Monday, December 13, 2010

salam rindu dari bumi kanowit...

tiktok tiktok..dah dua minggu aku berkelana di bumi kanowit ini..berkelana untuk mencari sesuap nasi, berkelana kerna memikul amanah mendidik anak bangsa, berkelana untuk mencari secuit rasa manisnya pengalaman di bumi asing sebagai bekal untuk menempuh hari mendatang..cewahh..=)..semakin hari semakin aku selesa berada disini..melihat kepelbagaian budaya bangsanya, merenung indahnya aliran sungai rajang (rutin aku tiap pagi di hari minggu,), mendengar uniknya tutur kata masyarakat iban, melihat 'indah'nya tatu-tatu dibadan mereka..

disini juga mengajar aku bagaimana untuk hidup sebagai minoriti..minoriti muslim dalam kelompok major masyarakat nonmuslim..selama ini selesa berada di semenanjung..kali ini aku harus belajar untuk berhati-hati memilih makanan, minuman..disini, tidak pelik melihat orang-orang Islam, perempuan bertudung bekerja di kedai-kedai makan nonmuslim..orang-orang muslim makan di kedai-kedai nonmuslim..melihat daging-daging khinzir dijual di tepi2 jalan bukan suatu yang pelik disini..

solat jemaah di masjidnya pula, belum pernah lagi bilangan yang hadir melebihi 5 orang...kadang kala, imam dan bilal sahaja..yang hadir pun hanya ahli2 jawatankuasa masjid..subuh tiada solat dijalankan dimasjid, kerana tiada yang hadir..sangat menyesakkan..pengajian agamanya belum lagi ada setakat ini..semua ini sebenarnya tarbiah terus dari ALLAH untuk aku..sebelum ini selesa bersama sahabat-sahabat yang boleh menjadi penegur tika iman aku lemah,pengajian agama keliling pinggang..kali ini, nah! ALLAH campakkan aku disini..keseorangan, jauh daripada pengajian..ia ujian kepada aku, adakah tarbiyah yang aku terima selama ini menjadikan aku kuat untuk tempuh semua ini..harap-harapnya begitulah, kerana kebergantungan wajib kita letak sepenuhnya pada ALLAH bukan pada makhlukNya kan..

masyarakat muslim disini sama seperti saudara seagama mereka di semenanjung dan diseluruh dunia, masih jauh tertinggal berbanding masyarakat nonmuslim terutama dari sudut ekonomi, di pekan kanowit ini sahaja, hanya ada satu sahaja kedai milik muslim,.yang lainnya..hmm..nasib lah bila kita jauh daripada Islam dan tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya..solusinya, kembali kepada Islam secara kaffah, pasti ALLAH akan bantu kita..kita akan kembali kuasai dunia..ayuh!!bangkitlah!!

p/s: coretan ini sekadar muqaddimah untuk mengaktifkan semula blog ni..