Tuesday, December 29, 2009

Acheh..


Masjid Baiturrahman Banda Acheh..

Alhamdulillah aku selamat pulang dari acheh malam 28hb tempohari..
perjalanan panjang yang amat memenatkan tapi memberi pelbagai pengalaman bermakna..
melihat budaya hidup orang-orang disana,ternyata banyak perbezaannya jika dibandingkan dengan kehidupan kita disini..aku sampai di medan jam 8 pagi lebih, penerbangan selama setengah jam,disambut oleh saudara disana dan terus melawat kota medan,shoping di pajak ikan dan banyak lagi. hari seterusnya ke danau toba, hari ketiga menziarahi saudara mara di kuala simpang, aceh temiang, menginap di rumah saudara, setrusnya ke banda aceh selama dua malam then berangkat pulang ke medan dari aceh yang mengambil masa perjalanan selama 16 jam, sampai je ke medan terus je naik flight ke malaysia. sesampai di malaysia jam 11 malam terus ke rumah ayah saudara di shah alam, kemudian di ceramahkan oleh ayah saudara sampai jam 3 pagi..huhu..dan pulang ke tg.malim paginya..dan akhirnya aku disini..bumi tanjong malim yang indah dan permai.


di ulee lheuea



p/s: next post berkenaan keunikan indonesia..serba ringkas sikit post ni..ada keje sikit..

Monday, December 21, 2009

buat mujahid wa mujahidah setia..

Bismillahhirrahmanirrahim..ALLAHHUAKBAR x3!!!!..
akhirnya..ALLAH mengaturkan aku untuk ke aceh esok pagi..insyaALLAH..
keputusan yang terpaksa dibuat atas beberapa pertimbangan..selepas beberapa perbincangan..moga ALLAH memberikan sesuatu disebalik keputusan yang sukar ini..moga inilah yang terbaik..amin..

untuk sahabat-sahabiah yang ana hormati dan kasihi fillah..
semoga ALLAH merahmati antum dunia akhirat..
moga ALLAH melancarkan perjalanan antum..
moga segalanya berjalan lancar tanpa apa-apa halangan..

jutaan kemaafan ana pinta atas ketidakberadaan ana disamping antum..
doa ana sentiasa mengiringi setiap derap langkah antum..mengiringi setiap hela nafas..setiap patah kata antum..
ana menggantikan kekosongan dihadapan itu dengan doa moga ALLAH sentiasa menjadikan kita semua sebagai mata rantai perjuangan Islam ini..amin..insyaALLAH..

moga ALLAH merahmati kalian..
salamun'alaik...


p/s: kalau ada apa2 award ana dapat ke..simpankan lah..hehhehe..(perasan)

Monday, November 30, 2009

antara acheh dan amanah..sukarnya..

bismillahhirrahmanirrahim..ALLAHHUAKBAR!!x3
setinggi pujian buat Yang Maha Kuasa kerana masih membenarkan lagi aku bernafas disaat ini. moga Allah terus mengurniakan rahmatNya keatas umat Islam. aku tekad mengisi masa luang aku hari ini untuk mencoretkan sesuatu di ruang maya ini. cuti yang panjang ini sedikit melemaskan aku, kurangnya amal jama'ie yang aku buat tika ini, ruang kosong hanya diisi dengan amalan fardhi,.tapi sedikit sebanyak membantu aku membuang kotoran-kotoran dosa di hati aku. semestinya aku merindukan saat bergerak kerja dengan sahabat.

cuti ini juga ALLAH uji aku untuk berfikir dan membuat keputusan juga bagaimana untuk menyampaikan keputusan aku itu dengan sebaik mungkin supaya mak dan abah aku dapat menerimanya dengan hati tenang tanpa berprasangka bahawa aku lebih mementingkan sahabat daripada keluarga sendiri. sangat sukar sebenarnya.

ALLAH telah mentakdirkan pada hujung bulan ini, bertarikh 22-27 Disember 2009 aku akan berangkat ke Aceh Indonesia bersama keluarga besar aku termasuk family paksu dan pakjang atas urusan menziarahi waris keluarga kami di negeri aceh yang pada awalnya sangkaan aku tarikhnya ialah 12-17 disember ini. dan ditetapkan juga oleh ALLAH dalam lingkungan tarikh tersebut aku perlu berada bersama sahabat seperjuangan aku untuk menyelesaikan tugas-tugas dan amanah-amanah terakhir aku sebelum meninggalkan bumi kampus. suatu pertembungan yang sangat menyulitkan aku. aku kali pertama untuk ke aceh, suatu yang sangat dinanti-nantikan aku untuk melihat bumi bertuah aceh tambahan tiket sudah ditempah lama dulu. tapi hati aku juga membuak-buak untuk bersama dengan sahabat-sahabat aku yang mungkin kali terakhir untuk aku, dan ia juga suatu yang julung kali aku sertai, pertama kali bagi aku dan juga yang terakhir. selepas dari saat itu aku takkan punya peluang kedua dah.

hati aku saat ini mengatakan bahawa aku perlu korbankan aceh dan perlu bersama dengan sahabat aku tapi..susahnya nak terangkan pada keluarga aku..aku cuba juga untuk cari tiket pulang 25hb walaupun aku tahu saat-saat akhir ni tiket mesti mahal..

susah kan..ALLAH nak uji fiqh awlawiyat aku..antara dua maslahah aku perlu mengutamakan marhalah agama berbanding yang lain..susah-susah..mohon bantuan..mohon juga moga ALLAH permudahkan segalanya untuk aku..amin..

p/s: balik kampung baru ni pun ALLAH uji, tiket habis, mujur ada abg tumpangkan rumah kalau tak, macam kutu rayau la jawabnya..alhamdulillah

Wednesday, November 25, 2009

terakhir...

Bismillahhirahmanirrahim...
terasa nak mencoretkan sesuatu di blog aku ni..
sebelum aku melangkah pulang ke kampung petang ni atau esok pagi..
agak lewat aku pulang kerana terpaksa menjalankan beberapa amanah yang ditaklifkan kepada aku..
amanah yang besar, agar ada pelapis bagi perjuangan ini..
agar lahir mata rantai perjuangan Rasulullah SAW
tidak mengapa berkorban sedikit demi adik-adik dan sahabat-sahabat yang aku kasihi..
berkorban demi Islam yang aku cintai..
malah aku berasa seperti tidak mahu meninggalkan bumi yang banyak mentarbiyah diri aku..
mengeluarkan aku dari kekosongan kepada kehidupan yang terasa sangat berharga..
berat hati aku nak meninggalkan semua ini..

lewat program baru-baru ini, yang aku sebagai ceo nya.. aku terasa sangat sayu..
memikirkan selepas daripada detik dan saat itu..aku mungkin sudah tidak dapat merasa susah payah bergerak kerja dengan sahabt-sahabat yang banyak membimbing aku..
diluar sana mungkin ada, tapi tentu berbeza..melihat wajah adik-adik itu aku berdoa dan mengharapkan setiap daripada mereka akan menyedari kepentingan bersama dalam jalan dakwah ini..dan akan bersama-sama mencatatkan nama sebagai penyambung tugas Rasulullah SAW..
aku berharap setiap daripada mereka dan aku sendiri menyedari bahawa Islam bukan hanya untuk diri sendiri sahaja tetapi Islam untuk disebarkan..junjunglah Islam walau di bumi mana sekalipun kita tapaki..
beruntungnya mereka, ALLAH memilih untuk menyedarkan mereka dalam usia yang masih muda..Alhamdulillah..semoga mereka berjalan ke syurga seiringan tanpa seorang pun yang tercicir..amin.

disaat terakhir ini..aku berharap..moga tautan ukhwah yang bersatu diatas aqidah yang satu ini..diatas keimanan yang jitu ini akan terus berpaut kukuh hingga ke dunia sana..jalinan persaudaraan bagai sebuah keluarga ini akan terus utuh di sanubari aku walau apa pun duga dan cuba yang menimpa..dan setiap salah tutur, silap langkah aku, aku dahulukan dengan pinta jutaan kemaafan daripada semua...
moga ALLAH memberkati dan merahmati kita selamanya..dan sentiasa istimrar dan istiqomah dalam perjuangan Islam ini..insyaALLAH..

pengakhirannya..salam Aidiladha..moga peristiwa pengorbanan ibrahim dan ismail dijadikan pembakar semangat kepada semua..teruskan berkorban hingga kita terkorban sebagai syuhadaNYA..ALLAHHUAKBAR!!!!

Monday, November 16, 2009

ancient photo...



Bismillahhirrahmanirrahim...
kebelakangan ni aku kerap upload gambar je untuk blog aku..
sebabnya aku malas nak menaip panjang-panjang.. banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum aku meninggalkan 'keluarga' yang banyak mentarbiyah aku..

kali ini..aku naikkan gambar family aku..masa tu aku kecil lagi..
abah aku pun muda lagi..baru lepas keluar dari tahanan ISA masa ni kalau tak silap..abah kena tangkap selepas pulang dari melawat memali, tempat Assyahid Ustaz Ibrahim Libya bersama pengikutnya ditembak mati oleh regim toghut..masa ni abah aktif dalam PAS cawangan dan kawasan..sekarang je dah tak aktif..sekadar memerhati dari jauh..

budak kecik perempuan tu pula, akak aku, Umul Farah namanya..nak kenal, masukla minang..=)..mama aku pun muda remaja lagi..Amnah Derani..sayang mama..=)

Sunday, November 15, 2009

ehem2...=)




Hope so..one day..InsyaALLAH..amin ya Robbal 'alamin..=)

p/s: bukan nak jadi kartun tau...

Friday, November 13, 2009

coretan cikgu andalusia buat cikgu-cikgu andalusia..




Alhamdulillah..semalam hari terakhir peperiksaan aku..
kertas fisiologi, keluar agak awal bukan sebab pandai tapi sebab tak tau nak jawab apa dah..=)..moga ALLAH tak gagalkan aku dalam kertas semalam..moga dilicinkan segala perkara di saat2 akhir keberadaan aku di upsi ni..amin..

mulai semester depan aku akan bergelar cikgu..biarpun hanya cikgu praktikal..
rasa macam seronok pula nak pergi mengajar kat sekolah walaupun jadi cikgu ini
bukan agenda untuk berseronok-seronok..

bercakap mengenai cikgu ni..teringat zaman comel-comel aku dulu selalu main cikgu-cikgu dengan kawan-kawan, dengan yong, dengan abe..koktah (adik bongsu aku..)
tapi bukan nak cerita tentang main cikgu-cikgu,..tapi rasa macam nak cerita tentang cikgu-cikgu aku sepanjang aku bergelar pelajar sejak daripada PASTI sehingga sekarang..ok,let check it out!!!

1) PUSAT ASUHAN TUNAS-TUNAS ISLAM (PASTI)
- Ustazah rusnah: emmm..lupa dah nak citer ape..baik cikgunya..mak kawan aku,latip burgiba,,hehe..sedih sebab sekolah aku ni dah roboh..sebab dah tak bergerak..sedih2..sekolah ni lah yang ngajar aku baca doa sebelum tido, doa sebelum makan..pasti boleh!!!!..=)

2) SK LKTP JENGKA 3

ramai cikgu-cikgu yang baik dan berdedikasi kat sekolah rendah aku ni..dan beberapa cikgu-cikgu yang telah mengukir sedikit ingatan dalam serebrum aku ni..antaranya:

darjah 1: ----
darjah 2: ----

darjah 3: haaaaa..ada2..miss sundarambal..fuhhh..dengar nama beliau saja dah buat aku tak nak pi sekolah..punyalah garangnya tuan-tuan..memang kawan-kawan kelas aku dan seluruh sekolah aku rasa pasti takut dengan cikgu english ni..dia seorang je guru india kat sekolah aku masa tu..tak taula kat mana miss sundarambal sekarang..aku kalau boleh tak nak jadi cikgu yang garang sangat..kesian kat pelajar-pelajar aku nanti..miss sundarambal paling aku ingat sampai sekarang..=)

darjah 4: miss sundarambal juga.hehe..(eh skrg dah jadi mrs kot)...tapi masa ni aku dah nampak sisi baik miss..dia guru kelas aku darjah 4..suatu hari masa rehat aku main di court badminton..main lompat2 kat net badminton tiba2 kaki aku tersangkut..gedebub..aku jatuh tersembam..huhu..tragis x???..ngeri-ngeri..benjol besar kepala aku masa tu..hehe..pas rehat tu masa kelas dia..dia terkejut tgk aku..bawak aku ke bilik guru..belikan aku air..tolong surutkan benjol aku tu..terharu aku masa tu..guru yang aku benci tu sebenarnya baik sangat..thanks miss..u r de best!!!!

darjah 5: cikgu shaharudin..sebab aku pernah berdebat dengan dia perihal ubi kayu dan ubi kentang..dia kata ubi kentang tanam guna batang..aku kata tak..ubi kayu la yang tanam dengan batang..kawan-kawan aku semua sokong cikgu..tapi akhirnya, bila cikgu shaharudin tanya cikgu pakar sekolah aku..pemenangnya adalah aku..haha..walaupun darjah 5 baru tapi pemikiran aku sama dengan cikgu pakar..=)

darjah 6: cikgu raziudin..sebab dia puji aku main bola sepak..(tak taula puji ke perli..hehe)..pastu sebab dia kuat PAS cam aku juga..hidup cikgu razi!!!

3) SMK JENGKA 2

Tingkatan 1: cikgu syeikh, sebab cikgu syeikh banyak nasihat kami supaya jadi seorang muslim yang baik..respek sangat kat cikgu..aku punya tekad nak jadi seperti beliau, berdakwah dalam lapangan perguruan ni..bentuk generasi muda muslim yang bakal merobah kembali dunia dengan Islam..Islam will be back!!!!ALLAHHUAKBAR!!! kemudian cikgu ape eh..lupa dah namanya..cikgu matematik aku, sebab dia pernah pakaikan tali leher untuk aku sebab aku tak pandai pakai..hehe..dia juga pernah libas budak-budak kelas aku sampai pecah butang seluar sebab dapat teruk matematik..(aku tak kena sebab aku tak pernah dapat gred lain selain daripada 'A' dalam exam matematik aku sepanjang tingkatan 1..=))

Tingkatan 2: cikgu kelas aku..namanya sudah lupa lah..sebab ape..sebab cantik..heehehe..=)

Tingkatan 3: cikgu disiplin sekolah merangkap cikgu matematik aku tingkatan 3..cikgu paling dibenci oleh samseng-samseng sekolah..tapi aku paling sayang cikgu ni..cikgu ni lah yang kembalikan semangat aku untuk belajar bila dia nampak aku sudah merosot..antara yang ada saham dalam kejayaan aku dapat 8A masa PMR..terima kasih cikgu..nanti saya cuba ingat kan kembali nama cikgu..teringat kata-kata cikgu bila aku nak tukar sekolah.." cikgu sedih sebab lepas ni tak boleh jumpa baha dah..."..huhu

4)SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI TEMERLOH (SBPITEM)

Tingkatan 4: Alhamdulillah, dapat juga merasa belajar di SBP..banyak kenangan aku dengan cikgu-cikgu sekolah ni..
-cikgu rosyaimi: cikgu disiplin aku..sebab aku ingat kat beliau adalah kerana beliau pernah denda aku lari keliling sekolah sebab aku bunyikan loceng kecemasan..bukannya sengaja pun sebenarnya..huhu..masa tu dahla baru balik surau, pakai kain pelikat, ada ke suruh aku lari pusing blok sekolah (sekolah aku design baru..petak..ada tempat perhimpunan tengah2..)..dahla ramai..malu-malu..pernah juga aku ditangkap sebab menyorok bawah tangga dengan mesyuk sebab lewat pergi perhimpunan..kantoi..malu-malu..hehe..

- cikgu razali: cikgu yang menarik cara pengajarannya..kalau kelas beliau mesti aku segar, sebab beliau banyak bercerita..memang best..tapi kadang-kadang ulang cerita sama juga..=)

-Bonda: Bonda pengetua, Sharifah Asma' Syed Alwi..bekas PK Hem Sekolah Tun Fatimah..kehadiran beliau telah banyak mengubah sekolah,..seorang motivator yang baik..beliau banyak beri tumpuan pada batch kami kerana batch aku adalah batch spm yang pertama..tapi tak cemerlang sangat pon..hehe..

Tingkatan 5:
-cikgu Aisyah Peong Abdullah..Cikgu pakar kimia..cikgu terbaik sepanjang aku bergelar pelajar..beliau berjaya mengubah persepsi kami terhadap kimia..daripada keputusan kami yang teruk, beliau berjaya meletakkan kami ranking terbaik antara sekolah-sekolah SBP dalam subjek kimia..terima kasih cikgu..=)

-cikgu...: lupa dah namanya..cikgu matematik moden aku..sebabnya, reject aku dan aliff daripada team badminton sekolah..sampai hati..=(

-cikgu bahasa jepun aku..: dia baik dengan aku sebab aku boleh bercakap guna loghat kedah dengan dia..=)

terima kasih cikgu-cikgu SBPITEM..7A 3B result spm aku..walaupun kurang memberangsangkan tapi aku tetap berbangga kerana punya cikgu seperti kalian..ramai lagi yang aku nak catatkan dalam entry ni tapi tak berkesempatan, lain masa insyaALLAH.

entry aku kali ini untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan aku samaada pahit atau manis sepanjang aku bergelar anak murid dan berharap aku mampu menjadi seorang guru yang terbaik nanti..InsyaALLAH..Jazakumullahhikhoiran jaza buat semua guru-guru aku yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses pembikinan kehidupan aku sepanjang 22 Tahun aku berkelana di bumi Tuhan ini..=)

Monday, November 9, 2009

aku lupa...


aku dah lama tak cakna perihal palestin..=(
teruknya aku...=<

Tuesday, November 3, 2009

aku masih muda remaja

genap 4 november 2009
aku sudah menganjak ke usia genap 22 tahun..
bermakna..
sudah 22 tahun ALLAH mengizinkan aku menghirup udaranya..
sudah 22 tahun ALLAH memberi peluang kepada aku untuk memperbanyakkan amal padaNYA..
sudah 22 tahun ALLAH mengurniakan aku rezekiNYA..
selama itu juga aku mengingkari segala perintahNYA..
selama itu juga aku lupa akan NYA..
ampuni aku..panjangkan umurku..rahmati aku ya ALLAH..

kurniakan aku satu hari nanti..
keluarga yang sentiasa berjuang untuk mendaulatkan agamaMU..
isteri dan anak-anak yang menjadi penyejuk hati..
Istiqomahkan aku pada jalan ini yaALLAH..

Alhamdulillah..segala puji untukMu Tuhan yang menciptakan..
ALLAHHUAKBAR!!!!!

p/s: esok exam numerical method ..yang terbaik!!..insyaALLAH

Monday, October 19, 2009

aku dan sakaratulmaut....=(

bila berbicara soal mati ini..
bermacam-macam persoalan timbul dalam fikiran aku..
bagaimana pengakhiran hidup aku..??..
baikkah ataupun buruk..
su'ul khotimah atau husnul khotimah..

bagaimana cara pengakhiran aku yaALLAH??
hancur berkecai atas jalan raya?
jasad aku rentung terbakar?
atau..
aku mati di katil hospital..kanser?buah pinggang?jantung?

yaALLAH..
boleh kah kalau aku pohon pengakhiran yang paling tidak menyakitkan..
sedar-sedar aku sudah berada dialam barzakh Mu..
aku takut yaALLAH..

gentarnya hati aku untuk tempuh saat sakaratulmaut Mu..
bengis atau maniskah wajah izrail?
adakah ruh aku bakal disentap?..
bagaimana rasanya saat nyawa keluar dari jasad..
seperti hirisan pedangkah?

yaALLAH..
bagaimana pengurusan jenazah ku..
jangan Kau susahkan orang sekeliling aku..
tutuplah aib aku jika ada yaALLAH

bagaimana perjalanan aku ke alam barzakh..
bagaimana layanan mungkar dan nankir pada aku..
sempit atau lapangkah ruang tidur ku..
jurang api neraka atau taman-taman syurga..

yaALLAH..kurniakan aku kesempatan untuk beroleh ampunan Mu..
aku bertaubat padaMu yaALLAH..
sesungguhnya aku takut...=(..

Saturday, October 17, 2009

Engkau Tuhanku..

Ya ALLAH..Pemilik alam buana yang maha luas ini..
pemilik segala jiwa-jiwa yang berkelana di bumi Mu ini..
Engkau curahkanlah rasa berkehendakkan Engkau melebihi yang lain kepada pemimpin-pemimpin kami..
kurniakanlah hidayahMu buat pemimpin kami agar mereka sedar Engkau adalah Tuhan yang sebenar..
campakkan kedalam hati-hati mereka rasa takut kepada Engkau melebihi takutnya mereka kepada musuh-musuh Engkau..
gerakkan hati dan anggota tubuh mereka untuk bergerak melaksanakan perintah Engkau YaALLAH..
campakkan dalam jiwa-jiwa mereka rasa berTuhankan Engkau bukannya harta dan wang yang menjadi Tuhan..
Maha Suci Engkau yang berkuasa membolak-balikkan hati..
kami rakyat marhaen sudah lama menagih untuk menyaksikan tertegakknya kalimah Engkau setinggi-tingginya..melebihi yang lainnya..
yaALLAH jika mereka, yakni pemimpin kami ingkar untuk melaksanakan perintahMu maka Engkau tukarkanlah mereka kepada yang lebih mempercayaiMu..
sesungguhnya aku rindu untuk menyaksikan saat itu..
saat kalimahMu kembali agung..
ALLAHHUAKBAR..
perkenanlah pinta hambaMu ini..

Friday, October 16, 2009

titis peluh..

setiap titis peluh yang jatuh kerana berjuang untuk ALLAH..
tidak akan ia jatuh dengan sia-sia..
kerana setiap titis itu akan mengeringkan limpahan peluh di akhirat kelak..
di dunia kita basah dengan peluh kerana berjuang menegakkan Islam supaya kembali teratas..
di padang masyar nanti..kala sekalian manusia digenangi dengan peluh masing-masing..
kita sudah kehabisan peluh..insyaALLAH..moga kita dilindungi ALLAH dari azab siksanya..

Tuesday, October 6, 2009

najib ulas isu rasuah isa samad

dibaca dalam berita harian hari ini di muka paling hadapan..
najib mengulas isu isa samad yang pernah dihukum kerana didapati bersalah melakukan kesalahan politik wang yakni sama ertinya dengan RASUAH ketika pemilihan UMNO..

Najib mengatakan bahawa Isa Samad tidak melakukan kesalahan yang melanggar undang-undang negara, hanya sekadar melanggar tatatertib parti..hmmm????..tak rasa kelakar ke?..rasuah dalam politik tak kira rasuah ke?..pastu pula nampak sangat sekularnya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO ni..sikit pun mereka tak ulas dan tak pandang isu rasuah dan politik wang ini dari sudut pandangan agama Islam yang mana rasuah ini adalah antara jenayah berat dalam undang-undang Islam..termasuk dalam kategori dosa besar.!!!..sekularkan UMNO?
adakah kita mahu lantik pemimpin yang bergelumang dengan dosa besar???fikir2kan wahai rakyat bagan pinang..
Islam sangat-sangat mementingkan soal memilih pemimpin ini agar kita tak tersalah memilih pemimpin dari golongan fasik..bahkan dalam memilih wali dan saksi perkahwinan pun antara syaratnya adalah tidak melakukan dosa besar..inikan pula nak jadi pemimpin kepada rakyat..

isu posting guru dipetik dari malaysiakini..

Lewat tempatkan guru, NUTP minta penjelasan k'jaan


Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.

Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Beliau dipetik berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.

Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kenyataan itu harus diterima semua pihak, terutama pihak pelajar kerana ia "bukan sahaja melibatkan UPSI, malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan".

Ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Monday, October 5, 2009

kereta koi...




berangan jap..;)

akal pandu iman

iman dipandu oleh akal...
akal diiring dengan ilmu..
jadi penuhkanlah akal dengan ilmu yang berguna..
perbanyakkan bacaan yang akan menjadi panduan kita dunia akhirat..
jika akal tidak diiring dengan ilmu..iman akan sesat hilang punca..
pentingnya ilmu ini harus jangan disangkal..banyakkan menuntut ilmu fardhu kifayah dan fardhu ain..insyaALLAH hati tidak akan sesat..iman akan terus meningkat..

p/s: quoted from ustaz Ismail kamus..sekadar perkongsian untuk semua..

Wednesday, September 16, 2009

minal aidil wal faizin..

salam aidilfitri buat semua umat islam dimana pun mereka berada..
sambutlah dengan serba sederhana tanpa ada pembaziran..
ALLAH tidak suka pada yang berlebih-lebihan..
didoakan semoga kita dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang akan pergi beberapa hari lagi..

esok pagi aku akan bertolak pulang ke kampung halaman tercinta..
bumi penuh kehijauan..bumi jengka..
rindu nak bersama mama, abah dan adik beradik yang lain..

bergembiralah tapi jangan sampai melupakan kesedihan saudara mara kita di palestin, di selatan thai, iraq, dan sebgainya yang hidup dalam keadaan perang..titipkan doa tiap kali solat untuk kesejahteraan mereka..jika punya rezki lebih, infakkan lah, moga dengan sumbangan itu akan mengukir sekelumit senyuman di bibir-bibir mereka..

akhir kalam..selamat hari raya..maaf jika ada tersalah dan terkasar bahasa sepanjang penulisan aku di blog ini..

moga rahmat ALLAH sentiasa bersama umat Islam..ALLAHHUAKBAR!!!walillahhilhamd..

Tuesday, September 15, 2009

satu coretan untuk babah..18/9/2009


Selamat hari lahir buat abah, 18/9/2009..

Abah dah genap 48 tahun..

Moga abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezki serta dikurniakan segala kebaikan daripada ALLAH untuk abah..

Abah adalah seorang ayah yang terbaik..

Segala pengorbanan abah untuk membesarkan kami adik beradik takkan kami sia-siakan..

Tiada tolok bandingnya..tiada nilai setara dengan jasa abah..

Angah titipkan nukilan ini dengan genangan air mata memikirkan segala jerit payah abah membesarkan kami..bergetar bibir menahan air mata..tumpah juga..

Terima kasih untuk segalanya abah..

Abah lah raja dalam hati ..walaupun sering melukakan hati abah..

Maafkan anak mu ini..

Di usia ini, abah masih memerah kudrat yang tidak seberapa semata-mata untuk kami..

Dapat angah rasakan..

Abah dah tidak segagah dulu..

Abah dah semakin cepat letih...

ALLAH dah makin banyak uji abah dengan sakit-sakit..

YaALLAH..Engkau panjangkan umur ayah aku..

Agar aku bisa membalas segala jasanya..

Janganlah Engkau menjemputnya sebelum dia merasa erti senang..

Aku pohon yaALLAH..perkenankanlah..

Selamat Hari Lahir Abahku, Azmi Bin Ashari..



Andalusia..

25 Ramadhan 1430 H / 7.30 pagi.


P/S: sengaja dipost awal..kerana lusa nak balik kampung dah..

Thursday, September 10, 2009

Najib tegaskan Umno adalah parti Islam sebenar

SIK: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Umno adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat Islam dan negara ini.


Katanya, Umno sememangnya membela dan menaikkan taraf hidup umat Islam dengan membasmi kemiskinan menerusi pelbagai program kerajaan terutamanya menerusi rancangan Felda.

"Dalam Islam, kemiskinan itu menghampiri kekufuran dan Umno sejak 53 tahun yang lalu berusaha membasmi kemiskinan di kalangan umat Islam dengan membuka tanah rancangan Felda dan adakah ini bukan tuntutan Islam?,
" katanya ketika menghadiri majlis Rahmat Ramadan di Felda Teloi Timur di sini, hari ini.


Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Umno membangunkan negara ini bagi melahirkan umat Islam yang dihormati dan bermaruah dengan pembangunan negara, teknologi dan ketenteraan yang termaju.


"Kita tidak perlu label "membangun bersama Islam" kerana kita sudah lama memperjuangkan Islam dan telah memberi keselesaan hidup kepada umat Islam kerana kita tidak mahu umat Islam miskin dan tidak ada kekuatan," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, Islam juga menuntut perubahan umatnya daripada yang baik kepada lebih baik dan itulah yang dilakukan oleh Umno.

"Kita sentiasa membela nasib rakyat daripada yang baik kepada lebih baik, jika dulu kita bermula dari Lurah Bilut (Felda Lurah Bilut) daripada golongan yang tidak mempunyai tanah kepada golongan yang mempunyai tanah sebanyak 10 ekar.


"Secara kebetulan ayah saya (Tun Abdul Razak) yang menubuhkan Felda, dia berjalan dengan tongkat dan bush jaket beratus-ratus batu semata-mata untuk memberi tanah dan membasmi kemiskinan rakyat," katanya.

Najib juga berkata, umat Islam haruslah mengambil iktibar dengan pelbagai peristiwa kemenangan Islam dalam bulan Ramadan termasuklah peristiwa perang Badar.

"Bulan Ramadan membentuk peribadi dan kekuatan untuk kejayaan Islam dan tidak ada sebab kita tidak boleh berjaya jika kita berusaha," katanya.

Pada majlis itu, Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan pemimpin Umno negeri berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 peneroka Felda dari Kedah dan Perlis.

Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan duit raya dan bantuan khas kepada peneroka Felda berkenaan. - Bernama

najib dan islamnya..alhamdulillah, Najib sudah mahu perjuangkan Islam..pelik tapi benar..
semenjak menjadi PM ni..pelbagai pembaharuan yang sudah digerakkan..bermula dengan 1Malaysia sehinggalah sekarang mengakui bahawa UMNO adalah parti Islam yang sebenar..sudah pasti PAS sudah tidak senang duduk kerana UMNO juga parti Islam..definasinya mudah, kerana UMNO berjuang menentang kemiskinan, Islam mengatakan kemiskinan itu menghampiri kekufuran justeru itu Umno layak digelar parti Islam kerana ia menentang kekufuran..begitulah sifir Najib..sifirnya menggelikan hati seumpama siti sifir..betullah apa yang dihujahkan najib itu..perjuangan menentang kemiskinan itu suatu yang dituntut Islam..tapi cukupkah sekadar itu..bagaimana dengan tuntutan-tuntutan yang ALLAH wajibkan hambaNya laksanakan?contohnya, hukum dan undang-undang syariah..baru nak rotan kartika dengan 8 rotan dan melatah lebih dari si pesalah..belum lagi nak jalankan yang lain..kalau berdasarkan hujahnya najib, negeri jepun, korea, dan negara-negara eropah lain yang lebih kedepan dalam membasmi kemiskinan juga boleh gelarkan pemerintah mereka adalah daripada parti Islam..tentunya mereka itu lebih Islam daripada UMNO..paling dekat..negara jiran kita, singapura..sudah tentu parti yang dipimpin jeneral lee hsien leong (betulke ejanya) adalah parti Islam yang sebenar..hmm..masuklah kedalam Islam sepenuhnya, kata tidak pada yang tidak, katakan ya pada yang haq..bukan ambil sebahagian dan tinggal sebahagiannya..Alhamdulillah, jika Najib punya niat ikhlas untuk laksana Islam sepenuhnya, suatu yang tidak dilaksanakan oleh PM sebelum beliau..jika ya, teruskanlah..insyaALLAH ALLAH dan umat Islam lainnya akan bersama Najib dan partinya..jika sekadar manis dimulut..lupakan..

sang murobbi..

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

-tribute to Izzatul Islam-

Wednesday, September 9, 2009

khalid samad vs shahris samad

aku tertarik dengan suatu kenyataan balas daripada shahrir samad Mp Johor Bahru yang aku baca daripada akhbar sinar harian pagi tadi berkenaan dengan perlawaan adiknya yakni YB Khalid Samad, MP Shah Alam supaya abangnya itu bersama dengan perjuangan PAS. Shahrir Samad menjawab adiknya itu yang perlu keluar daripada PAS dan menyertai UMNO kerana adiknya itu bersifat liberal dan hanya bertopengkan PAS. Apa yang aku tertarik nak ulas adalah shahrir samad pelawa adiknya masuk UMNO kerana adiknya itu liberal dan bertopengkan Pas..dari sudut pemahaman aku kenyataan ini seolah mengiakan bahawa UMNO itu adalah liberal, dan hanya orang yang berfikiran liberal sahaja yang layak bersama UMNO manakala golongan ISLAMIK dan Perjuangkan Islam adalah daripada golongan PAS. ayat BERTOPENGKAN PAS itu memberi maksud adiknya itu hanya berpura-pura perjuangkan ISLAM jadi sesuai untuk adiknya memasuki UMNO..jadi disini jelas bahawa UMNO adalah untuk mereka yang liberal dalam kehidupan beragamanya..patutlah mak-mak menteri dan isteri-isteri pak-pak menterinya bertudung ikut suka hati sahaja..patutlah banyak kenyataan-kenyataan bodoh pak menteri dalam isu rotan untuk peminum arak dikeluarkan, rupanya mereka ini golongan liberal..

p/s: kamu semua paham tak apa aku tulis ni???..huhu..khalid samad bukan liberal seperti dakyah abangnya..

Friday, September 4, 2009

sepasang mata yang melihat..

aku punya sepasang mata..
yang diberi ALLAH untuk melihat..
melihat sambil berfikir agungnya Sang Pencipta..
melihat dan berfikir indahnya alam..
takjub aku pada Yang Maha Kuasa..

Namun, manusia mengkhianati amanah dan peranan mata..
bukan untuk melihat dan merenung hebatnya ALLAH..
tapi melihat tingkah maksiat..
melihat curangnya si jiran..
merenung huduhnya laku kawan..
sambil bercerita dan mengata..

Setiap mata akan menangis di hari kiamat kecuali mata yang dilindungi (berpaling) dari perkara yang diharamkan Allah s.w.t" ( at-taysir bi Syarhi al-Jami' as-Soghir, 2/216 : Hadis Hasan)

p/s: Adun Bn bagan pinang N9 meninggal dunia..mereka pertahankan agar tiada prk di kedah..tapi ALLAH buka juga jalan prk di N9..tiada kuasa setanding kuasa ALLAH..ALLAHHUAKBAR!!!!

Thursday, September 3, 2009

betul-betul teruji..

ramadhan madrasah tarbiyah..
mentarbiyah aku erti sabar...

ALLAH uji aku..

walaupun ALLAH belenggu syaitan..
tapi aku dan manusia lainnya harus bertarung dengan nafsu..

sama ada aku menewaskan atau tertewas..
aku perlukan kekuatan..
iman..

tersungkur lagi aku...
harus bermula dari tiada..
mencari kekuatan yang hilang..
hilang dalam amukan nafsu..

mampukah aku mencapai redho ALLAH..
cinta dan kasih ALLAH..

Aku pasti..
ALLAH dengar rintih dan tangis aku..
menagih lindunganNya dari semua duga dan cuba ini..

aku harap...
jika ini ramadhan terakhir aku..
Kau redhokan lah aku untuk cintaMu..
Kau rahmatilah ruh aku dalam jalan menujuMu..
IZinkan aku tatap wajahMu..

yaALLAH...
aku tagih cintaMU...

Thursday, August 27, 2009

aku dan ramadhon..

tiap kali bermulanya ramadhan..
pasti aku terkenang zaman comel-comel aku dulu..
perkara paling aku ternanti-nanti bila ramadhan ni ialah malamnya..sebabnya malam bulan pose ni takde hantu..jadi aku berani la kuar..hehe..keluar mencari al-qadar..;)
bulan ramadhan ni lah aku paling kerap berjalan malam..kalu bulan-bulan lain aku hanya terperap di rumah je..siang dan malam..
bila masuk bulan ramadhan ni..banyak yang seronok..terutamanya mercun..
macam kanak-kanak yang lainnya..
mercun ni umpama suatu keperluan bukan lagi kehendak kepada aku....
malam-malam ramadhan ini selain solat tarawikh 4 rakaat.(kantoi 4 rakaat je tarawikh..hehe)..aku isi dengan bermain mercun..tiap-tiap malam aku dan sahabat-sahabat akan keliling kampung melagukan dentuman-dentuman mercun sebagai penguji kesabaran kepada orang-orang kampung aku..haha..
jahat betul,,ehh bukan jahat..tapi nakal..
paling nakal sekali..aku letupkan peti-peti surat rumah orang..
takpela kan..masa tu tak mumaiyiz lagi..belum baligh..dosa takde lagi, sekolah rendah lagi masa tu..hehe
pernah seorang pakcik ni sembang dengan abah..aku ada sekali..
dia puji..katanya bagus anak-anak hang, baka baik..(kami memang terkenal seantero kg sebab kebagusan tu..hehe)..kembang kempis hidung abah..
tapi malam seterusnya..dalam menjalankan rutin harian malam ramadhan ni..iaitu misi pengeboman peti surat merah..sampailah aku di rumah sorang pakcik ni..dalam seronok meledakkan peti surat tu..aku ternampak kelibat pakcik yang puji aku tu..tercangak depan pintu rumah tu..owhhh..rumah dia rupanya..salah sasaran..hehe..tak tau lah dia perasan muka aku tak..mintak-mintak la tak nampak..kalau tidak..mesti menyesal pakcik tu puji..hehe..
kisah ini bukan menandakan aku bukan baka yang baik..dont jump into conclusion too early..aku masih baka yang baik cuma nakal sikit je..hehehe..(masuk bakul angkat sendiri)..

aku tinggalkan kegiatan berjalan malam ramadhan aku ni selepas aku masuk sekolah berasrama penuh (SBP) after PMR..sekolah berasrama penuh integrasi temerloh nama sekolah aku..bila berada di SBP ni..berpuasa di sana..berbuka bersama kawan-kawan dan cikgu cikgi..lain suasananya, jauh dari ma abah..fuhh..home sick betul masa tu..bila duk SBP..malam-malam dah takleh jalan-jalan..kena pi prep selepas tarawikh..tak boleh dah nak main mercun papan, mercun katak..mercun bola..huhu..kena menghadap buku je..kalau malas, kawan-kawan tinggal..jadi bila duk asrama lama, bila balik rumah je aku dah takde kawan..kawan-kawan baik aku dah jarang jumpa..jadi aku takde kawan nak jalan-jalan malam..just pergi tarawikh (11 rakaat) dan terus balik..huhu..sekarang ni lagi la tak boleh ulang aktiviti lama tu..dah besaq panjang dah..malu lah kalau main mercun lagi..kadang-kadang rindu pada zaman kanak-kanak aku..serang rumah orang guna mercun roket..macam-macam lagi lah..tapi dalam nakal aku..tak pernah pun ponteng puasa..beriman betul aku masa tu..hehe...

rindu kat sekolah aku..nak citer pasal sekolah aku pula lah..tapi nanti lah..kat sekolah aku pun nakal juga..mujur sekarang dah tak nakal..wassalam

p/s: bila mercun papan diletupkan dalam peti surat lastik berwarna merah..ia kan mengeluarkan warna merah yang menarik juga lubang-lubang hasil ledakan tersebut..memang menarik..cubalah..tapi buat kat peti surat sendiri jangan buat kat peti surat orang..berdosa..dan tahniah buat ustaz saleh man atas kemenangan dalam pilihanraya kecil permatang pasir..UMNO sudah tiba masanya perlu mereformasikan dasar perjuangan kebangsaannya kepada dasar ISLAM..sebelum anda ALLAH kuburkan..cukuplah dakyah pembangunan yang hanya menjadi bahan kempen yang melucukan..ALLAHHUAKBAR!!

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kareem

salam ramadhan buat semua muslimin muslimat ..
moga ramdhan kali ini membawa berjuta keberkatan kepada kita..
pohon ALLAH memanjangkan usia kita untuk bersama ramadhan kali ini dan ramadhan yang seterusnya..

bulan Ramadhan bulan Tarbiyyah..
jauhi dan hindari segala pintu maksiat yang mengundang murka ALLAH..
jangan dibuka semula pintu neraka yang telah tertutup rapat..
jangan ditetas semula rantai yang membelenggu syaitan laknatullah itu..

selamanya manusia akan kerugian kalau tidak berlumba-lumba mengejar janji ALLAH..
janji ALLAH akan ada rahmat, pengampunan dan bebas dari belenggu api neraka buat hambanya sempena Ramadhan..
pelbagai lagi tawaran menarik yang ALLAH gagaskan sepanjang Ramadhan..
maka berebut dan berlumba-lumba lah wahai orang yang beriman mengejar tawaran itu..

jangan hanya dikejar tawaran harga murah pasaraya sogo dan lain lagi..
jangan hanya dikejar jualan menarik baju-baju raya..
kueh raya yang pelbagai dan beraneka bentuk dan rasa...
kejarlah rahmat dan pengampunan Tuhan semesta Alam..

selamat beramal..

p/s; puji-pujian buat ALLAH yang memanjangkan umur ku dan memberi peluang untuk aku terus merasa manisnya Ramadhan..ALHAMDULILLAH..

Friday, August 7, 2009

demonstrasi..

demolish ISA!!!!...
lambat respon isu demonstrasi ISA ni...
tapi belum basi lagi kot..
sekadar nak mengulas beberapa perkara..

gomen marah kononnya demonstrasi memporak porandakan keamanan negara...
padahal, pada penglihatan aku..pihak keselamatanlah yang memporak porandakan keamanan negara di hari tersebut.. daripada perarakan aman..berjalan ke istana negara..
bertukar menjadi kelam kabut akibat campur tangan dan provokasi polis..
kalau bukan kerana semburan air, tembakan ga pemedih mata polis merah..
keadaan tidak akan menjadi sekalut itu..
pengalaman aku menyertai demonstrasi palestin awal tahun ini..
membuatkan aku percaya demonstrasi aman tidak akan mengharu birukan negara..
juga tidak akan menyesakkan trafik serta merugikan para peniaga..jika polis memberi kerjasama sebaiknya..

kekalutan dan kekecohan terjadi hanya kerana halangan dan provokasi polis yang mungkin menerima arahan dan desakan dari pihak atasan..
para peniaga seharusnya menyaman pihak polis kerana merekalah yang bertanggungjawab atas kerugian yang berlaku(kalau betul rugi..)
sebagai sebuah negara demokrasi..jangan halang rakyat untuk keluar menyatakan perasaan mereka..berjuang untuk mereka yang tertindas adalah bukan suatu jenayah..
menahan tanpa bicara dan demonstrasi membantah penahanan tanpa bicara mana lebih buruk?
para demonstran aku percaya turun bukan kerana hendak menjatuhkan kerajaan seperti yang berlaku di thailand tapi hanya untuk menyedarkan gomen bahawa tindakan menahan tanpa bicara itu zalim dan bangkit menentang kezaliman itu adalah ibadah..bagaimana perasaan kita bila suami, ayah, abang dan anak-anak kita ditahan selama bertahun-tahun tanpa punya hak untuk membela diri? diseksa dan dihina di dalam penjara.. ada yang bercerai..ada yang tidak sempat bersama anak disaat sakaratulmaut..isteri-isteri hidup dalam kesusahan tanpa suami, hilang punca rezeki, hilang ketua keluarga..tanpa mengetahui apa kesalahan sang suami..bayangkan, kalau kita berada dalam kondisi mereka..

ISA diwujudkan untuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis..sekarang komunis sudah tiada..hapuskan ISA!!!..jika tahanan daripada Jemaah Islamiah yang berada dalam ISA sekarang bersalah..bicarakan mereka!!!..jika tahanan-tahanan politik itu bersalah..kemukakan bukti dan bicarakan!!!!..jangan tahan mereka bertahun-tahun tanpa bicara..ini adalah satu kezaliman!!!!!..tidak menepati apa yang terkandung dalam ajaran ISLAM..jangan pertahankan undang-undang rimba ini!!!jangan hanya berani bersuara menyatakan amerika zalim dengan penjara Guantanamo nya..tapi di bumi kita sendiri punya penjara sezalim itu..kamunting!!!..
dengarlah suara rakyat yang tertindas wahai kerajaan..jangan jadi KERAjahatan!!...

tahniah buat mereka-mereka yang turun dalam perhimpunan aman membantah kezaliman ISA baru-baru ini..keringat dan darah kalian tidak akan keluar dengan sia-sia tanpa apa-apa ganjaran daripada ALLAH SWT..INSYAALLAH..


p/s: ..permatang pasir menanti...al_fatihah untuk almarhum dato' Hamdan..

Wednesday, July 22, 2009

dari hati yang tandus...

makin susah nak kemaskini blog aku ni..sebab rumah baru tiada internet..
terpaksa ke cybercafe untuk melepaskan rindu pada dunia maya ni..

tiada apa yang menarik dalam kehidupan aku kebelakangan ini...
rutinnya seperti biasa..tiada yang extraordinary...
kecuali, aku baru sahaja melepasi suatu fasa kejatuhan kekuatan hati...
lemahnya hati aku baru-baru ini...
sebabnya mungkin kerana kurangnya ingat pada Robbul jalil...
fasa tu sudah mampu diatasi sedikit demi sedikit..
alhamdulillah..

lama lagi aku perlu bertahan dan mempertahankan hati aku ini daripada kecelaruan ini..
sampai nafas di halkum aku masih lagi perlu hadapi permainan hati ini..
jatuh dan bangunnya memeritkan..
terutamanya bagi aku yang sedia kala lemah dan melemaskan ini..

YaALLAH, Tuhan yang membolak balikkan hati...
Engkau teguhkan hati aku ini di jalanMu..
jangan Engkau biarkan hati ini terus jatuh ke lembah maksiat..ke jurang api neraka..
Engkau jadikanlah hati aku ini hati yang kuat dan sentiasa mengingati Engkau dikala susah mahupun senang...

semalam ada ustaz berpesan...
seorang muslim perlu sentiasa membaca..
seorang muslim perlu sntiasa motivasikan diri sendiri dengan hafalan ayat-ayat Al-Quran..
seorang muslim yang hendak menjadikan dirinya hebat perlu sentiasa merancang..
kehidupannya perlu dirancang sebaiknya..sambil menunjukkan contoh perancangan kehidupannya dan keluarganya..
hebat,..aku akan cuba mencontohinya...insyaALLAH..
perancangan 5 tahun hidup aku akan terbit...
yaALLLAH permudahkan segalanya...

Saturday, June 20, 2009

i love........

ALLAH SWT...
MUHAMMAD SAW..
ISLAM...
MAMA N BABAH..
MY SIBLINGS..
SAHABAT SAHABIAH SEPERJUANGAN....

Wednesday, June 10, 2009

aku marah...!!!!

lama sangat dah tak meluahkan perkataan-perkataan di ruang ini..
hari ni rasa nak menaip sangat...
nak luah rasa geram..sedih..marah aku..
biar dunia tau aku tengah marah..
marah kat siapa?..
marah kat diri sendiri..
marah kat saudara seagama aku..
marah kat saudara sebangsa aku...

isyak semalam..12 saudara aku ditembak mati ketika solat isyak berjemaah..
pilu sangat aku rasa...
saudara yang hanya dibatasi dan dipisahkan oleh arus sungai golok telah dibunuh kejam..
tapi aku tak mampu nak berbuat apa-apa...
sibuk aku memandang ke hujung dunia nun di palestin..
tapi mereka yang lebih dekat dengan aku tiada apa yang mampu aku buat..
bermimpi lah aku nak bebaskan palestin..

kejamnya manusia..kenapa terlalu memusuhi Islam..
apakah dengan solat itu mengganggu tidur kalian..
atau kamu hanya mahu meluah rasa benci kepada kami umat Islam..
ahhh..aku benci..marah...

di setiap sudut dunia..umat Islam ditindas dan dipijak..
di selatan filipina..selatan Thai..bangsa ronghinya di burma..
umat islam di kemboja..
itu baru di south east asia..

umat islam hari ini umpama daging yang dikelilingi serigala-serigala..

bila lah boleh aku lihat umat islam ini kembali agung!!!....

Tuesday, March 24, 2009

bukit gantang..

sudah berminggu-minggu tidak disentuh blog ini, berhabuk sudah, banyak perkara yang perlu diuruskan, proposal tesisnya, microteaching itu, microteaching ini, assignment itu, assignment ini, lab report sana, lab report sini, pergi sana, pergi sini. banyak sungguh kerja aku semester ini, belum dikira komitmen lain yang diluar bidang sebagai pelajar ini. sebagai seorang bakal guru aku perlu berlatih untuk membiasakan diri dengan pelbagai kerja dan pelbagai jenis kesibukan kerana kerjaya sebagai guru adalah suatu kerjaya yang penuh dengan kesibukan, jadi supaya aku tidak mengalami kejutan budaya nanti eloklah aku menyibukkan diri sekarang. ALLAH menjadikan masa itu 24 jam sepusingan, hanya mereka yang menghargai masa, akan mengisikan masa itu dengan gerak kerja yang memberi manfaat kepada mereka dan kepada orang lain. sebagai muslim masa itu perlu dipenuhi dengan sesuatu yang mendekatkan diri kepada ALLAH agar suatu masa nanti tidak akan ada penyesalan atas kesilapan kita tidak memenuhi masa dengan berbakti kepada ALLAH. iman Hasan Al-Banna pernah berkata "Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya,". penuhilah masa kalian dengan kerja dakwah dan islah, moga setiap detik yang berlalu itu tidak akan ditangisi kekesalan. ALLAH bersumpah demi masa, manusia itu sentiasa dalam kerugian, kerana masa itu tidak akan kembali tetapi akan terus berlalu tanpa akan berhenti sesaat pun. pesanan ini untuk aku dan sahabat sekalian.

pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akan berlangsung pada? aku pun dah lupa sudah agak lama tidak membaca perihal bukit gantang. tapi yang paling penting, Ir Muhammad Nizar Bin Jamaludin adalah calon yang dipilih oleh PAS sebagai calon parlimen Bukit Gantang. pilihanraya kecil ini pasti menjadi medan ujian penerimaan rakyat atas isu rampasan kuasa yang berlaku di Perak baru-baru ini. UMNO mendakwa rakyat bersama mereka tetapi mereka kecut untuk mengadakan pilihanraya semula, pelbagai cara kotor dan jijik mereka lakukan agar tiada pilihanraya semula, tetapi ALLAH itu Maha Berkuasa, tiada kuasa lain yang mampu tandingi kekuasaanNya. ALLAH tetap mentakdirkan akan berlaku juga suatu pilihanraya di Perak, iaitu Parlimen Bukit Gantang yang didalamnya ada Dun Changkat jering. kita akan lihat rakyat bersama dengan siapa. gendang masih belum lagi dipalu, tetapi kerajaan BN sudah memetik picu, Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya selama 3 bulan. tindakan keji yang sudah dapat diagak nawaitunya, perancangan suatu kuasa jahat yang diambang kehancuran untuk menghalang musuhnya. berilah alasan apa pun, rakyat tetap tahu bahawa tindakan itu ada kaitannya dengan parlimen Bukit Gantang. ayuh Nizar!, rakyat pasti bersama kamu, insyaALLAH, mereka akan terus hancur. insyaALLAH, doa aku bersama-sama perjuangan Islam di sana. usaha akan digembleng walaupun sedikit, agar tidak tercalit dosa jika Islam kalah. ayuh bersama-sama memenangkan Islam. panji-panji ALLAH akan berkibar megah di angkasa raya bukit gantang! ALLAHHUAKBAR!!!!!..

Tuesday, March 3, 2009

interactive da'wah training(IDT)

Bismillah…

Salam alayk~
alhamdulillah pada 21 hb dan 22 hb Februari yang lalu ana dipilih Allah untuk meneruskan IDT fasa 2…walaupun pada asalnya ana fikir tidak berpeluang kerana kesempitan wang dan faktor-faktor lain yang cuba menghalangi. Apapun syukur,Alhamdulillah.

Atas rasa tanggungjawab dan amanah inilah dengan sukarelanya ana ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman IDT 2 nie kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan pergi supaya kalian masih ada semangat untuk meneruskan fasa 2 demi mencari ilmu dan pengalaman mengenai dakwah non-muslim. Insya Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Disebabkan ana mempunyai kelas pada pagi sabtu maka ana tiba lewat pada hari tersebut,dan terlepas mengikuti slot pada pagi tersebut. Ana tiba di Masjid Darul Ehsan, Ampang dalam jam 12 tengahari. Slot yang sedang berlangsung pada ketika itu disampaikan oleh Brother Lim Jooi Soon mengenai masalah yang sering dihadapi oleh non-muslim dalam mendekati agama islam serta tips menyampaikan islam kepada non-muslim. Secara ringkasnya apa yang dapat diperhatikan fenomena yang berlaku di Malaysia ini, non-muslim melalui proses yang sangat rumit untuk mendalami islam berbanding di luar negara yang majoritinya bukan beragama islam. Pelik bukan? Negara ini lebih ramai penganut islam tapi sering menutup ruang untuk non-muslim mengamalkan, mendekati agama islam malah, jauh sekali menyampaikan islam kepada mereka.

Jika non-muslim bertanya kepada anda apa itu islam, apakah jawapan yang anda berikan? Malah mereka juga ada yang tahu tentang hukum islam, apabila mereka bertanya tidak solat dan tidak menutup aurat itu berdosakan, tapi kenapa ade orang islam tak buat? Nak cakap apa kat depa nie??! Supaya depa faham. Tapi yang penting dalam menyampaikan islam kepada non-muslim terangkan kepada mereka maksud istilah ISLAM itu sendiri…iaitu Salam = sejahtera, selamat dan n AsSAlam=taat, patuh kepada Allah. Terangkan juga rukun islam dan rukun Iman kerana itulah bukti penganut agama islam pastikan penerangan anda tidak mengunakan istilah atau frasa bahasa arab kerana akan menambah kepeningan mereka.Jangan sesekali menyampaikan islam kepada non-muslim dari sudut hukum…mereka bukan akan berminat malah mungkin menjauhi. Sirah Rasulullah shalallahu alayhi wassalam juga memulakan dakwah baginda dengan bab aqidah iaitu kenal dan mentauhidkan Allah. Setelah ramai yang terima islam barulah turun perintah Allah akan hukum-hakam islam. Nah, disini sunnah sudah merintis jalan cuma kita yang tidak mahu ikut atau mungkin tidak mahu ambil tahu.

Apa yang menarik dalam fasa dua kali ini kami berpeluang mendengar forum luahan dua orang saudara baru kita mengenai pengalaman perit mereka dalam mendalami agama islam. Seorang muslimin dan seorang lagi muslimat. Secara ringkas ana ingin kongsi, mengenai muslimat ini telah memeluk agama islam sejak berusia 15 tahun, kerana tertarik dan kagum beliau terhadap ukhuwah dan silaturahim di kalangan umat islam inilah telah membawa beliau kepada agama islam. Namun bukanlah mudah untuk beliau mengamalkan agama islam pada usia semuda itu kerana masih di bawah jagaan keluarga. Walaupun sedaya upaya beliau menyembunyikan keislaman namun keluarga tahu juga akhirnya dan menukarkan beliau kepada sekolah cina. Dan akhirnya beliau terputus hubungan dengan orang islam. Namun yang menyedihkan dalam tempoh beliau mencari ilmu mengenai islam, ramai ustaz dan ustazah yang beliau temui semua memberi gambaran negatif dan melemahkan semangat untuk beliau mendalami islam. Contohnya, ada yang berkata ‘kamu da besar belajarlah sendiri’. Ana sungguh tidak faham kenapa dan mengapa ada sikap sebegini dalam umat islam apatah lagi golongan agama. Terlalu banyak tribulasi dan cabaran yang muslimah ini tempuhi yang takterceritakan di sini.sama-sama kita doakan beliau tegar menjadi muslimah sejati. Beliau kini sedang menuntut di UPM. Mengenai muslimin ini pula beliau baru 6 bulan memeluk agama islam. Beliau juga tidak terkecuali menerima tamparan hebat untuk mendalami islam. Beliau merupakan bekas penuntut UNISEL dan kini sudah bekerja.

Kemuncak dalam fasa ini yang menjadikan kami sebagai peserta yang bertuah ialah kami berpeluang menyaksikan secara langsung seorang muallaf melafazkan syahadah dihadapan kami. Brother Muhammad(bukan nama sebenar) merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa dan sekarang sudah bekerja. Beliau mula mengenali dan tertarik terhadap agama islam semasa menuntut di sana. Setelah beberapa tahun mencari kebenaran dan mendapat bimbingan dari brother Lim Jooi Soon sendiri akhirnya beliau membuat keputusan untuk melafazkan Syahadah pada hari sabtu 21 februari 2009 bersamaan 25 Safar 1430H. Alhamdulillah bertambah lagi saudara kita.

Kesimpulan yang dapat dikongsikan di sini, fasa dua ini lebih menarik dengan memberi bimbingan kepada kita untuk menyampaikan islam kepada non-muslim, memahami non-muslim dan cara memberi dan menjawab hujah kepada non-muslim. Tidak kurang juga pendedahan kebenaran islam dalam kitab Bible. Kerana untuk mendakwahi mereka kita perlu menyatakan kesamaan kitab mereka dengan agama islam supaya mereka sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu oleh paderi mereka melalui penyelewengan tafsiran kitab Bible.

Ana mendapati kita sebagai umat islam tolonglah sama-sama fahami muallaf. Jangan mengajar mereka seperti kita membimbing orang islam. Mereka ibarat kanak-kanak yang baru bertatih mengenal kehidupan. Renungi semula diri kita masa kecil dahulu adakah umur 4-5 tahun islam mewajibkan kita solat dan puasa? Jadi mereka juga tidak harus terus dipaksa mencukupkan solat 5 waktu, puasa penuh 30 hari, tutup aurat labuh-labuh macam ustazah. Tak perlu bagi force kat mereka, jiwa mereka cukup dengan tekanan dan cabaran yang datang dari ahli keluarga dan tribulasi sebelum menganut islam. Kerana kadang-kadang mesej dan cara yang salah kita beri kat mereka kemungkinan menjadikan mereka menjauhi islam. Jadi berhati-hati dengan sikap kita terhadap non-muslim. Tak tahu kaedah mendekati dan membimbing mereka??? Apa lagi jom daftar IDT masih dibuka untuk fasa 1 juga…

*UNTUK LAPORAN FASA SATU BOLEH KE LINK INI~...Laporan “INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”...~ ~

Sekian dulu laporan fasa 2, bagi mereka yang berminat…berikut adalah maklumat mengenai kursus ini

“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING” ANJURAN PERKIM AMPANG"
OBJEKTIF PROGRAM:

1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
2. MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
3. MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH:
-KEWAJIPAN BERDAKWAH
-SEJARAH AGAMA KRISTIAN-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN-KEPERCAYAAN ORANG CINA
-KEPERCAYAAN ORANG HINDU-SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM-QURAN, BIBLE DAN SAINS
-PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIANMEMAHAMI MUALLAF

PENCERAMAH
-Lim Jooi Soon
-Muhammad Amin Yaacob
-Kamarul Zaman Noor Mohamed

Program 2009:
Fasa Satu
17-18 Jan
14-15 Feb
7-8 Mac
11-12 Apr
9-10 Mei
13-14 Jun
11-12 Jul
8-9 Ogos
17-18 Okt
21-22 Nov
12-13 Dis
Fasa Dua
21-22 Feb
23-24 Mei
19-20 Dis
Fasa Tiga
28-29 Mac

Tempat:
Masjid Darul Ehsan,Taman TAR,68000 AmpangSelangor

Masa:
8.30 pagi hingga 5.30 petang

Yuran :
RM100 untuk pelajar,
RM120 untuk yg bekerja (makan,buku, dan bahan2 dakwah.
Tiada unsur bisnes /mengambil untung.)

untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi:
012-3661121 (Bro.Lim)

sekian terima kasih =p...

.:.ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN SEKADAR AMBIL MUDAH.:.

~wallahu'alam bisawab~

p/s:..bukan tulisan ana..sekadar untuk memenuhi amanah untuk promosi program ini..

Monday, March 2, 2009

sidana09um

terasa ingin berkongsi suatu pengalaman menyertai program simposium perdana mahasiswa islam malaysia (sidana) di universiti Malaya semalam. suatu program yang sememangnya bermanfaat kepada mahasiswa Islam. bermatlamat agar mahasiswa Islam memainkan peranan yang lebih dalam usaha untuk menjadikan masyrakat lebih bertamadun dan menyedarkan mahasiswa Islam tentang tanggungjawab mereka untuk terus terlibat dalam perjuangan Islam.(wah betul ke matlamatnya tu?hehe). program ini melibatkan ramai pembentang kertas kerja, termasuk lah dua orang politikus negara, Ibrahim ali(mp pasir mas) dan saifudin nasution(mp machang).

dalam banyak-banyak ucapan, ucapan ibrahim ali yang banyak menarik minat aku, bukan atas sebab ucapannya menarik dan berilmiah tetapi kerana ucapannya yang menyakitkan hati ku yang suci murni ni. beliau memang terkenal dengan mulut lasernya, macam azwan ali la lebih kurang. antara dakwaan dan dakyah beliau yang menarik telinga aku untuk mendengar dengan teliti dan seterusnya mencatat adalah beliau mendakwa dengan penuh rasa bangga bahawa beliau adalah seorang pejuang yang 'non-ideology based' semenjak zaman mahasiswa sampailah sekarang. istilah itu ditafsirkan oleh ibrahim ali sebagai seorang pejuang yang tidak berpegang pada mana-mana ideology dalam perjuangannya, lebih tepatnya adalah bermaksud seorang yang bebas. seperti sekarangla dan tidak memihak kepada umno, pas, pkr dan semestinya bukan dap.(beliau mendakwa beliau adalah seorang wakil rakyat bebas walaupun beliau menjadi wakil rakyat atas ehsan PAS). betulkah begitu hal sebenarnya?adakah beliau memang bebas sejak zaman mahasiswa sehingga sekarang?persoalannya, bagaimana pula ketika beliau berideologikan umno dulu??bukankah itu 'ideology based'?beliau berjuang di dalam UMNO berpuluh tahun, pernah jadi timbalan menteri sehinggalah beliau dipecat keahlian seumur hidup oleh UMNO. itu adalah perjuangan yang 'ideology based'. jadi hujah kebanggaan beliau dapat daku sanggah.hehe.

seterusnya pula, beliau mendakwa beliau risau dengan keadaan di pulau pinang yang mana cina DAP mempunyai kuasa majority 2/3. kerisauan beliau jelas terpancar pada memek muka beliau yang sudah dimamah usia itu. kerisauan itu atas dasar bimbang p.pinang menjadi next singapore. wahhh..beliau risau rupanya sebab cina pegang pulau pinang, bagusnya Ibrahim ali. tapi beliau lupa mungkin yang sebelum dap, cina juga yang perintah pulau pinang, yakni cina gerakan dan masalah orang melayu p.pinang bukan timbul selepas dap perintah walhal sudah lama sebelum itu lagi isu melayu pulau pinang tidak pernah selesai. kenapa ibrahim ali tidak menyalahkan umno dalam isu ini, mengapa hanya menyalahkan pakatan rakyat padahal UMNO punya lebih kerusi berbanding kerusi gerakan ketika itu, tapi kenapa tidak berjuang untuk melayu?dah tentu mana-mana bangsa pun tidak akan beria-ia membela nasib bangsa lain, jadi apa peranan umno dalam membela melayu pulau pinang?padahal kuasa pusat umno pegang, lebih daripada cukup untuk bela melayu p.p dan melayu lain. pakcik ibrahim2...

ada lagi sebenarnya nak tulis..tapi perut dah lapar..nak p makan nasi lemak sat na..huhu

p/s:..ye ye je aku ni jawab hujah ibrahim ali..cam best je..=)

Wednesday, February 25, 2009

peringatan!!!

Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup," bertanya Abu Hurairah:"apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?"
jawab Rasulullah "zikrulmaut" iaitu mengingati akan kematian..

mati itu pasti sahabat-sahabat sekalian...
sentiasalah ingat akan mati..
malaikat maut menjengok kita 70 kali sehari...
bilakan tiba masa kita diragut nyawa?
alangkah rugi kalau bekalan nanah dosa lebih banyak daripada pahala...
jangan disesalkan suatu yang sudah pergi..
apabila mati, kita tidak akan mampu kembali ke bumi..
kembalilah kita semua kepada Islam yang sebenar...

tiada aku menulis untuk suatu yang sia-sia melainkan hanya memberi peringatan kepada diri sendiri khususnya beserta peringatan kepada sahabat-sahabat sekalian..

suatu peringatan buat hati-hati yang lalai...
moga peringatan ini mampu membangkitkan hati-hati kita dari tidor lena..
sesungguhnya hati-hati orang mu'min sentiasa perlukan peringatan..

Firman ALLAH SWT:

yang bermaksud:
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (Adz-Dzariyat: ayat 55)



p/s:..bekerja untuk Islam walau dalam apa jua perbuatan...

Monday, February 23, 2009

assalamu'alaikum ya akh ya ukht..

I)
esok ada microteaching subjek TMP ####(xingat kodnye)
kelas DR Lim..tak bersedia lagi ni..aduhai..
tolongg.....

II)
letih memandu semalam dan kelmarin belum hilang lagi ni...
hujung minggu orang berehat, tapi ana memandu..
tapi takpa..best...
luas pemandangan..bertambah pengalaman..mematangkan fikiran.

III)
sekarang sudah semester 6 kat UPSI ni..
tinggal lagi 2 semester...semester 8 praktikal dah..
sedih la pula...rasa cam taknak masa berjalan je..
sayang nak tinggal kehidupan sebagai mahasiswa ni..
tak terbayang lagi bagaimana alam pekerjaan nanti..
alam barzakh lagi la tak terbayang bagaimana...huhu
semakin menghampiri penghujung kehidupan sebagai mahasiswa ni..
makin banyak perkara yang baru ana belajar...
rasa indahnya hidup sekarang berbanding dahulu...
rasa lebih bermakna kehidupan sekarang berbanding dulu..
makin jelas apa tujuan dan matlamat kehidupan ana sekarang berbanding dahulu..
ALLAH telah menghadiahkan sesuatu yang sangat berharga di penghujung usia sebagai mahasiswa...
Alhamdulillah...
apakah dia?adalah...rahsia...

IV)
rindu hati ni kat ma dan abah dah membuak-buak rasanya..
nak balik rumah...huhu
tapi banyak sangat kerja tiap kali hujung minggu...
akan diusahakan juga sikit ruang dan masa untuk ana balik hujung minggu ni..
insyaALLAH...

p/s:....monolog dalaman andalusia....

Wednesday, February 11, 2009

Perak: Ibrah Sulaiman Dan Wasiat Uthman

Perjalanan ke negeri Pahang baru-baru ini menemukan saya dengan ramai anak Perak di perantauan. Rata-rata, berasa begitu kesal dengan perkembangan yang berlaku, tetapi optimis dalam mencari sisi-sisi positif terhadap ‘bahasa Tuhan’ yang terungkap di sebalik segala ujian yang menimpa.

“Ustaz sentuhlah sedikit berkenaan dengan hal ini dalam kuliah Subuh nanti!” pinta seorang teman.

“Tengoklah macam mana nanti. Saya pun tak pasti nak sentuh dari sisi mana,” saya menjawab.

Kuliah Subuh, saya sampaikan berkaitan dengan peranan kita dalam menangani bencana di Palestin, yang diharapkan tidak terpinggir oleh peminggiran media yang membuat liputan secara bermusim.

KELAKUAN MEDIA

Ketika Palestin dirempuh, media sibuk dengan Palestin.

Isu Palestin masih panas, tetapi media beralih ke isu tiga ADUN Perak isytihar keluar parti dan menyokong BN.

Sah atau tidak sah tiga ADUN itu menjadi penentu kepada nasib jutaan penduduk Perak melalui perlantikan MB baru sebelum MB lama disahkan pelepasan jawatan, media sudah bersegera menumpukan perhatian kepada isu Dato’ Seri Ir. Nizar mendurhakai Sultan.

Jika kita menangani suatu isu mengikut rentak media, segala masalah hanya bertaraf ‘isu’ dan disentuh mengikut suhu panas sejuknya semata, dan bukan untuk menuju penyelesaian. Komitmen kita kepada satu-satu permasalahan mesti menjangkaui coverage media yang bermusim itu.

“Dalam suasana yang berlalu pada hari ini, apa yang menjadikan diri saya dan ramai rakyat Perak terkilan, bukanlah pada tindakan Barisan Nasional semata-mata. Tanpa rujukan akhlak, kita sentiasa menjangkakan apa sahaja boleh dilakukan mereka. Sesiapa sahaja yang berbudaya dengan budaya BN, hatta setelah menjadi penentang BN sekali pun, akan terpalit dengan falsafah Machiavelli yang meminggirkan prinsip dan moral, menghalalkan sebarang cara untuk mencapai kuasa,” saya mengatur kuliah.

perak

PERANAN ISTANA

“Tetapi dukacita yang besarnya ialah pada kedudukan Istana Perak. Sesuatu yang menjadi kebanggaan orang Perak selama ini, bahawa Istananya adalah Istana yang paling berpendidikan tinggi, justeru pembabitan Istana dalam isu yang membelakangkan perlembagaan, amatlah mendukacitakan. Sekurang-kurangnya biarlah segala persoalan yang membabitkan penafsiran perlembagaan diselesaikan terlebih dahulu, sebelum tergesa-gesa mengurniakan kami dengan seorang MB yang sedemikian rupa,” kuliah Subuh saya bersambung.

Benar…

Segalanya sungguh menghiris rasa.

Saya tidak dapat lari daripada mengingati kembali komentar Permaisuri Saba’ tatkala beliau mendengar akan kedatangan seorang Raja bernama Sulaiman ke negeri beliau. Permaisuri Saba’ adalah seorang wanita musyrikah yang menyembah matahari, tetapi pengalamannya sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang besar, menyebabkan beliau terpacul kata-kata yang dirakam oleh Allah di dalam surah al-Naml ayat 34:

27_34

“Raja perempuan itu berkata: sesungguhnya raja-raja, apabila mereka masuk ke sebuah negeri, mereka akan merosakkannya dan menjadikan penduduknya yang mulia itu terhina…”

Itulah komentar Permaisuri Saba’ tentang gelagat raja-raja. Demikian jugalah jangkaan beliau tatkala mendengar kedatangan seorang raja bernama Sulaiman.

Dan oleh kerana kenyataan Permaisuri Saba’ itu terlalu benar, menggambarkan realiti yang sering mewakili tingkah laku raja yang berkuasa, maka biar pun ia diungkapkan oleh seorang perempuan yang mensyirikkan Allah, kebenaran tetap kebenaran. Allah sendiri yang mengiktiraf kebenaran kenyataan Permaisuri Saba’ dengan firman-Nya:

27_34_i

“… dan (raja-raja itu), begitulah yang sering mereka lakukan!” [al-Naml 27: 34]

Raja-raja sering mencetus kebinasaan dan menghina penduduk yang bermaruah dan mulia.

Kecuali raja bernama Sulaiman, alayhi al-solaah wa al-salaam. Hadirnya sebagai pemimpin yang berpegang dengan agama Allah, menjadikannya seorang raja yang memakmurkan alam, mengundang kesejahteraan, mencantumkan kembali bumi Palestin dan Semenanjung Tanah Arab, dengan hukum Allah.

Patik mohon kepada Tuanku agar mengecualikan diri daripada kelaziman raja-raja yang diungkapkan Allah dalam firman-Nya yang Maha Tinggi itu tadi. Semoga Tuanku dapat mengambil ‘ibrah Sulaiman, agar Perak benar-benar menjadi Darul Ridzuan yang diredhai Allah Subhanahu wa Ta’aala.

SUNNAH KEPIMPINAN

Kepada YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, saya selaku rakyat Perak yang menyokong kepimpinan Datuk Seri, memanjangkan pesan Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada Uthman bin ‘Affan radhiyallaahu ‘anhu berkaitan Sunnah dalam sebuah kepimpinan:

hadithuthman

“Wahai Uthman, seandainya suatu hari nanti kamu dilantik oleh Allah mengendalikan urusan kepimpinan ini, dan kaum munafiq mahu menanggalkan pakaian engkau yang Allah pakaikan kepadamu, maka JANGANlah engkau menanggalkannya!” [riwayat Ibn Majah]

Agar tidak tersemai sunnah yang buruk dalam sebuah kepimpinan, pada membelakangkan peraturan dan akhlak dalam menaik dan menurunkan pemimpin, saya menyokong pendirian semasa YAB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Sesungguhnya pakaian yang dipakaikan Allah dengan tata tertib, hanya boleh ditanggalkan dengan tata tertib yang sama, andai kita kaum yang mengimani-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang, Selangor

Tuesday, February 10, 2009

cikgu dan murid-muridnya..

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu
permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!",
jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya
Guru kepada anak muridnya.
"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya. .....
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
selainnya.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid,
begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan
memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan
menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
sehingga kita tidak sedar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya
murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi."
"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."