Friday, March 26, 2010

zikrulmaut!!!!


ALLAH berfirman,: "Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (Adz-Dzariat:55)

Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Hendaklah kamu membanyakkan ingat akan perkara yang boleh meleburkan kelazatan hidup," bertanya Abu Hurairah: " apakah yang boleh meleburkan kelazatan hidup itu?" jawab Rasulullah SAW "ZIKRULMAUT" iaitu mengingati akan mati!!

Saturday, March 20, 2010

jika tiada umno....

orang umno berkata:

jika tiada umno, maka hilanglah punca rezeki kita...
maka mati kebuloq lah kita semua..
maka tiada pendidikan lah kita..
maka tiadalah jalan-jalan raya, lebuh-lebuh raya, hantu-hantu raya...
maka tiadalah bangunan pencakar langit...
maka mundurlah negara..
kerana UMNO lah, segalanya...

orang PAS pula berkata:

jika tiada UMNO, maka tiadalah istilah perjuangan dalam kamus hidup kami..
maka tiadalah merasa nikmat manisnya berada dalam perjuangan Islam ini..
maka tiadalah merasa manisnya ditindas, dihina..
maka tiadalah lagi rasa indahnya merintih mengadu atas penindasan ini kepadaNya..
maka tiadalah pahala berjuang dan berjihad dalam neraca amal kami..
maka kami akan merindu saat mengalirnya air mata serta darah tanda getirnya jalan ini..
kerana ALLAH lah segalanya..!!!

Thursday, March 18, 2010

di depannya laut..dibelakangnya firaun..

Bayangkan kita berada dalam situasi seperti nabi Musa..di depannya laut mati..di belakang pula firaun datang untuk membunuh..apakah kita akan belot dan menyerah atau kita setia berjuang dan melawan hingga syahid!!?..

Thursday, March 11, 2010

SBPI TEMERLOH MENGORAK LANGKAH----bangga..teruskan kecemerlangan!!!

Seramai 7,987 Calon SPM 2009 Cemerlang
PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.

Beliau berkata gred Cemerlang Tertinggi diperkenalkan sebagai gred yang lebih tinggi daripada gred 1A bagi memperincikan lagi kecemerlangan seseorang calon.

"Saya gembira memaklumkan bahawa pada keseluruhannya pencapaian calon pada kali ini amat membanggakan, melebihi pencapaian tahun sebelumnya.

"Pencapaian calon meningkat dari segi peratusan bilangan memperoleh sijil, cemerlang (A+, A dan/atau A-) dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki," katanya ketika mengumumkan analisis keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 di Kementerian Pelajaran di sini pada Khamis.

Katanya seramai 465,853 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan ini pada tahun lalu.

Alimuddin berkata daripada 59,433 calon persendirian, sekolah swasta dan sekolah-sekolah tajaan agensi selain Kementerian Pelajaran, seramai 41 orang memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+).

Beliau turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak sebagai pelajar terbaik bagi SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

Katanya bagi 10 sekolah pelajar terbaik, sembilan pelajar yang lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor), Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan), Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis), Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan);

Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor), Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan), Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka), Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

Katanya sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur;

SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

-- BERNAMA

Sunday, March 7, 2010

thanah helwah..

Bismillahhirahmanirrahim...

ucapan thanah helwah yang ke 16 tahun buat ukht Umirah binti Ahmad..
yang berlaku pada tarikh 7 mac 2010..
semoga ALLAH memberkati kehidupan enti dunia akhirat..
moga ALLAH kurniakan hati seterang Nur Muhammad..
moga dipermudahkan ALLAH dalam pencarian ilmuNya...
jaga hubungan dengan ALLAH kerana ALLAH yang memberi kefahaman kepada hambaNya..
terus terusan pohon pertolongan dari ALLAH agar ilmu yang ditimba itu penuh dengan keberkatan..
siiru 'ala barokatillah..

p/s: seronok melihat semangat adik2 nak berusrah pagi tadi dalam program quranic group..macam2 karenah..=)

Saturday, March 6, 2010

aku sedang teringat sesuatu..

teringat kisah ku di zaman remaja dulu kala..
ketika menuntut ilmu di sekolah berasrama penuh integrasi temerloh...
kisah yang kemudiannya dijadikan sebagai salah satu prinsip hidup aku..

pernah dimarahi abah dengan teruknya kerana aku telah mencium tangan ydp pibg sekolah aku yang juga ahli parlimen kuala krau yang telah mengalahkan Tuan Ibrahim Tuan Man pada pru 2004 dan 2008..kejadian berlaku dalam suatu majlis bacaan yasin..

seusai majlis, selepas solat isyak, masing2 beratur dan bersalaman dengan ahli parlimen tersebut..
sambil dalam sedar dan tak sedar aku melihat abah ku tersayang tekun memerhatikan gerak langkah aku..habis je salam..abah panggil aku..huhu..

kenapa angah cium tangan dia?!!..cium tangan seorang yang menentang perlaksanaan Islam..huh!!!..panjang lebar aku dinasihati oleh abah aku malam tu..dan sejak dari itu aku pegang nasihat tu sebagai prinsip aku..never do it again!!!..mereka adalah penentang kepada pelaksanaan Islam..tak akan aku hinakan diri aku dengan menghormati mereka2 ini!!..

kenapa aku cerita benda ini malam ni..sebab kat masjid tadi ramai remaja-remaja sekolah yang dikerah ke program juara rakyat di slim river ni..zambry pun ada!!..jadi aku teringat peristiwa tu..

selingan antara maghrib dan isyak tadi..ustaz berkata, bilal bin rabbah antara sahabat Nabi yang termulia..biar dadanya ditindih dengan batu besar dibawah terik mentari, tapi akidahnya langsung tidak tergugat, mulutnya terkumat kamit dengan kalimah 'ahad..ahad..ahad..'..tapi kita di akhir zaman ini, biar hanya diletakkan kain pelekat, kain batik di dada kita..akidahnya mula senget..jauh dari akidah sebenar..kata ustaz tersebut dihadapan zambry and the geng..mabruk2!!!!

Friday, March 5, 2010

aku yang keliru....

aku yang lemah..berada dalam kebingitan cyber cafe ini..cuba mencari sesuatu yang hilang dari jiwa aku...adakah aku akan jumpanya disini..tak kan jumpanya!!!!..

sebab makanan untuk jiwa adalah dengan hanya mengingati ALLAH...

jadi apa yang aku buat kat cyber cafe ni???...

aku pun tak tau...

cuti hujung minggu ni..teringin belajar bahasa arab..insyaALLAH..ada kelas bahasa arab disini..

ada program juara menipu rakyat bersama muhyidin yasin di kg balun slim river..
tak nak lah aku pergi...
pagi ahad ada Qiamullail di masjid tapi...ada zambry!!!!

seterusnya pula akan ku pulang ke bumi tg.malim..insyaALLAH..

aku sedang mencari jawapan kepada satu persoalan...
jawapannya hanya ALLAH yang mengetahui..
moga ketemu dengan jawapan yang dicari..
bantu lah aku yaALLAH..

minggu depan ada ujian jadi aku tak perlu mengajar dan tak perlu buat rancangan mengajar..
alhamdulillah...

ujian demi ujian...
segala bentuk mehnah yang melanda..
makin lama makin menguatkan jiwa aku..
meyakinkan aku bahawa ALLAH akan bantu aku..

yaALLAH...kurniakan aku kekuatan untuk aku sampaikan dakwah Mu...

ALLAHHUAKBAR!!!!