cOrEtaN AnDaluSIa...
..SemEntaRa BiaRlAH BegINi..
Saturday, May 28, 2011
kupinang engkau dengan alquran...
Kokoh suci ikatan cinta
Kutambatkan penuh marhamah
Arungi bersama samudra dunia
Jika terhempas di lautan duka
Tegar dan sabarlah tawakal pada-Nya
Jika berlayar di sukacita
Ingatlah tuk selalu syukur padaNya
Hadapi gelombang ujian
Sabarlah tegal tawakal
Arungi samudra kehidupan
Ingatlah syukur pada-Nya
Friday, May 27, 2011
coretan andalusia
Monday, March 28, 2011
adab seorang suami untuk si isteri dalam Islam
- Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah, yang paling baik akhlaknya dan paling ramah terhadap istrinya/keluarganya. (Tirmudzi)
- Suami tidak boleh kikir dalam menafkahkan hartanya untuk istri dan anaknya.(Ath-Thalaq: 7)
- Suami dilarang berlaku kasar terhadap istrinya. (Tirmidzi)
- Suami hendaknya bersabar dalam menghadapi sikap buruk istrinya. (Abu Ya'la)
- Suami wajib menggauli istrinya dengan cara yang baik. Dengan penuh kasih sayang, tanpa kasar dan zhalim. (An-Nisa': 19)
- Suami wajib memberi makan istrinya apa yang ia makan, memberinya pakaian, tidak memukul wajahnya, tidak menghinanya, dan tidak berpisah ranjang kecuali dalam rumah sendiri. (Abu Dawud).
- Suami wajib selalu memberikan pengertian, bimbingan agama kepada istrinya, dan menyuruhnya untuk selalu taat kepada Allah dan Rasul-Nya<. (AI-Ahzab: 34, At-Tahrim : 6, Muttafaqun Alaih)
- Suami wajib mengajarkan istrinya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan wanita (hukum-hukum haidh, istihadhah, dll.). (AI-Ghazali)
- Suami wajib berlaku adil dan bijaksana terhadap istri. (An-Nisa': 3)
- Suami tidak boleh membuka aib istri kepada siapapun. (Nasa'i)
- Apabila istri tidak mentaati suami (durhaka kepada suami), maka suami wajib mendidiknya dan membawanya kepada ketaatan, walaupun secara paksa. (AIGhazali
Sunday, March 27, 2011
Rukun Bai'ah...
RUKUN BAI’AH
1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.
Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.
2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.
3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)
4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.
5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.
6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.
7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.
8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.
9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.
10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat
Tuesday, March 22, 2011
HUKUM AKAD NIKAH DI MASJID: ADAKAH MENYIMPANG?
Baha Al-Fatih
Sebagai mukaddimah, Allah SWT menyebut tentang masjid dalam al-Quran antaranya menerusi surah an-Nur ayat 36-37 yang bermaksud:
Sebahagian ulama’ menyatakan hukumnya digalakkan (mustahab) dan sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah harus dan dibenarkan. Jumhur Fuqaha’ menyatakan bahawa hukum akad nikah di masjid adalah digalakkan. Antaranya ialah:
Imam al-Jaziri menyimpulkan bahawa ulama’ al-Hanafiah, al-Malikiah dan al-Hanabilah menyatakan hukum akad nikah di dalam masjid adalah digalakkan, antara kata-katanya bermaksud:
Al-Hanafiah berkata bahawa makruh melakukan akad pertukaran (muamalat) seperti jual beli dan sewa-menyewa di dalam masjid. Adapun hibah dan seumpamanya tidak makruh, bahkan digalakkan akad nikah di dalamnya (masjid). (lihat al-Jaziri, al-Feqh ala al-Mazahib al-Arba’ah, hlmn 385)
Ibn Taimiyah pula berkata:
Dan oleh kerana nikah itu tergolong daripada perkara ibadah, maka digalakkan akad (nikah) di dalam masjid.(Majmu’ al-Fatawa, Darul Ma’rifah, Beirut , jilid 3, hlmn 122).
Manakala Ibn al-Qaiyyim sewaktu mengulas tentang permainan dan gurauan yang dibenarkan, menyatakan:
Sesungguhnya akad nikah adalah seumpama ibadat-ibadat lain, bahkan ia lebih utama dari aspek sunat, dengan itu ia digalakkan dibuat di dalam masjid, sedangkan jual beli pula dilarang di dalamnya. (I’lam al-Muwaqqi’iin, Kaherah, jilid 3, hlmn 153)
Bahkan beliau menyatakan sepatutnya dilakukan di masjid jika ingin dilakukan pada hari Jumaat, katanya yang bermaksud:
Sepatutnya (akad nikah) dilakukan di dalam masjid juga kerana menghimpunkan dua kemuliaan iaitu kemuliaan masa dan kemuliaan tempat.
Manakala ulama’ yang menyatakan hukum harus, mereka berhujjah bahawa perkahwinan itu adalah ketaatan dan ibadah, maka ia digalakkan untuk dilakukan di dalam masjid yang merupakan tempat beribadah kepada Allah, kerana tempat yang paling mulia di atas muka bumi ini adalah masjid.
Kedua: Hukum majlis kahwin di masjid
Harus jika menjaga adab dan tidak berlaku ikhtilat antara lelaki dan wanita serta tidak mengotorkan masjid dengan makanan dan minuman. Imam Nawawi berkata yang bermaksud:
Imam Shafie dan al-Ashab berkata: Diharuskan bagi orang yang beriktikaf dan selainnya makan, minum dan menghidangkan makanan di dalam masjid, begitu juga mencuci tangannya asalkan tidak menyakiti orang lain, jika cucian di dalam bekas maka ia lebih afdhal. (al-Majmu’, jilid 6, hlmn 535-536)
Namun, jika dapat dielakkan maka lebih baik. Kerana majlis perkahwinan tidak sunyi daripada bunyi bising, paluan gendang dan muzik, kanak-kanak dan sebagainya yang menyebabkan objektif sebenar pembinaan masjid akan ternafi. Bahkan jika menyebabkan melanggar perintah Allah seperti berlakunya ikhtilat maka hukumnya adalah diharamkan. Masjid punyai fungsi yang tersendiri. Sulaiman bin Buraidah daripada ayahnya meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Sesungguhnya dibina masjid-masjid itu berdasarkan (tujuan) ia dibina. (Riwayat Muslim).
Berkaitan hadith ini, imam Nawawi berkata maksudnya:
Terdapat banyak faedah menerusi hadith ini, di antaranya ialah larangan daripada menyanyikan lagu yang menyesatkan di dalam masjid, dan apa sahaja yang sama makna dengannya termasuk jual beli, sewa menyewa dan sebagainya. Begitu juga makruh meninggikan suara di dalam masjid. (al-Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwadzi, jilid 4, hlmn 458)
Hadith wanita dinikahkan oleh nabi di dalam masjid
Manakala hadith seorang wanita yang dikahwinkan oleh nabi SAW di dalam masjid tidak sepatutnya ditolak hanya kerana dia datang menyerahkan dirinya kepada nabi. Hadith ini dianggap muhkam dan boleh beramal dengannya. Diriwayatkan bahawa Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi menyatakan bahawa telah datang seorang wanita kepada nabi SAW lalu berkata yang bermaksud:
Ya Rasulullah SAW aku serahkan (tawarkan) diriku kepadamu (untuk dikahwini). Nabi memerhatikannya kemudian menganggukkan kepalanya. Apabila wanita itu melihat nabi SAW tidak melakukan apa-apa, dia pun duduk. Bangun seorang lelaki daripada kalangan para sahabat dan berkata: Ya Rasulullah SAW, jika engkau tidak berhajat kepadanya, maka kahwinkanlah aku dengannya. Nabi bersabda: Adakah engkau punyai sesuatu?. Lelaki itu menjawab: Demi Allah, tiada ya Rasulullah. Nabi bersabda: Baliklah kepada keluargamu dan carilah sesuatu jika kamu menjumpainya. Lelaki itu pun beredar dan datang semula sambil berkata: Tiada, demi Allah aku tidak jumpa apa-apa. Nabi bersabda: Carilah walaupun sebentuk cincin daripada besi…(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Hadith ini menjadi dalil bahawa nabi SAW melakukan akad nikah di dalam masjid. Ibn Hajar al-'Asqolani ketika menghuraikan hadith ini berkata:
Di dalam riwayat Sufiyan al-Thauri pada al-Isma’ili “Datang seorang wanita kepada nabi SAW, ketika nabi di dalam masjid”, maka ia menunjukkan secara tepat tempat berlakunya kisah tersebut. (Fath al-Bari, jilid 14, hlmn 415)
Oleh itu, berdasarkan perbincangan di atas, kenyataan menyatakan bahawa ‘Rasulullah SAW pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka’ perlulah bersumberkan dalil yang sohih, apatah lagi membuat kesimpulan bahawa ia menyimpang daripada amalan Rasulullah SAW.
Kesimpulannya
1. Hukum akad nikah di dalam masjid adalah harus dan dibenarkan.
2. Manakala pendapat yang mengatakan hukumnya digalakkan (mustahab), tidak boleh ditolak, lebih-lebih lagi ia merupakan pendapat para ulama’ yang muktabar.
3. Masjid punyai fungsi yang besar dalam Islam dan kita perlu menjaga adab-adabnya.Saturday, March 5, 2011
hati...
Wednesday, February 16, 2011
salam maulidurrasul...
SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH...
ALLAHHUMMA SOLLI ‘ALA MUHAMMAD..
Aku sering bermonolog, mengatakan aku rindu dan cinta padamu ya Rasulullah..
Sehinggakan kadang-kadang berderai air mata ku..
Sebak dadaku saat mengingatimu ya Rasulullah...
Segar jiwa ku tika menghayati sirah perjuanganmu..
Tapi, sering kali juga aku...
Mengingkari pesanmu...
Melupakan sunnahmu...
Menjauh dari ajaranmu...
Layakkah aku mendapatkan cinta dan kasih mu wahai kekasih ALLAH...
Apakah ada untukku syafaatmu duhai penghulu segala Nabi dan Rasul..
p/s:..lewat untuk mengepost entry ni sebab ketiadaan internet..selamat ulang tahun kelahiran juga untuk aku mengikut kalendar Islam..12 Rabiulawal...
Wednesday, January 5, 2011
wahai anakku!!!
wahai anakku! bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar daripadanya. sesungguhnya nasihat daripada mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.
Monday, December 13, 2010
salam rindu dari bumi kanowit...
disini juga mengajar aku bagaimana untuk hidup sebagai minoriti..minoriti muslim dalam kelompok major masyarakat nonmuslim..selama ini selesa berada di semenanjung..kali ini aku harus belajar untuk berhati-hati memilih makanan, minuman..disini, tidak pelik melihat orang-orang Islam, perempuan bertudung bekerja di kedai-kedai makan nonmuslim..orang-orang muslim makan di kedai-kedai nonmuslim..melihat daging-daging khinzir dijual di tepi2 jalan bukan suatu yang pelik disini..
solat jemaah di masjidnya pula, belum pernah lagi bilangan yang hadir melebihi 5 orang...kadang kala, imam dan bilal sahaja..yang hadir pun hanya ahli2 jawatankuasa masjid..subuh tiada solat dijalankan dimasjid, kerana tiada yang hadir..sangat menyesakkan..pengajian agamanya belum lagi ada setakat ini..semua ini sebenarnya tarbiah terus dari ALLAH untuk aku..sebelum ini selesa bersama sahabat-sahabat yang boleh menjadi penegur tika iman aku lemah,pengajian agama keliling pinggang..kali ini, nah! ALLAH campakkan aku disini..keseorangan, jauh daripada pengajian..ia ujian kepada aku, adakah tarbiyah yang aku terima selama ini menjadikan aku kuat untuk tempuh semua ini..harap-harapnya begitulah, kerana kebergantungan wajib kita letak sepenuhnya pada ALLAH bukan pada makhlukNya kan..
masyarakat muslim disini sama seperti saudara seagama mereka di semenanjung dan diseluruh dunia, masih jauh tertinggal berbanding masyarakat nonmuslim terutama dari sudut ekonomi, di pekan kanowit ini sahaja, hanya ada satu sahaja kedai milik muslim,.yang lainnya..hmm..nasib lah bila kita jauh daripada Islam dan tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya..solusinya, kembali kepada Islam secara kaffah, pasti ALLAH akan bantu kita..kita akan kembali kuasai dunia..ayuh!!bangkitlah!!
p/s: coretan ini sekadar muqaddimah untuk mengaktifkan semula blog ni..
Tuesday, September 7, 2010
duit raya
sehelai kain pelekat untuk aku dan seorang lagi sahabat sebagai tanda penghargaan daripada pihak jawatankuasa surau.sesampai dirumah terlihat sekeping sampul hijau terselit di dalam nya, berisi duit raya buat aku, rm60..sesuatu yang tak pernah aku harapkan dan fikirkan walau sekelumit..(tapi dah orang kasi..amek jela..hehe)..patutla ada arahan lisan daripada pakcik tu supaya hanya membuka kotak kain pelikat itu sesudah sampai dirumah..bagi aku, ia suatu pemberian yang melebihi daripada yang aku sumbangkan, jadi imamnya tidak seberapa, culas dalam menjalankan amanah..
aku yakin ada hikmah mengapa ALLAH aturkan supaya ramadhan kali ini aku bersama dengan mereka..banyak aku pelajari daripada golongan-golongan veteran di surau itu..ilmu dan semangat mereka mengagumkan aku..moga ALLAH rahmati aku dan mereka..
pemberian itu juga menandakan bahawa ramadhan sudah di penghujungnya.sedikit sebak mengenangkan bahawa ramadhan yang sentiasa dinanti ini akan pergi meninggalkan aku,.belum puas rasanya bersama dengan ramadhan..,masih terasa banyak perkara yang aku belum mampu ubah.,aku bimbang tarbiyyah ramadhan yang aku jalani sekarang belum mampu menjadikan aku kuat untuk tempuh kehidupan saterusnya..YaALLAH, kuatkan hati hambaMu yang lemah dan hina ini..panjangkan umurku agar aku bisa ketemu ramadhan yang seterusnya yaALLAH...
p/s: salam lebaran buat keluarga, sahabat sahabiah serta seluruh umat Islam, semoga kita beroleh rahmat dan keampunan Ilahi serta moga ALLAH menjadikan jiwa dan raga kita hidup hanya untuk perjuangan Islam semata..
perkongsian...
selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW..
"ketahuilah, agama ini hanya akan tertegak di atas pundak orang-orang yang memiliki azam yang kuat. ia tidak akan tegak di atas pundak orang-orang yang lemah dan hanya suka bermain-main. tidak akan pernah!!- Dr Najih Ibrahim
kata-kata indah diatas aku petik dari sebuah buku yang sedang dalam proses untuk aku baca dan hadamkan..kata-kata yang diungkap oleh seorang tokoh gerakan Islam Dr Najih Ibrahim daripada sebuah buku yang bertajuk 'Kepada Aktivis Muslim'.. Alhamdulillah, buku yang sangat berguna untuk semua ahli gerakan Islam sebagai suatu muhasabah untuk mengkoreksi diri kita sepanjang berada diatas jalan yang mulia ini..
penulis buku ini menegaskan bahawa musuh utama aktivis Islam ada empat, iaitu nafsu, syaitan, dunia dan hawa nafsu. penulis juga membawa kita menyoroti tiga hal utama yang harus dilakukan para aktivis iaiti da'wah, hisbah dan jihad. juga banyak lagi perkara menarik dan amat berguna untuk para aktivis da'wah. semoga pembacaan ini memberi input yang berguna untuk aku tempuh cabaran-cabaran yang mendatang.
"Amal Islami bukanlah aktivitas yang cukup dikerjakan di saat anda memiliki waktu luang dan bisa anda tinggalkan saat sibuk. Tidak, amal Islami terlalu agung dan teramat mulia jika diperlakukan seperti itu"- Dr Najih Ibrahim
buku ini aku jumpa ketika keseorangan meronda-ronda bandar temerloh, niat asalnya untuk mencari pakaian untuk lebaran tetapi menukar rancangan setelah memasuki sebuah kedai buku, antara buku lain yang aku baru beli, 'taktik dan strategi berpolitik gaya khulafa Ar-Rasyidin' karya Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan sebuah lagi buku berjudul 'Rasulullah Pendidik terulung~40 teknik Rasulullah Mengajar ' karya Al-'Allamah Syeikh Al-Muhaddith Al-Faqih Abdul Fattah Abu Ghuddah Al-Halabi Al-Suri..semoga buku-buku ini dapat aku habiskan dan hadamkan sebaik mungkin..
p/s: teruskan mencari rahmat dan keampunan ALLAH disaat-saat akhir Ramadhan ini..jangan kita tergolong dalam golongan hambaNya yang rugi..
Thursday, September 2, 2010
Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..
semalam, seusai solat tarawih, aku teringat akan kejadian ini..kejadian yang sangat menarik lah bagi aku sepanjang keberadaan aku di muka bumi ALLAH ini selama hampir 23 tahun..=)
kejadian ini berlaku ketika aku masih di bangku sekolah rendah lagi kalau tak silap.. di suatu malam yang hening, aku dan keluarga memulakan perjalanan ke rumah tok ayah, seorang guru sufi abah di kampung gua, padang tengku, kuala lipis..dalam perjalanan, kami singgah makan di sebuah kedai roti canai popular di bandar jengka berhampiran Giat Mara jengka..dalam duk pelahap roti canai tu..singgah seorang pemuda melayu lalu masuk ke dalam kedai tersebut..tiba-tiba dia meluru kearah abah,..sambil melutut, mencium tangan dan pipi abah pemuda tersebut menangis teresak-esak....kami sekeluarga keliru dan terkejut..tak tahu apa yang berlaku aku sekadar memerhati.."apesal plak abang sorang ni, aku pon tak pernah nangis2 camtu kat abah hatta hari lebaran sekalipun?"getus hati aku..abah pula sambil tersenyum kacak, melayan rintihan pemuda tersebut..mereka berbual..tapi aku tak ambil peduli sangat apa yang dibual..apa yang aku nampak hanya roti canai dan sambalnya yang sedap tu..hanya yang aku ingat dia panggil ayahanda dan bonda kat abah dan mama..
setelah selesai anak muda tu meluahkan rasa dan air matanya..kami beransur memulakan kembali perjalanan..dia menghantar kami sampai ke kenderaan..aku terketawa sedikit mengenangkan peristiwa tadi yang bagi aku terselit sedikit unsur-unsur humor ditambah dia memanggil abah dengan panggilan ayahanda..
dalam perjalanan abah menceritakan apa yang berlaku..pemuda itu menangis dan meluru kearah abah adalah kerana ketika itu dia melihat abah sebagai syeikh Abdul Qadir Al-Jailani..(wali tu ...hehehe)..sangat mistik...dia benar-benar menganggap abah adalah syeikh Abdul Qadir Al-jailani..sebab tu dia melutut, peluk dan cium abah.."biar betul abang tu..betul ke idak?"getus hati aku lagi..mungkin dia melihat abah yang ketika itu berjambang lebat ada irasnya seperti ketua para wali tersebut..aku melihat abah tersenyum dan terus tersenyum..mungkin terkenang kesan keagungan dzikrullah yang sering dia amalkan..aku biarkan abah dan lamunannya kerana ketika itu aku harus tidur,.tidur kerana tidak sanggup menempuh jalan ke kuala lipis yang berlingkar macam ular..sebelum aku muntah darah, baik aku tidur..dan aku tahu sesampai di kuala lipis abah menceritakan pengalamannya itu kepada ayah angkatnya itu..sambil aku terus dibuai mimpi..
selepas beberapa tahun, kami kembali bertemu pemuda tersebut di suatu ceramah Tuan Guru Hj Hadi Awang, di jengka 20..ketika itu pemuda tersebut menjaga parking kenderaan..keadaannya ketika itu sangat terurus dan bersih wajahnya..terkejut dengan pertemuan semula itu, abah dan dia berpelukan, sambil dia berkata "kenapa ayahanda sudah tidak berbau wangi seperti syeikh Abdul Qadir Al-Jailani?"....emmmm...
kesimpulan daripada cerita ini..kalian simpulkan lah sendiri..yang penting bagi aku..ia peristiwa yang menarik..wallahhua'lam..
Monday, August 30, 2010
buat yang mengerti..
alhamdulillah juga sebab beban amanah aku sudah berkurang, tidak perlu lagi menanggung dosa akibat mengambil mudah akan amanah itu..jiwa terasa sangat lega..selama setahun aku memerah fikiran, berfikir bagaimana lagi harus aku menggerakkan, apa lagi program yang perlu aku anjurkan agar semangat dan jiwa aku dan mereka sentiasa terisi, bagaimana lagi harus aku buat agar mereka yang lain masih terus utuh ukhwahnya..sampai kerap kali aku sendiri yang merosakkan ukhwah itu..alhamdulillah, biarpun sangat banyak kelemahan, tapi aku sudah mencuba sebaik mungkin kerana ALLAH..moga ALLAH redho atas segala usaha aku dan yang lain..tidak aku berbuat semua ini melainkan kerana Mu yaALLAH..Engkau sendiri lebih mengerti..hanya Engkau yang lebih berhak menilai..
aku betul2 sedang merasai apa erti kosong..=)..sedang mencari sesuatu untuk aku tampal kekosongan itu..kosong yang sangat drastik..kosong kerana hari-hari sebelum ni aku harus berfikir..terpaksa berfikir..tapi sudah tidak perlu lagi..terima kasih buat yang telah menulis nama aku..thanks atas kepercayaan..=)..biar tewas satu undi..lawan tetap lawan..(hahaha..cam politician..sekadar gurauan k...:)..apapun, aku yakin ia akan bertambah kuat kerana mereka lah yang terbaik!!!!teruskan perjuangan semua..sokongan padu untuk semua..!!!
ha ni pula doa buat sahabatku hanif azwan..moga ALLAH memberi kekuatan kepada enta..moga ALLAH tingkatkan darjat enta atas beban yang ditanggung..semoga ALLAH menyembuhkan penyakit enta..syakallah..sahabat lain sentiasa mndoakan enta insyaALLAH..
Saturday, August 14, 2010
ramadhan,,
sedang mencari kelainan dalam ramadhan kali ini..
sedang berusaha untuk mengubah beberapa sifat negatif dalam diri..
biarpun sudah beberapa ramadhan berlalu..
sedang berusaha melatih diri untuk istiqomah dalam beberapa perkara..
ramadhan,,bulan tarbiyyah..
tandus..gersang..sudah semakin menjauh dari perjuangan..
dulu..otot-otot ini..tulang belulang ini sentiasa bergerak dan bekerja untukMu..
sekarang..sudah semakin kusam..lemah..
risau..bimbang..jangan golongkan aku sebagai al-mutasaqqitun..yaALLAH..
sedang berusaha mencari tapak di kawasan ini..
berapa kali kata nak hubungi ustaz..tapi asyik bertangguh..hmm..
insyaALLAH esok...
alhamdulillah..hari ini menerima taklifan sbgai imam isyak dan tarawih di surau..
langkah awal untuk aku mendekati mereka...
belajar untuk lebih bergaul dengan masyarakat dan orang yang lebih berumur..
menjadi seorang yang lebih matang..=)
p/s: sekadar coretan untuk aktifkan kembali blog ini..
Friday, July 23, 2010
Baitulda'wah
Ummu Usamah, seorang muslimat, seorang serikandi Islam, Isteri kepada Mursyid kedua Ikhwanul Muslimin Hasan al-Hudhaibi. kisah ini berlaku ketika Hasan al-Hudhaibi ditahan dipenjara. seorang menteri kerajaan Mesir telah menghantar isterinya bertemu Ummu Usamah, bertujuan untuk menenangkannya serta memberitahu bahawa menteri tersebut telah berbuat yang terbaik untuk menyelamatkan Hasan al-Hudhaibi..
apa jawapan Ummu Usamah?
Ummu Usamah berkata: "siapa yang memberitahu kepada suamimu yang kami gelisah dan sedih sehingga kamu bersusah payah untuk memberi nasihat kepada kami, menenangkan hati kami dan memberi khabar gembira bahawa Ustaz selamat? Apakah puan ingin memberitahu kepadaku dan anak-anakku bahawa hukuman telah ditetapkan sebelum dijalankan perbicaraan? Adakah puan mahu memberitahu kepada kami bahawa hukuman yang akan diterima oleh Ustaz adalah hukuman Mati?
Ummu Usamah seterusnya menegaskan: "Wahai Saadiyah Hanim, isteri pembesar Mesir yang mulia, saya mohon agar puan dengar dengan baik dan sampaikan kepada tuan menteri! sampaikan bahawa Hasan al-Hudhaibi tidak memegang kepimpinan Ikhwan Muslimin kecuali setelah menyaksikan pendahulunya yang agung, Asy-syahid Hasan al-Banna telah diculik dan dibunuh secara keji dengan terang-terangan di tepi jalan ibu kota negara ini. Hudhaibi tidak menerima untuk menjadi pengganti beliau kecuali menunggu akhir kehidupannya yang sama seperti beliau. sungguh; ia telah menjual dirinya untuk ALLAH dan kami juga menjual diri kami bersamanya untuk ALLAH. Bila semua itu terjadi kerana takdir ALLAH, maka tak seorang pun akan melihat kami kecuali dalam ketenangan, ketenteraman, dan kebahagiaan. sebab kami serahkaan sepenuhnya degala urusan manusia kepada ALLAH. kami mengharapkan pahalaNya dan kami sngat berbahagia bila dapat menyusulnya sebagai syuhada."
kemudian Ummu Usamah berpaling kepada anak-anaknya sambil berkata: "inilah pendirian ummi, bagaimana pendapat kalian wahai anak-anakku?"
serantak mereka menjawab: "tidak ada perbezaan sedikit pun pendapat kami dengan pendapatmu, wahai ummi!
Saturday, July 3, 2010
cikgu rijal..baca ni...
moga diberkati dan dirahmati ALLAH hendaknya..
moga kebbahagiaan kekal jadi milik antum berdua hingga ke jannah..
hajat hati nak ke batu pahat tapi ada msyaqqah very2 qubra..huhu..
ke banting insyaALLAH..
Barakallahhulakuma wa barokah...
Tuesday, April 13, 2010
perkongsian-kuliah subuh-ustaz tarmizi-slim river
Sedikit perkongsiaan ilmu apa yang sempat ana dengar pagi tadi dalam kuliah tafsir oleh ustaz tarmizi di masjid sultan Idris II, Slim River.
Terdapat 5 jenis hidayah dalam kehidupan ini iaitu:
1) Hidayah Tabi’e
2) Hidayah pancaindera
3) Hidayah ‘akal
4) Hidayah Din (agama)
5) Hidayah Taufiq
Hidayah tabi’e adalah seperti ketika kita masih bayi, jika lapar kita akan menangis, jika basah kita akan menangis, berkenaan dengan tabi’e manusia. Manakala hidayah pancaindera pula, kita boleh membezakan baik dan buruk sesuatu perkara melalui pancaindera kita. Hidayah ‘akal pula adalah keupayaan akal yang dikurniakan ALLAH untuk kita membezakan baik buruk, kebenaran dan kebatilan. Hidayah agama pula adalah pengetahuan yang ALLAH kurniakan kita dalam agama ini, hukum hakam nya, apa yang boleh, apa yang tidak boleh. Manakala hidayah taufiq adalah kekuatan untuk manusia mengikuti apa yang agama Islam perintahkan. Contohnya, Orang yang minum arak tahu haramnya arak tapi dia tetap minum, kerana apa? Kerana ALLAH tidak kurniakan dia hidayah taufiq kepadanya..ramai manusia tidak memperoleh hidayah taufik dari ALLAH..kerana ramai yang masih ingkar biarpun mereka tahu perkara tersebut adalah salah..
yaALLAH kurniakan aku, ibu bapaku, serta seluruh muslimin muslimat hidayah dan taufik Mu ya ALLAH..
Sekadar itu sahaja perkongsian ilmu untuk semua..jika ada kesalahan harap diperbetulkan..