Saturday, November 8, 2008

aku dan sahabat...


Salamun’alaik sahabat-sahabat sekalian,

Entri aku kali ini adalah mengenai zaman kanak-kanak aku, bestkan jadi kanak-kanak ni, tak payah nak fikir perkara-perkara rumit. Hidup hanya bermain-main. Apa yang aku nak cite kali ini adalah berkenaan aku dan sahabat-sahabat karib aku dalam menjalani kehidupan sebagai sekumpulan kanak-kanak riang di sebuah perkampungan FELDA, di jengka 3, pahang. Ketua kampung aku bernama Nayan bin Puteh..sekadar berkongsi..=)..

Semua kita mesti ada kawan-kawan rapat masa kecik kan? Aku juga begitu, Aku punya beberapa orang kawan, kawan rapat la, yang akan aku introducekan sedikit lagi. Kami memang rapat, mana-mana aktiviti mesti dilakukan bersama-sama hatta pegi kenduri kawin sekalipun. Kami membentuk satu kumpulan, ala-ala geng bas sekolah gitu..hehe, terdiri daripada 6 anggota(termasuk aku..)..kami tidak punya ketua..sepatutnya kalu ikut Islam kami perlu melantik ketua, tapi takpelah masa tu kami tak tau lagi..ustaz-ustaz pulak tak tegor..

Kumpulan kami ni punya satu trademark yang menjadi sebutan kami sekumpulan..iaitu
‘ala-ala pokmak’ atau kadang-kadang disebut ‘pokmak ala-ala’ sebutan ini adalah sebagai suatu tanda ikatan persaudaraan antara kami..hehe..menjadi mainan bibir sehingga abah aku pon selalu sebut benda tu,,.hehe...sejarah kami dapat trademark tu..akan aku ceritakan..now, let me introduce to all of u, my bestfriends ever..


1) nama: Mohd Hambali bin Iddress
nama gelaran : Bai
umur: sebaya ngan aku..21 tahun..
alamat: rumah keenam selepas rumah aku..
komen aku: sahabat yang baik, ada sense of humor, dia anak bongsu, berbadan besar darpada aku, tinggi darpd aku, keturunan banjar, sekarang belajar kat upm..alhamdulillah..apepun, dia seorang yang baik..aku suka ada kawan cam dia..(gmbar dia kat atas tu..xreti camne nak letak gambar sebelah ni..)


2) Nama: Ahmad Taufik bin Nik Azlan
Gelaran: topek
Umur: muda setahun daripada aku..
Rumah: rumah keempat selepas rumah aku..
Komen: orang kelantan, orang berduit sikit, bapak dia engineer, dia la banyak kuar dana untuk kumpulan kami..hehe..masa mula-mula sedikit skema, sekarang sudah kuar daripada kumpulan kami, kerana menyertai kumpulan-kumpulan mat rempit kampung aku..kumpulan tersebut beribu pejabat di tepi jalan, sebelah padang bola perumahan pekerja kilang sawit jengka 3..boleh dilihat mengadakan usrah pada setiap petang dikawasan tersebut, dengan motor-motor pelbagai jenis..perkara ini terjadi setelah beliau menyertai kumpulan skinhead sewaktu di asrama, dan mula merokok, dan seterusnya merasakan kumpulan kami terlalu skema untuk beliau..dan akhirnya beliau memohon untuk keluar daripada kumpulan kami..tapi sekarang dia pun berjaya juga..belajar di UIA..engineering apa tah..


3) Nama: Abdul Majid bin Saidin
Gelaran: adul
Umur: muda setahun daripada topek..
Rumah: sedikit jauh..selang sebuah daripada rumah ustazah rohani(ustazah skol agama aku..)
Komen aku: budaknya kecik..sekarang besar dah kot..dah jarang tengok dia..agak nakal..bukan agak la..memang nakal gile..hehe...keturunan banjar juga rasanya...sedikit lambat masuk group kami..tapi takpelah..diterima masuk juga..takde pe sangat nak cerita tentang beliau..sekarang mana duduk pun entah..


4) Nama : Ahmad murtaadza azmi(adik aku..hehe)
Gelaran: ajo
Umur: sama umur ngan adul..
Rumah: emm..sebilik dan sekatil ngan aku..
Komen: adik yang baik..hehe..


5) Nama: Ahmad Shauqi bin Aziz
Gelaran: boboy
Umur: muda setahun daripada ajo kot..
Rumah: diantara rumah bai ngan umah topek..
Komen aku: seorang kanak-kanak terencat sikit..berketurunan banjar...terkenal seantero kampung aku..gagal menguasai bahasa melayu dengan baik..verbal kurang jelas..berhenti sekolah sebelum upsr..selalu dibuli oleh kami..hehe..bila main kejar-kejar je selalu la dia yang kena jadi..sampai nangis..hehe..dulu aku penah rosakkan jam yang mak aku kasi, disebabkan takut kena piap..aku telah mengambing hitamkan boboy..aku cakap kat ma aku..boboy kot curi...padahal aku sorokkan..sian boboy kena..huhu..sori boy..mintak maaf ma..=( sian kat dia sekarang..watpe ntah..YaALLAH selamatkanlah sahabat aku seorang ini daripada kesesatan YAALLAH..

Mereka-mereka ini lah sahabat awal aku..ada yang masih kekalkan persahabatan..ada yang sudah pergi membawa diri..yelah..masing-masing dah besar..tak macam kecik-kecik dulu kan..banyak pengalaman pahit,manis, kelakar, sedih, adventure, dan macam-macam lagi lah yang berlaku antara kami..panjang sangat dahla..malas dah nak taip..insyaALLAH..next entry akan aku ceritakan aktiviti-aktiviti kami diwaktu terluang..menarik..pernah dikejar oleh pakcik bertuala dan tidak berbaju...kenapa?adala..tunggu..hehe..

p/s: maaf jikalau entri ini membosankan..sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup yang pasti jadi kenangan yang tidak boleh diulang semula..dan penggunaan kata ganti diri ‘aku’ hanya untuk menyesuaikan dengan perjalanan dan olahan cerita supaya lebih menarik..=)

No comments: