suka labelkan sebagai pro-islam kerna calon-calonnya terdiri dari mereka yang islamik sikit..ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah..
kalau dilihat pada banner golongan ini pula..sedikit comot kerna hasil tangan sendiri..
dan pada motto mereka..pasti ada perkataan 'kebajikan'..contohnya..motto salah seorang calon..'mahasiswa berkebajikan, pencetus revolusi'...lain calon lain mottonya tapi kesamaan terletak pada perkataan 'kebajikan' tersebut...

itulah sahaja..sedikit sebanyak informasi untuk kalian yang tidak mengetahui...
ana pun sibuk kebelakangan ini membantu calon 'kebajikan' memasang poster..
moga mahasiswa lebih berani melakukan perubahan...tanpa takut ugutan posting..
kebanyakan rakyat malaysia lakukan perubahan ketika pru lepas sehingga hampir menjatuhkan kerajaan BN...sekarang giliran kita, mahasiswa UPSI..ayuh perubahan diperlukan untuk kebajikan mahasiswa...mahasiswa bijak..undilah mereka yang layak...
selidik akhlak mereka..dan ana yakin calon 'kebajikan' baik akhlaknya..
undi jangan tak undi...
adios..salam perjuangan...

Thursday, September 18, 2008

andalusia kebosanan...

fuhh..banyaknya kerja ana minggu ni...
kalut nak kejar tarikh hantar...suka buat kerja saat akhir..inila akibatnya..
banyak betul keje sebagai pelajar ni..belum betul-betul kerja lagi..
sabar ajela..kena banyak motivasikan diri sendiri supaya lebih rajin..
makin hari makin malas..apela nak jadi dengan ana ni..

ramadhan dah lebih separuh berlalu..
tinggal lagi separuh perjalanan ramadhan..
rebutlah segala tawaran ALLAH sempena Ramadhan..
entahkan akan ada lagi ramadhan selepas ini...
moga diberi kesempatan lagi oleh ALLAH..
bagaimana nak tempuh hidup selepas ramadhan yang pastinya syaitan menjadi teman..
ramadhan tanpa syaitan ini pun ana masih tercungap-cungap..
ya ALLAH...lindungi daku...
sesungguhnya,hanya Engkau yang lebih mengetahui keadaan hambaMu ini...

16 september telah pergi...gagal buat Anwar Ibrahim..
adakah akan gagal untuk seterusnya?
Anwar merancang..ALLAH jua merancang..
tapi ALLAH sebaik-baik perancang..
moga Anwar berjaya seterusnya...
yang penting..Islam didaulatkan...

26 september pula menanti ana...
tarikh yang sangat dinantikan...
tarikh yang menjanjikan ana sebuah kepuasan yang pasti nyata..
sebab...



ana nak balik raya...hehehe

Asean patut kaji kedudukan Filipina

M Khaleel Kas
Wed | Sep 17, 08 | 3:13:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Hrkh) -Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius perkembangan politik yang berlaku di Mindanao semenjak kebelakangan ini






Menurut Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub,tekanan politik dan keganasan tentera telah berlaku dengan begitu berleluasa sehingga menyebabkan hampir setengah juta orang awam menjadi pelarian.

"Pendirian terbaru Presiden Arroyo jelas menunjukkan bahawa Filipina tidak lagi berminat untuk menyelesaikan konflik yang berlaku secara rundingan, tetapi lebih cenderung untuk menggunakan pendekatan keganasan.

"Filipina sepatutnya sedar bahawa Mindanao adalah wilayah umat Islam yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol mahupun Amerika Syarikat, tetapi mereka menyerahkannya kepada Manila,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Tambahnya, rakyat Mindanao tidak mengiktiraf kekuasaan Manila ke atas mereka dan apa yang dituntut ialah kemerdekaan.

"Jika Manila bersedia mengakui hakikat ini, konflik ini akan selesai dengan segera. Sebaliknya, Manila mengambil sikap sebagai penjajah yang tidak menghormati hak asasi manusia.

"Kerana itu tidak hairan jika berlaku rundingan dalam keadaan 'senjata di kepala' mereka,"katanya lagi.

Katanya,sebelum ini beberapa usaha telah dibuat oleh Malaysia supaya krisis ini diselesaikan di meja rundingan dan Kuala Lumpur telah bersedia menjadi orang tengah.

"DPP Pusat menyokong langkah Wisma Putra untuk menyelesaikan masalah ini secara keluarga Asean demi mengekalkan kestabilan politik di rantau ini.

"Tetapi Manila yang gagal memenuhi keperluan-keperluan rundingan termasuk enggan menyertai rundingan terakhir di Kuala Lumpur. Alasan Manila berkenaan tiga komander MILF yang menyerang orang Kristian adalah amat terpencil kerana tentera Filipina sendiri bertindak lebih ganas termasuk membakar rumah orang awam,"ulas Salahuddin lagi.

Beliau mendesak supaya kedudukan Filipina dalam Asean dikaji semula seperti mana sikap Wisma Putra terhadap Rangoon sebelum ini.

"Kita bukan bermaksud mencampuri urusan negara jiran, tetapi jika tindakan mereka telah mencabul hak asasi rakyat dan boleh mengundang ketidakstabilan politik rantau ini, maka tindakan tegas harus dikenakan ke atas mereka.

"Filipina patut digantung daripada Asean supaya Manila sedar tentang kesilapan mereka dalam menyelesaikan masalah ini. DPP Pusat juga berharap supaya Wisma Putra dapat memanjangkan masalah ini kepada OIC kerana ia melibatkan kepentingan umat Islam secara khusus terutama dalam bulan Ramadan ini,"tegasnya. - mks. _

Wednesday, September 17, 2008

tips pakai cincin

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh
Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut
a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

Friday, September 12, 2008

Siti Nabihah berhati waja- sedihnya..huhu

Siti Nabihah berhati waja


SITI Nabihah Hasim, pesakit barah tulang yang dirawat di HUSM Kubang Kerian, menduduki peperiksaan UPSR kelmarin. – Gambar ROSNI MASRI


KOTA BHARU 11 Sept. – Penyakit barah tulang yang memamah dirinya memaksa Siti Nabihah Hashim, 12, menerima kenyataan bahawa dia akan cacat dengan sebelah kakinya perlu dipotong demi menyelamatkan nyawa.

Begitupun, murid Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sungai Karangan, Kulim, Kedah ini ternyata cukup tabah untuk mengharungi kehidupan alam persekolahannya.

Dalam keadaan serba kekurangan itu, dia menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini dengan keyakinan akan tetap memperoleh keputusan cemerlang 5A.

Anak seorang petani yang disahkan mengidap barah Ewing sarcoma itu menjalani pembedahan dengan kaki kirinya dipotong dari pangkal paha pada 3 Ogos lalu dan terpaksa bergantung kepada kaki palsu untuk bergerak.

Dia yang bercita-cita menjadi seorang doktor pakar tetap bersemangat tinggi dan tidak sabar untuk kembali ke sekolah, menjalani ibadat puasa serta menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

“Saya harap keluarga, rakan-rakan dan guru juga turut mendoakan supaya saya segera pulih dan dapat bersama-sama berhari raya.

“Selepas pembedahan itu, saya tidak lagi sakit dan dapat mengambil peperiksaan, walaupun tidak ke sekolah sejak lebih enam bulan lalu,” katanya.

Dia ditemui selepas menerima kunjungan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang menyampaikan sumbangan kepada murid-murid yang mengambil peperiksaan UPSR ketika dirawat di HUSM, semalam.

Pada kunjungan itu, Pengerusi Puspanita Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Kertini Musa menyampaikan sumbangan kepada tujuh murid, empat di HUSM dan tiga lagi di Hospital Raja Perempuan Zainab 11.

Mengenai penyakitnya itu, Siti Nabihah yang ditemani kakaknya, Siti Rosaida memberitahu, pahanya mula membengkak pada Mei lalu dan keluarganya mencari ikhtiar dengan mendapatkan rawatan di hospital dan secara tradisional kerana penyakitnya sukar dikesan.

Dia kemudiannya dirujukkan ke HUSM Jun lalu, dan disahkan mengidap penyakit barah tulang.

Anak bongsu daripada lapan adik-beradik ini berharap dapat segera pulih selepas menjalani beberapa rawatan susulan kelak.

Sementara itu, Siti Rosaida, 22, memberitahu, dia dan ibunya, Salbiah Ariffin bergilir menjaga Siti Nabihah selama mendapatkan rawatan di HUSM.

Ketika ini, katanya, dia mengambil alih tugas menjaga adiknya itu kerana ibunya terpaksa pulang ke rumah di Kampung Baru, Sungai Karangan, Kulim atas urusan keluarga.

Menurutnya, mereka sekeluarga berasa amat sedih melihat penderitaan Siti Nabihah semasa mula mengidap penyakit tersebut.

“Dia sering menangis kerana terlalu sakit, sehinggakan jika disentuh sahaja bahagian paha, dia akan menjerit sakit,” katanya.

Pada peringkat awal, jelasnya, punca penyakit adiknya itu tidak dapat dikesan sehinggalah dirujuk ke HUSM dan disahkan Siti Nabihah mengidap barah tulang Ewing sarcoma.

Menurut Siti Rosaida, dia kagum dengan sikap adiknya apabila bersedia menerima keputusan kakinya terpaksa dipotong.

“Kemungkinan kerana rasa sakit yang tidak tertanggung, sehinggakan dia bertanyakan bila kakinya boleh dipotong,” ujarnya.

Selepas pembedahan tersebut, katanya, adiknya itu menerima tanpa memperlihatkan rasa kesal terhadap keadaan fizikalnya

Wednesday, September 10, 2008

bebaskan gaza-hamas

Rabu, 10/09/2008 -Pergerakan Hamas pada Isnin lalu meminta menteri-menteri luar Arab yang bersidang di dalam Kaherah hari ini agar menerima keputusan segera dan praktikal bagi memecahkan kepungan di Gaza.

Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas di Gaza memberitahu PIC bahawa para ketua diplomat Arab sebelum ini menggambarkan Gaza sebagai sebuah "kawasan bencana" dan memutuskan untuk memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atasnya.

"Kita memandang baik keputusan positif dari mesyuarat itu untuk menamatkan pengepungan yang bersifat menindas, kesengsaraan dan tragedi bagi penduduknya," beliau menambah.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz79

ydp mpp upsi dedahkan konspirasi jahat hep dan aspirasi

semuanya telah terbongkar....pilihanraya kampus bakal tiba...moga keadilan terlaksana

Thursday, September 4, 2008

aduhh..
peningnya hari ni..letih sangat..
rasa nak ketawa pun ada...macam mana la boleh jadi pelupa ni..
daripada pagi tadi sampai la petang tadi ana mencari-cari mana letaknya pendrive kawan ana..
seingat ana lepas balik kelas semalam..ana letak atas meja study..
tapi pagi tadi cari..dah tak ade..yang ada pendrive ana je(sama jenis ngan yang ilang tu)
risau dah hati..pendrive tu milik seorang gadis cina..lecturemate ana..
dalam tu ada keja yang ana kena siapkan..
puas ana cari merata-rata..tak jumpa juga..
putus asa sudah...
ana pun pesan kat kawan ana suruh bagitau gadis cina tu..pendrive dia hilang..
ana akan ganti dengan pendrive ana yang sama jenis dengan pendrive yang hilang tu..
tapi cina tu jawab..dia takde pun bagi ana pendrive dia..
ehh..peliknya..nyanyuk ke perempuan tu..semalam dia yang bagi masa dalam kelas..ana ingat sangat2..ana bukannya nyanyuk..
dia kata lagi..
pendrive yang dia bagi semalam tu pendrive ana laa...
ehh...
puas ana fikir...
rupa-rupanya ana penah bagi pendrive ana kat dia..sebab nak maklumat..
dan pendrive yang dia bagi semalam pendrive ana yang ana tengok ada atas meja study ana tula..
maknanya takde pendrive yang hilangla..
huhuhu..
tertekannya..macam mana boleh lupa sampai camtu sekali..
sakitnya hati..
huhuhu...
takpelah..sabar-sabar..ujian ALLAH di bulan Ramdhan..
ALLAH nak uji kesabaran ana la tu...Alhamdulillah..ujianNya masih kecil..
macam mana la kalau ALLAH timpakan an ujian yang lebih besar..
mampu ke ana nak tanggung???

p/s: paham tak cite ana ni????

pesan Imam Al-Ghazali..

betapa banyak orang yang berpuasa yang sebenarnya berbuka,
dan yang berbuka padahal berpuasa,
yang berbuka tetapi sebenarnya berpuasa adalah yang makan dan minum,
tetapi menjaga seluruh anggota tubuhnya dari perbuatan dosa.
dan yang berpuasa tetapi sebenarnya berbuka adalah yang lapar dan haus, tetapi tercemar anggota atubuhnya(dalam perbuatan dosa)

Wednesday, September 3, 2008

ramadhan..aku sayang kamu..

indahnya ramadhan...
hati ni terasa makin dekat padaMu..
sayu hati aku mengenangkan jauhnya aku daripadaMu sebelum ramadhan..
tekad aku..
moga ramadhan ini menjadikan aku insan yang lebih taat..
lebih bersyukur atas segala kurniaMu..
semoga aku sedar diri..aku hanya seorang hamba yang amat lemah..
jangan sesekali melawan titah perintahNya..
yaAllah..
laparnya aku puasa tadi...
bagaimana keadaan saudara-saudara ku di palestin..
iraq..Align Right
afghanistan..
somalia...
di mana-mana..
cukup makankah mereka selama ini...
sahur mereka adakah sekenyang sahur ku?
iftar mereka?seenak makanan ku?

ramadhan...
ishh..nak luah pe lagi eh..
xpelah..nanti sambung lain..
esok nak sahur pl..
kelas pukul 8 pula..
salamun'alaik...

Perjuangan Mempertahan Al-Aqsa Sudah Bermula..



Isnin, 25/08/2008 -Perjuangan mempertahan masjid Al-Aqsa telah bermula dan semua pejuang mujahidin perlu bersiap sedia berkorban dalam melindungi Al-Aqsa, Abu Abir jurucakap Jawatankuasa Pejuang berkata demikian apabila pihak Zionis terus menerus melakukan aktiviti menggali dibawah Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa kebakaran masjid Al-Aqsa 39 tahun yang lepas.

Tindakan tentera Zionis untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan membunuh jemaah Islam yang direstui oleh pihak kerajaan Zionis, sedikit pun tidak menggentarkan perjuangan mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa.

Abu Abir menggesa gerakan pejuang Islam agar bersatu dan menggerakkan usaha mempertahankan dan membebaskan Jerusalam daripada pihak Zionis yang berusaha merobohkan dan mendirikan kuil mereka.


Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : juara786

Saturday, August 30, 2008

Azhan Atan - Akademi Nasyid



pemuda oku berbakat..indah suaranya..sama-sama kita hayati...

akademi nasyid



Malam ini, Ketua Pemuda PAS Tanjung Piai akan bertanding dalam Akhir Akademik Nasyid TV9.

Di saat UMNO sedang rancak mengumpul sokongan dari kalangan samseng dan mat rempit, PAS melakar sejarah dengan pemilihan Azhan Atan, seorang insan kurang upaya (OKU) bagi menerajui Dewan Pemuda PAS Tanjung Piai dan lebih membanggakan lagi malam ini beliau akan bertanding dalam Final Akedemik Nasyid TV9. Jadi ramai-ramai kita vote Azhan dengan Taip AN AZHAN dan hantar ke 33399. berita selanjutnya....

www.pemudabesut.blogspot.com "


sederap langkah si politikus..



Anwar Ibrahim memulakan langkah ke parlimen selepas menang bergaya di dalam prk permatang pauh selasa lalu. menang dengan majoriti yang lebih besar telah menjelaskan segalanya. rakyat dahagakan pembaharuan. terseksa rasanya kehidupan sekarang, segala macam masalah timbul, rasuahnya, fitnah memfitnah, jenayah makin tinggi, kos hidup makin menekan..ADUHH... amanah yang dipikul oleh anwar sangat besar..jangan kecewakan kami rakyat marhaen..bela kami..jangan tenggelam dalam dakapan kuasa..jangan keluar mulut buaya, masuk mulut naga..kembalikan Islam ke persada agung..kembalikan Islam ke kedudukan yang selayaknya..jadikan Islam yang memerintah bukan diperintah..biar nonmuslim tahu..Islam bukan kejam..Islam is perfect..Islam adil..Islam itu Indah..biar nampak keagungan Islam..keadilan akan terlaksana dengan Islam..teruskan saudara anwar!!!pedulikan fitnah yag membadai..rakyat lebih percayakanmu..

Friday, August 22, 2008

israel laknat ingin membina kuil yahudi di dinding Buraq

Jumaat, 15/08/2008 -Jawatankuasa Al-Quds di bawah Kementerian Awqaf dan hal ehwal agama Palestin Rabu lalu memberi amaran tentang niat Israel untuk membina kuil Yahudi di dinding Buraq di Baitul Maqdis, sambil menambah bahawa terdapat perancangan lain oleh Zionis untuk menukar bangunan bersejarah Islam kepada kuil mereka.

Dalam kenyataan akhbar yang diterima oleh PIC, jawatankuasa tersebut menyatakan bahawa Zionis berperancangan untuk mensasarkan kawasan timur, selatan dan barat serta kawasan Maghareba.

Jawatankuasa itu juga turut membantah keras pihak UNESCO kerana memberi keputusan baru-baru ini yang membenarkan pihak rejim Israel mengubahsuai Masjid Al-Aqsa, menegaskan bahawa UNESCO telah mencabul prinsip perundangan antarabangsa dengan membenarkan keputusan itu yang memberi makna ia menghalalkan tindakan penjajahan oleh Israel dan perbuatan mereka ke atas Masjid Al-Aqsa.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : WeWR

Tuesday, August 12, 2008

Mengenal Siapa Yahudi


Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam

Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya . Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud: "Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku". Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka. Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam

Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah. Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya. Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan. Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh . Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain. Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian. Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi:

· Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

· Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

· Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

· Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

· Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

· Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420.

· Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

· Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

· Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

· Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919. Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.
Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan. Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi. Disebut dalam Talmud lagi: Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain. Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi. Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi
Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia. Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup

Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim: "Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

dipetik dari darulnuqman.com

Saje je nak cite..

Aku nak cite ni..kelmarin..masa singgah kat umah sepupu abah aku kat sungai petani..

Ada sesuatu yg menarik perhatian aku telah berlaku....masa tengah borak-borak kat laman rumah..datangla seorang lelaki cina..dia hulur satu kad untuk sepupu ayah aku tu..haji karim..

Kad yang bertajuk ‘jemputan ke muktamar PAS di Perak’...aku pun kagum..orang cina yang datang jemput ke muktamar PAS..sesuatu yang sangat susah nak cari sebelum ini..semangatnya melebihi orang Islam sendiri..Alhamdulillah, orang bukan Islam sudah tidak takut kepada PAS..bagi aku..ia suatu permulaan yang baik untuk perkembangan Islam kat malaysia ni..sikit-sikit orang cina dah mula sedar tentang Islam..Islam adalah untuk semua..Islam menjamin hak orang bukan Islam..Islam bukan pengganas..Islam bukan kejam..Islam for all..

Monday, August 11, 2008

Hujung minggu yang tidak bermakna..kehilangan tok pada jumaat lepas..Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pagi jumaat, 08/08/08 pada pukul 8.45 pagi..
Dalam keheningan pagi jumaat lepas aku mendapat berita kematian tok aku..sangat memeranjatkan aku..sedihnya Tuhan yang tahu..tambah lagi biler melihat mama menangis..mama terkilan sangat sebab tak dapat duduk di sisi ibunya tatkala saat-saat terakhir ibunya..sebelum tu memang mama yang menjaga tok di hospital..tapi abah panggil pulang ke pahang atas sebab2 tertentu..mama pulang pagi khamis tu..dan tok meninggal pagi jumaat..kalau aku pun..mesti terkilan sangat..pagi jumaat tu juga ma bertolak..dengan abah dan paksu(adik abah)..tapi tak sempat juga untuk melihat pengkebumian tok sebab paksu banyak singgah tempat lain..sian mama..huhuhu..tok dikebumikan selepas asar..semoga ruh tok ditempatkan bersama hambaNya yang beriman..moga kematiannya pada pagi jumaat menjadi petanda yang baik untuknya..ntah bila pula giliran kita?..

Tuesday, August 5, 2008

nota kecil dari gaza






Pagi ini tembok ditanam Yahudi semakin meninggi
ada kesumat di dalamnya, ada api ada darah
mengambus suara manusia kami yang bersepah.

Biarkan, kata ibu, kerana doa kita juga kian
meninggi, itu rindu
yang mengalir di lantai langit.
Berdoalah, jangan untuk manis kehidupan
tetapi untuk pekat kematian,
kerana nafas kita ini
biarlah berakyat di negeri fi sabilillah
nanti kita hirup harmoninya
dingin angin di sana.

Mereka datang dengan raifal di tangan
melukis-lukis sempadan di raut pasir.
(Di sana ladang mereka, di sini lahad kami)
Alhamdulillah, kata ibu, alangkah di sini debunya
lebih harum, kebunnya lebih subur
disiram darah dan cinta seluruh kita
iman kita tidak pernah terbunuh di sini.

Tanamlah hati di bawah negeri subur ini
biar bertumbuh jadi pohon tinggi
betapa nanti kita akan petik bersama buahan rezeki
di kerajaan sana bernama abadi.

Saat ibu pergi,
memeluk maut dengan senyuman yang manis,
pesan akhir ibu, tanah ini adalah amanah
biarlah tertulis nama kita di atas pasirnya
kalaupun hari ini tiada siapa yang membacanya
di sana nanti
pasti akan disebut-sebut
oleh Kekasih
yang tidak pernah melupakan
seberkas doa yang pernah kita karangkan.

Pagi ini tembok yang ditanam Yahudi
semakin meninggi
begitu juga rindu kami
yang semakin menyerbaki.



Note: Weblog Grup Karyawan Luar Negara
(http://gkln.blogspot.com)

Fahd Razy
20 Februari 2006
Dublin, Ireland

Monday, August 4, 2008

Semalam, aku baru sampai dari kedah..sampai sana pagi sabtu, dan pagi ahad dah terpaksa pulang sebab kena tumpang paktam aku..sepatutnya aku pulang malam isnin naik keretapi, tapi dipaksa menukar rancangan..terpaksa tumpang paktam aku pulak..aku balik kampung sebab nak melawat tok aku yang sakit..boleh dikira tenat juga..sedih je semalam tengok keadaan tok aku..huhu..selalunya kalau kami balik, diala yang duk tunggu depan pintu..tapi semalam dia hanya mampu berbaring dan menangis menunggu kami. Senyap n sunyi je bila masing-masing sedih melihat tok peluk dan cium mama sambiil menangis. sedih sangat..terasa panas je kat mata aku ni. berapa minggu dah tok tak makan..sedih sangat tengok tok macam tu..sebak sangat rasa..mintak Allah panjangkan umurnya..belum puas lagi rasa nak lihat wajahnya..faktor jarak yang jauh menyebabkan kami jarang berjumpa..kami tinggal di pahang manakala tok di kedah..selalunya masa hari raya je..itupun 2,3 tahun sekali..huhu..penah 5 tahun kami tak balik langsung..huhu..tok, janganla pegi lagi ye..kuatkan semangat tok..cucu tok ni belum puas lagi nak tengok tok..harap sangat tok cepat sembuh..amin.

Malam ni banyak sangat keje kena buat..Pembentangan untuk subjek biodiversiti pun belum siap lagi..esok dah nak kena cek..huhu..malasnyela..hari ni aku tertarik dengan beritan mufti perlis gesa PM dan sesiapa yang meletakkan bunga dan bertafakur di depan berhla tugu negara supaya segera bertaubat kerana perlakuan tersebut tersangatla salahnye..bagaimana imam Islam hadhari tu leh langgar fatwa plak eh..huhu






Gantikan Tugu Negara, kata mufti
Jimadie Shah Othman | Aug 4, 08 7:09pm
Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.

dr asri mufti perlis blog comment on pak lah on hari pahlawan flower at national monument 040808Menulis di blognya bersama foto Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan kalungan bunga (foto kiri), Dr Mohd Asri berkata:

"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.

"Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."

Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.

"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis.

"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.

Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.

Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.

Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.

Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.

Thursday, July 31, 2008

itulah wan azizah..

dari seorang wanita yang lembut..
dari seorang ibu yang sopan..
yang hanya dengan dunia rumahtangganya sahaja..
kemudian muncul menjadi serikandi yang bingkas bangun seperti singa yang diganggu tidornya
semata2 kerana suami tercinta yang teraniaya..
kini menjadi ketua pembangkang wanita yang pertama..
menjadi pemimpin yang berkaliber..
itulah wan azizah..
hari ini dia berkorban sekali lagi untuk suaminya...
perletakan jawatannya sebagai ahli parlimen permatang pauh tak disangka2..
dalam semua mata tertumpu di kulim-bandar bharu..
tak disangka2 permatang pauh jua akhirnya..
itulah politik..
tahniah wan azizah..
moga aku punya peluang beroleh zaujah yang setia dan punya semangat seperti beliau..
siapa sangka..tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia..
syabas!!

dan seterusnya..kita tunggu dan lihat..siapa bakal pengganti paklah..najib or anwar?

andalusia

Andalusia

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini kubakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu andalusia
Pohon izinkanlah aku menyelami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gabus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus
Sahutlah andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi alhambra
Ataupun masih bergelora menanti saat
Melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Ilaahu