Friday, January 29, 2010

aku seorang cikgu praktikal..

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..segala puji bagi ALLAH yang menciptakan seluruh apa yang ada di langit dan di bumi..juga berkuasa menghidup dan mematikan..ALLAH yang Satu..
berdebar-debar aku menantikan sesi pengajaran pertama aku isnin ini..diberi taklifan oleh pengetua untuk mengajar matematik moden tingkatan 4 dan diberikan kelas ketiga terhujung..=(..risau juga aku..boleh ke aku buat?..juga diberi taklifan mengajar Biologi dan pendidikan sivik..
ALLAH..amanah yang ditanggung bukannya ringan..aku harus menjadi cikgu yang bukan sekadar cikgu tapi menjadi cikgu yang membawa amanah ALLAH..mampu ke aku..
pagi tadi aku ganti kelas seorang cikgu, mengajar pendidikan Islam..aku bertanya berapa ramai yang tidak solat subuh..majoriti pelajar lelakinya mengaku tidak solat subuh..perempuannya juga ada..astaghfirullahhal'azim..dengan sangat mudah mereka mengaku sambil tersenyum-senyum gembira..dengan alasan 'TAKUT LAMBAT KE SEKOLAH'...ALLAH..sedih aku lihat..ramainya generasi Islam yang abaikan solat dengan alasan yang sangat mudah..seolah-olah solat itu hanya sekadar mainan..itu aku baru tanya satu kelas..kelas yang hadapan pula tu..bagaimana anak muda Islam di kelas-kelas hujung??..Nauzubillahhiminzalik..sempat aku memberi beberapa nasihat tentang solat..harap-harap apa yang aku sampaikan tadi boleh memberi kesan kepada hati mereka..juga tadi aku minta beberapa orang diantara mereka membaca beberapa ayat Al-Quran,,ternyata ada yang belum pandai membacanya..walaupun usia sudah 15 tahun..peranan cikgu???

peranan cikgu bukan sekadar mengajar tapi seharusnya bertindak sebagai pendidik juga pendakwah...sesungguhnya ramai di antara mereka yang kering dan tandus dengan ilmu Islam..tapi mampukah aku?..yaALLAH berikan kekuatan kepada aku untuk berdepn dengan semua ini..tunjukkanlah aku kemudahan untuk menyampaikan seruanMu..amin yaALLAH..

tapi ada juga adegan yang seronok..2 3 hari lepas..seorang student lelaki India panggil aku.."cikgu..cikgu"..aku pun toleh dan sahut.."ye, kenapa?"..dia balas.."cigu, cigu manyak cantik..."...aku buat2 xdengar.."ape??"..sekali lagi.."cigu manyak cantik!..".."ha?".."cigu manyak cantik..serupa pakcik saya".."owh..time kasih2"..=)..aku pun beredar dengan senyuman paling manis...=)..just selingan..

akhir kalam..selamat berpraktikum buat sahabat sahabiah seperjuangan..moga medan ini menjadi tempat kita mempraktikkan segala ilmu daripada tarbiyah yang kita peroleh di kampus..ayuh Generasi Al-Fatih..jadilah sehebat tentera alfatih..tagihlah cinta dan pertolongan ALLAH dalam sujud di kala malam sunyi padaNya..InsyaALLAH..

Pilihanraya kampus UPSI

ALLAHHUAKBAR!!!..ALLAHHUAKBAR!!!..ALLAHHUAKBAR!!!
SUBHANALLAH!!,,..ALHAMDULILLAH!!...
hanya kalimat-kalimat suci ini yang sentiasa dibibir aku tatkala menyaksikan kemenangan sahabat sahabiah seperjuangan dalam pilihanraya kampus UPSI semalam..penat lelah berulang-alik sepanjang seminggu ini daripada slim river ke tanjong malim semata-mata untuk turut sama menyumbang sedikit sebanyak tenaga dalam peperangan ini terubat dengan kemenangan pro kebajikan sebanyak 6 kerusi daripada 7 kerusi yang disertai..kemenangan yang boleh disifatkan sangat memberi kesan kepada senario politik kampus UPSI..insyaALLAH pilihanraya seterusnya kita ubah strategi daripada hendak jadi pembangkang yang kuat kepada menjadi sebuah kerajaan. tahniah dan takziah buat calon-calon mahasiswa pendidik yang menang iaitu Nik Azrul, Mohd Zahar, Mohd Amin, Atiqah hasbi, Noranoo, dan Herwana Herman. semoga kemenangan ini akan menyaksikan suatu perubahan dan menjadi penyambung perjuangan 8 orang bekas MPP Pro-Kebajikan yang menang pada pemilihan penggal lalu. InsyaALLAH..juga buat ukht Faiqah, sekalung tahniah juga kerana berani menyahut seruan menjadi wakil kepada suara Islam dalam PRK kali ini, biarpun tewas yang pasti semangat dan keberanian ukht Faiqah akan menjadi pembakar semangat kepada semua..InsyaALLAH..teruskan berdoa dan bermunajat pada ALLAH yang memberi kemenangan ini agar antum dianugerahkanNya kekuatan demi kekuatan untuk menerajui perubahan serta menjadi agen dakwah walau diposisi mana sekalipun antum diletakkan..pastikan Islam itu teratas!!!!..ALLAHHUAKBAR!!!..

Monday, January 25, 2010

Mahasiswa Pendidik...





assalamualaikum...
untuk sahabat sahabiah seperjuangan teruskan berkempen hingga ke saat yang terakhir..
dalam usaha jangan lupa pergantungan kepada Yang Maha Berkuasa..dekatkan diri padaNya..
mengadulah kepadaNya..mintalah kemenangan dariNya..InsyaALLAH Dia pengatur yang terbaik..

buat semua mahasiswa UPSI yang boleh mengundi..pilihla calon yang terbaik..carilah kriteria pemimpin yang ALLAH gariskan..dan aku pasti calon-calon yang aku promote ini punya kelayakan tersebut..kerana aku mengenali mereka..insyaALLAH..satu undi buat 'Mahasiswa Pendidik' untuk kebaikan semua..

calon umum:
1) Nik Azrul Bin Nik Kamarudin
2) Mohd Zahar Bin Mohamed Nor

calon fakulti:

a) fakulti sains dan teknologi
1) Herwana Binti Herman

b) Fakulti Bahasa
1) Atiqah Binti Mohd Hasbi
2) Mohd Amin Bin Mat Sidik

c) fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan
1) Nor Faiqah Binti Mohd Romly
2) Noranoo Binti Ariffin

Wednesday, January 20, 2010

untukmu syuhada....

Kehidupan bagaikan roda
beribu zaman terus berputar
namun satu tak akan pudar
cahaya Allah tetap membahana

Majulah sahabat mulia
berpisah bukan akhir segalanya
lepas jiwa terbang mengangkasa
cita kita tetap satu jua
cita kita tetap satu jua

Walau raga meregang nyawa
Harta dunia tiada tersisa
Namun jiwa tetaplah satria
Takkan surut satu langkah jua

Debu - debu dan darah suci
Saksi nan tak terbantahkan lagi
Gunung lembah hutan dan samudra
Untuk Allah diatas segalanya

Tujuh awan bersuka ria
Sambut ruh suci menuju Rabbnya
Sahabat nantikan hadir kami
Kan menyusulmu sekejap lagi

Bidadari nan bermata jeli
Menyongsong dengan wajah berseri
Sahabat kami rela kau pergi
Jihad kita kan terus bersemi
Jalan ini takkan pernah henti

Saturday, January 16, 2010

rindu...

almarhum ustaz fadhiri

'di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada ALLAH. dan di antara mereka yang gugur, dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak mengubah (janjinya)' (33:23)


akhi Faizol..
kita pernah sekelas semasa ana semester 1 dalam subjek ce1..
selepas itu enta sakit..
setelah sekian lama kita bertemu semula dalam 1 program daurah..
kagum melihat kepetahan tutur kata enta ketikameluahkan rasa bimbang dengan nasib generasi muda islam kala ini yang tenggelam dalam gelora hedonisme..
berpisah lagi..
kemudian kita bertemu kembali dalam sebuah keluarga bahagia..
sebagai adik beradik yang diikat dengan kekuatan aqidah yang satu..
dipertemukan dalam satu rasa cinta terhdap ALLAH, Rasul dan Islam..
tetapi kini kita kembali berpisah..
berpisah untuk selamanya...
menunggu pula, bilakah kita kan ketemu semula..

sahabat yang kucintai..
kita akan bertemu kembali disana tanpa ada lagi perpisahan..
rindu ini akan jadi penguat untuk ana terus mencontohi semangat juang mu..
darah mu yang mengalir diatas keras batuan itu akan menjadi saksi kepada seluruh alam bahawa dirimu adalah mujahid sejati..
joe sejati..
ana sempat mencium dahi enta sejurus selepas dikafankan..
sejuknya..putihnya dahi enta..insyaALLAH..berbahagialah duhai sahabatku..
kami akan menyusulmu..


p/s: merindui keduanya..mendengar kabar kalian bahagia disana membakar semangat untuk aku mengejar janji-janji ALLAH..


Friday, January 15, 2010

buatmu assyahid...

Bismillahhirrahmanirrahim...
setinggi-tinggi kepujian untuk ALLAH SWT kerana masih mengizinkan aku bernafas disaat entry ini dicoretkan..
hari ni ALLAH memberikan aku kesempatan, menggerakkan jari jemari aku untuk menaip suatu coretan untuk dua sahabat seperjuangan aku yang telah gugur sebagai syuhadaNya insyaALLAH.
biarpun sudah 3 hari berlalu tapi pahitnya masih terasa..
suatu kenyataan yang sangat sukar untuk aku terima pada awalnya,.mengenangkan masa-masa indah yang kami luangkan semasa dikedah, senyum dan tawa almarhum, senda guraunya..sangat tidak dijangka ALLAH menjemputnya sebaik pulang dari kedah sebelum sempat berkongsi pengalaman dengan adik-adik..

sesungguhnya aku sangat merindui kalian berdua..insan terbaik yang pernah aku kenali..sukarnya untuk kalian meluahkan marah, lembutnya tutur kata , manisnya senyuman kalian..akrabnya kalian dengan Rabb..

aku ingin jadi seperti mereka...

Fadhiri,...
ana sangat merindui enta..rindu melihat senyuman enta, gaya percakapan enta..
ALLAHHHH...besarnya dugaan ini..
ana selalu terbayang-bayangkan saat-saat terakhir bersama enta..saat duduk sebelah enta dalam keretapi pergi dan pulang dari kedah..
saat bergurau dengan enta..enta bergurau nak cari bakal zaujah untuk ana..bergurau untuk mintak ana intima' sepenuh masa dalam kerja ini..
kita pernah merancang untuk menziarahi sahabat-sahabat kita masa praktikum nanti..
kita dah tetap hari untuk group discussion masa praktikum nanti..
D, dalam keretapi malam tu, enta pelawa untuk selimutkan ana dengan selendang hijau enta bila lihat ana kesejukan walaupun enta pun sejuk juga..ALLAH..enta sentiasa mendahulukan sahabat berbanding kepentingan diri..
saat sahabat-sahabat lain bergurau nak tinggalkan ana sorang-sorang di stesen keretapi sebab tak cukup motor, enta bersuara "takpa nanti ana datang ambil baha"..tapi ternyata ana yang balik paling awal pagi tu..
ana masih simpan mesej terakhir kita..saat ana pulang dulu daripada stesen keretapi pagi tu..ana antar mesej pada enta " salam D, kalu faizol tak datang amek enta, bgtaula, nanti ana datang amek enta"..dan enta balas "sahabat2 marah kat enta sebab tinggalkan kami"..maafkan ana D..mesej tu masih ana simpan..kalau nak cerita semuanya sampai kering air mata ana pun masih belum habis untuk ana coretkan..

tapi tu semua tinggal kenangan..ana betul-betul belum mampu terima semua ini..enta sumber kekuatan ana dalam hidup ni..ana sentiasa yakin jika ALLAH letakkan enta bersama dalam apa2 perancangan ana pasti ALLAH permudahkan..tapi ana tau pemergian enta dalam keadaan terbaik, enta sedang menghafaz Quran, enta pergi bersama cita-cita melihat Islam terus tersebar luas dan tinggi..ALLAHHUAKBAR!!!...

semoga ALLAH merahmati kedua-dua roh sahabat yang ana cintai dan kasihi almarhum fadhiri dan almarhum faizol..semoga antum terbang tinggi dalam jannah yang kekal abadi..antum tunggulah kerana kami semua akan menyusulmu..amin!!!..

p/s: post untuk akh faizol dalam proses....

Tuesday, January 5, 2010

sedikit coretan buatmu yang tercinta...palestin..


apa pengakhiran kepada penindasan penjajahan ini..
kezaliman akan terus terusan berlaku..
anak-anak kecil palestin tidak akan pernah kenal erti ketawa..
ibu-ibu akan terus berlinang air mata memikirkan nasib suami dan anak..
Al-Quds????..entah bila bebasnya..
saudara-saudara kita disana berjuang keseorangan..padahal dia punya saudara sebillion bilangannya..
hmmm..kemana pergi ukhwah itu..kemana pergi rasa kasih itu..
adakah kita akan biarkan mereka terus bersendirian?..
tidak!!!..kita akan bersama mereka..
bebaskan palestin..bebaskan Al-Quds..
lakar nama kita dengan darah merah pekat di atas batuan bumi palestin!!!
ALLAHHUAKBAR!!!