Sunday, February 8, 2009

amanat YAB NIZAR..MB perak yang sah!

nizar

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri

secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah

kata-kata

sesungguhnya hidup lebih bererti jika diisi dengan perjuangan dan pendirian..
apa perjuangan itu?ISLAM!!!!!
apa pendirian itu?ALQURAN & SUNNAH!!!!

orang yang tidak berpendirian ini seumpama monyet yang sentiasa melompat dari satu dahan ke satu dahan..



diperoleh daripada seorang ustaz dalam kuliah tafsirnya maghrib tadi, di masjid jamek tg.malim
sekadar ingin berkongsi!!

Friday, February 6, 2009

coretan hati andalusia


kecelaruan politik di perak berada di tahap klimaks tengahari tadi...
beribu rakyat perak berdemonstrasi sebagai tanda sokongan kepada kerajaan rakyat pimpinan Ir Muhammad Nizar dan membantah proses angkat sumpah MB kerajaan haram yang baru...
sekarang belum tahu perkembangan terkini, sama ada MB Nizar berundur atau masih bertegas pertahankan jawatan..sangat berharap agar MB terus berusaha pertahankannya dan berundur hanya apabila undi tidak percaya berlaku dalam sidang Dun..lawan tetap lawan..biar kata sultan kita sanggah asalkan tidak tunduk pada kezaliman!..
kekalutan ini aku rasa akan terus berpanjangan dan aku yakin kerajaan haram ini juga tidak akan bertahan lama..dengan hanya kelebihan 3 kerusi memungkinkan segalanya berlaku..

kesakitan hatiku sepanjang pergolakan ini berlaku tidak dapat diterjemahkan dengan kata-kata.
Allah sahaja yang tahu...maaflah kalau ada kawan-kawan terasa hati dengan sikap aku kebelakangan ni..kecelaruan sikap aku berlaku kerana proses penerimaan hati dan perasaan atas segala yang berlaku adalah sesuatu yang merumitkan sekali..dan kecelaruan hati itu terpenetrasi melalui sikap aku..ada sahabat yang dimarahi kerana mengatakan semua ahli politik sama sahaja..sian dia kena marah tapi siapa suruh dia cakap macam tu..kalu dia cakap UMNO=PKR=DAP tu aku masih dapat terima..tapi jangan samakan PAS dengan kesemua yang lain..bukan sebab aku fanatik kepada PAS tapi secara logik akal, tak boleh menyamakan dasar sekular ketiga-tiga mereka dengan dasar Islam yang mendasari perjuangan PAS..no way!..perjuangan menegakkan Islam adalah perjuangan yang suci, sama sekali tidak boleh disamatarafkan dengan perjuangan nasionalisme dan sekularisme..mungkin sesetengah mereka menganggap PAS hanyalah sebuah parti politik biasa seperti yang lain-lain..anggapan yang salah..PAS adalah sebuah jemaah Islam, jemaah dakwah yang matlamatnya menegakkan sebuah daulah Islamiah menerusi sistem demokrasi..sama prinsip perjuangan dengan PKS di Indonesia, Ikhwanul Muslimin di Mesir, AKP di Turki dan lain-lain..takkan sama sikit pun dengan parti-parti politik lain di Malaysia ni..maaflah kepada sahabat yang telah kena marah tu (takla marah sangat pun..)..aku ni nak cakap lebih-lebih pun bukannya banyak ilmu sangat..nanti terkeluar ajaran sesat, naya pula..cukuplah tu..

ni nak ke topik lain pula.. semalam lepas kelas malam..pergila singgah warung kat tempat aku ni.. rasa nak makan kuehteow... dalam duk tunggu nak makan..aku tengokla tv.. adala cite melayu ni..ada adegan kat kubur.. tiba-tiba.... aku teringat mati..huhuhuhu.. mati...macam mana la rasanya mati ni.. sakit sangat ke..betul ke rasa macam dihiris pedang.. Nabi Muhammad SAW pun merasa kesakitan semasa baginda wafat.. macam mana dengan insan hina macam aku ni.. apa nasib aku nanti?? siapa jadi peneman aku dalam liang yang sempit tu nanti.. ular kah?kala jengking kah? Nauzubillahhiminzalik... bagaimana tempat tinggal aku nanti? seluas mata memandang atau sempit menyesak dada? adakah taman-taman syurga atau lubang neraka? bagaimana dengan dosa-dosa aku ni.. terampunkah..menggunungnya dosa ku ni tinggi tak terkata.. bagaimana aku nak hidup dalam seksa sehingga kiamat?.. yaALLAH takutnya... ampunkan hambaMu ini ya ALLAH.. tapi sekarang aku dah mula gelak ketawa semula..tak sedar diri.. sudah lupa akan mati..terus terbuai dengan jerat duniawi.. kurangkan ketawa wahai andalusia kerana ia akan melupakan engkau pada mati..huhu

sekian sahajalah coretan andalusia kali ini.. ilalliqo'.... assalamualaikum

Tuesday, February 3, 2009

kenapa?


Kenapa saya suka PAS...

Kerana PAS berjuang untuk Islam..

Kenapa saya sokong PAS...

Kerana saya inginkan sebuah daulah Islamiah..

Kenapa saya pilih PAS..

Kerana saya inginkan sebuah khilafah kembali tertegak..

Kenapa saya mesti bersama PAS..

Kerana PAS sebuah jemaah Islam yang berpegang pada Quran dan Sunnah..

Kenapa saya kena berjuang bersama PAS..

Kerana saya muslim yang cintakan Islam..
kenapa saya sayang PAS...

Kerana saya nak lihat Islam kembali agung..

Kenapa saya bersama PAS..

Kerana tanggunjawab dakwah saya...

Kenapa saya undi PAS..

Kerana saya nak lihat Islam kembali berkuasa..

Kenapa, kenapa, dan kenapa.....


sambunglah sendiri.......

salam untuk semua makhluk ALLAH

sakit mata...
bosan...
jemu...
menyampah...
buruk....

blog aku ni kena dijenamakan semula rasanya...
dalam bahasa orang puteh disebut 'rebranding'...
sebab tak cantik la blog ni..
orang nak baca pon bosan...
aku sendiri pun bosan menengoknye..huhu..

tapi nantilah..kena belajar ngan kawan dulu..
banyak kali dah try nak ubah tapi tak berjaya pon..
pelik betul...huhu...
siapa nak ajar?aku ni buta sikit bab teknologi ni...
yela orang kampung...

bertambah pening kepala aku apabila melihat perkembangan politik kat perak sekarang ni..
aduhai...
moga ALLAH selamatkan pemerintahan YB Nizar...
moga ALLAH limpah kan keberkatan dan rahmatNya..
moga ALLAH lindungi pemerintahannya daripada segala perancangan jahat musuh..

aku sekarang tengah mengumpul semula saki baki kekuatan yang ada..
kerana perjalanan aku sebagai pelajar masih panjang dan berliku...
sudah mula terasa dalam diri aku ni rasa malas..malas..dan malas...huhu
tak elok kan..seorang muslim yang baik tak boleh ada sifat malas...
muslim kena rajin..kena semangat...
ALLAH suka muslim yang rajin...
tapi kenapa aku malas?sebab aku muslim tak baik kot..huhu
Nauzubillahhiminzalik....

YAALLAH...lindungilah aku dari sifat-sifat tercela...daripada perkara-perkara yang Engkau tidak sukai...

ok lah..perut pon sudah menyanyi riang...
nak pi pekena nasi lemak makcik kiah jap...
lapar...
hari ni perak cuti....=)

semoga ketemu lagi di lain coretan...


ikhlas daripada: andalusia

Friday, January 23, 2009

emmm..hipokrit!!!!!

Malaysia usaha bawa balik 2 tahanan di Guantanamo

Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Malaysia berharap dapat mengadakan rundingan dengan pentadbiran baru Amerika Syarikat yang diterajui Presiden Barack Obama bagi membawa pulang dua rakyat Malaysia yang kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata berikutan itu, Duta Besar Malaysia di Washington dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diminta membuat persiapan jika ada keperluan berbuat demikian.

Katanya, pentadbiran Amerika Syarikat mungkin melihat kepada keperluan baru, berikutan tindakan Obama yang menyatakan hasratnya mahu menutup penjara di Teluk Guantanamo.


"Kita akan membawa usul ini menerusi ruang yang ada dengan pihak di sana. Kita juga bersedia untuk membawa pulang (tahanan Malaysia), kalau ada perundingan yang dapat diputuskan ke arah itu.


"Kerajaan kita ada pegawai di Washington dan mereka ini akan terbabit untuk menyelesaikan perkara berkenaan... kalau ada keperluan mereka akan hubungi pihak berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas nasib dua rakyat Malaysia yang kini ditahan di penjara Teluk Guantanamo sejak 2003.

Mereka didakwa terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI) dan al-Qaeda, Mohd Farik Amin atau Zaid (Zubair) dan Mohammed Nazir Lep atau Bashier Lep (Lillie).

Pentadbiran Bush mendakwa mereka sebagai perancang 'ombak kedua' operasi untuk al-Qaeda bagi menyerang sasaran di Los Angeles.

Semalam, Obama menandatangani satu perintah eksekutif untuk menutup penjara Teluk Guantanamo dalam masa setahun.

Draf perintah berkenaan yang diedarkan kelmarin juga meminta memberhentikan perbicaraan dalam penjara, di mana suspek pengganas ditahan untuk beberapa tahun tanpa perbicaraan.

Sementara itu, Wakil Malaysia ke PBB, Datuk Hamidon Ali ketika dihubungi di New York, semalam, enggan mengulas lanjut.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Prof Datuk Mohd Hamdan Adnan, berkata mereka yang ditahan di penjara berkenaan tidak wajar ditahan begitu lama jika tiada bukti kukuh mereka terbabit dalam keganasan.

"Obama kena tunjuk teladan yang baik, tidak boleh cakap hak asasi manusia sekiranya masih menahan orang tanpa bukti sahih," katanya.


komen aku: hipokrit kan ayat yang di'bold'kan tu? kuman diseberang laut nampak sangat, gajah depan mata buat-buat tak nampak..apa bezanya kem guantanamo dengan kem kamunting?apa tahanan ISA tu dibicarakan ke?..malaysia pun tahan orang tanpa bukti yang sahih, kalau ada bukti bicarakan la, kenapa perlu simpan lama-lama?ada yang kena tahan sudah 8 tahun tanpa bicara..sama sekali bercanggah dengan Islam..kasihan para isteri dan anak-anak yang hidup tanpa bapa, sampai yang terpaksa bercerai..undang-undang rimba apakah ini..malaysiaku temberang!

corat coret andalusia..


gaza sudah mulai tenang kembali selepas berminggu-minggu hidup dalam lautan peluru dan bom. Alhamdulillah, syukur kehadrat ALLAH, saudara ku kembali aman, tapi sampai bila? musuh-musuh Islam tidak akan senang duduk kalau melihat kita bahagia, mereka tidak akan pernah puas selagi tidak hancur keseluruhan Islam. permusuhan antara dua agama ini berterusan sejak beribu tahun, sejak zaman Nabi Muhammad SAW. dendam kesumat puak yahudi terhadap agama Islam tidak akan padam sampai hari kiamat. tidak akan berlaku kiamat selagi umat Islam tidak memerangi kaum yahudi dan membebaskan bumi palestina. saat dan waktunya akan tiba jua, aku cuma mengharapkan aku mampu melihat saat pembebasan bumi palestin daripada cengkaman zionis laknatullah.

Hamas mendakwa mereka mencapai kemenangan kerana Israel tidak berjaya menghapuskan Hamas dan tidak berjaya menghalang serangan roket Hamas daripada terus berlaku, tapi bagi aku ia adalah kemenangan dalam duka, apa ertinya kemenangan apabila melihat beribu rakyat palestina mati, belum kira bilangan mereka yang putus kakinya, hilang tangannya, buta kedua matanya. peritnya menjadi rakyat palestina. kemenangan ini akan lebih bererti kalau ia mampu membebaskan negara palestina dan mengusir keluar bangsa yahudi zionis. mungkin ini permulaan yang mampu membangkitkan semangat jihad dalam diri umat Islam Palestina. anak-anak kecil, generasi-generasi muda yang hidup ketika ini, yang melalui zaman perit inilah suatu hari nanti akan mengisi barisan hadapan tentera ALLAH yang akan membebaskan palestin. InsyaALLAH. israel tentu puas, biarpun mereka berundur, kerana bagi aku tujuan mereka hanyalah untuk membunuh dan menghapuskan umat Islam palestin, bukan matlamat utama mereka menghapuskan Hamas tapi mereka hanya mahu melihat rakyat palestin menderita. walaubagaimanapun, yang paling bererti, peristiwa ini semakin menyedarkan umat Islam akan perihal Umat Islam Palestin. mereka yang selama ini yang tidak ambil peduli sudah mula mengorak langkah untuk turut bersimpati terhadap muslim palestin. Alhamdulillah. aku berharap semoga ALLAH memberi aku peluang untuk melihat pembebasan bumi Al-Quds. ameen.

cuti pertengahan semester akan bermula esok, jumpa lagi seminggu selepas ini..
sebelum itu, salam tahniah buat pro-mahasiswa UM dan UIA atas kemenangan dalam pilihanraya kampus baru-baru ini. assalamualaikum!

Tuesday, January 20, 2009

ALLAHHUAKBAR!!!!

PAS berjaya!!..
Alhamdulillah...moga berterusan..
kejayaan manis buat sebuah gerakan Islam...
moga pejuang-pejuang sekalian terus berjuang sehingga umno sedar..
dan Islam kembali ke puncak..ke kedudukan yang selayaknya buat Islam..
Pesan Tuan Guru Nik Aziz, perjuangan kita adalah dakwah..jangan biarkan sasaran dakwah kita jauh hati dengan kita..jangan kuarkan kenyataan angkuh!..
moga kita tidak lari daripada matlamat perjuangan yang sebenar iaitu ALLAH SWT..
bukan hartA ataupun nama...
ALLAHHUAKBAR!!!!!!


p/s: maafla sebab lambat respon...mungkin sebab terlampau gembira..

Wednesday, January 14, 2009

palestinins need us!!!

Hari ini sudah masuk hari yang ke-17 siri pembunuhan rakyat palestina oleh yahudi zionis israel laknatullah. Angka korban rakyat palestin sudah hampir mencecah 1000 nyawa, hampir 300 orang kanak-kanak terbunuh, apa salah kanak-kanak kecil yang tiada daya upaya itu dan aku percaya angka ini akan terus meningkat. Cuma aku mengharapkan agar Hamas dan barisan mujahideen yang lain memberi tentangan sengit kepada israel laknatullah dan aku juga pasti misi pembunuhan israel ini tidak akan mampu menghapuskan ruh jihad dalam hati-hati orang islam. Apabila mati seorang mujahid, insyaALLAH akan lahir lebih ramai mujahid-mujahid yang sedia berkorban untuk ALLAH SWT. Tidak ada apa yang perlu digentar dan ditakuti, gugurnya mereka dijalan ALLAH, adalah suatu anugerah, alangkah besarnya nikmat syahid itu. Perjuangan fisabilillah ini hanya ada dua penamat, sama ada kemenangan atau syahid.

Kala ini aku dapat rasakan kesedaran mengenai isu palestina semakin meningkat dikalangan masyarakat muslim negara kita. Masing-masing lebih mengambil berat isu palestina. Aku teringat suatu ketika dulu, aku meletakkan gambar syeikh ahmad yassin sebagai main picture friendster aku, alangkah terkejut aku kerana ada sahabat yang bertanya siapa orang tua tu malah ada yang bertanya dari mana aku mendapatkan gambar santa claus tu. Istighfar panjang aku. Tapi mungkin sekarang muslim lebih peka dalam isu palestin ini, ada sahabat-sahabat yang sudah mula bertanya mengenai isu palestina ini, alhamdulillah. Bagi aku usaha mendedahkan isu palestina kepada masyarakat perlu dipergiatkan lagi terutama kepada generasi muda Islam.

Aku mengharapkan agar suatu hari nanti aku dapat bersama-sama umat Islam palestina membebaskan negara mereka daripada zionis laknatullah. Aku juga berharap sahabat-sahabat dapat bersama meluahkan rasa cinta kita kepada saudara seagama kita di palestina dengan memboikot barang-barang israel dan sekutu-sekutunya. Tanam tekad dan kekuatan dalam hati, demi umat islam palestina juga sumbangkan sedikit wang ringgit untuk mereka. Infakkan
Sedikit daripada ptptn dan juga biasiswa kita untuk mereka, agar nama kita tercatit sebagai antara mujahid yang bersama-sama membebaskan palestina dan wang ringgit serta usaha kita itu akan menjadi saksi kita di akhirat nanti. ALLAHHUAKBAR!!! Ayuh bangkit ummah!!

none of u truly believes in ALLAH and His religion, until he loves for his brother what he loves for himself-albukhari & muslims

Sunday, January 11, 2009

ucapan syeikh ahmad yassin yang menyentu perasaan

Berikut adalah petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh). Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.

Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Saturday, January 10, 2009

Palestin: Berjuanglah, usah dibazir usia muda�

Justify Full
LanH
Fri | Jan 09, 09 | 8:48:19 pm MYT

Saya hadir di Masjid Tabung Haji tengah hari tadi (9 Januari 2008). Selain bersolat Jumaat, saya terpanggil untuk sama-sama menyertai membantah kezaliman rejim Zionis (Israel dan sekutunya Amerika) ke atas penduduk Gaza. Saya tidak dapat menahan diri daripada tidak membuat apa-apa selepas melihat gambar menyayat hati anak-anak Palestin yang dibunuh sedemikian rupa.



Ketika berada di Masjid Tabung Haji, saya teringatkan suasana yang hampir sama kira-kira lapan tahun lalu (2001). Ketika itu saya solat Jumaat di masjid itu, kemudian menyertai jemaah membantah pembataian Amerika ke atas umat Islam Afghanistan.

Sebagai orang muda (ketika itu masih berusia 30-an), selepas solat saya pun bingkas bangkit, penuh bersemangat, berlari, berarak beramai-ramai ke Kedutaan Amerika. Panas mentari tidak dipedulikan. Laungan takbir saya turut membantu gegak gempita pemuda. Di depan pintu masuk kedutaan, saya gagah menahan panas untuk mengikuti ceramah ringkas pemimpin.

Ketika itu Afghanistan diperintah Taliban yang dituduh Amerika menyorokkan tokoh didakwa pengganas nombor satu dunia, Osama bin Laden. Kerana Taliban enggan menyerahkan Osama dan pemimpinnya Mullah Omar, Amerika pun menghujani bumi barakah itu ledakan dan bedilan roket.

Tindakan Amerika itu menyebabkan ratusan ribu rakyat Afghanistan menyerang sempadan, menjadi pelarian di Pakistan. Salah satu bandar sempadan yang menjadi tumpuan adalah Peshawar.

Hendak dijadikan cerita, saya dan jurugambar Nasir Sudin dihantar ke Peshawar untuk membuat liputan. Ketika itu semangat tinggi, apatah lagi ketika berada di sana, suasana sungguh menyayat dan memilukan kerana ketika itu Ramadan. Jadilah Ramadan yang dikongsi bersama pelarian Afghanistan begitu mengesankan. Masih terbayang-bayang kesejukan malam solat tarawih bersama jemaah di Masjid Emas, Peshawar.

Juga terbayang menikmati epal berdebu untuk berbuka puasa. Orang di sini nampaknya tidak peduli membasuh buah-buahan, mereka makan saja. Lagi pun air susah didapati. Jadi kami pun sama-sama makan epal berdebu. Bertawakal sajalah.

Hari ini (9 Januari 2009), saya benar-benar insaf kerana ketangkasan itu tiada lagi pada diri saya. Saya berjalan lambat-lambat ke Kedutaan Amerika. Nasib saya baik kerana berjalan di bawah bendera besar PAS yang dijulang oleh sekumpulan pemuda perkasa. Saya menumpang teduh di bawah bendera itu kerana tidak tahan sengatan sang matahari. Malulah saya berkeadaan begitu kerana ada golongan Hawa yang cergas bergerak di depan, tetapi 'apo nok dikato'.

Itulah saya, sejak disahkan sebagai penghidap kencing manis (diabetes) sejak tahun 2002, saya dapat merasakan kelainan diri. Kadang-kadang jika tekanan gula terlalu rendah, anggota badan akan berpeluh, kepala mula pitam dan mahu muntah rasanya. Badan pun terasa sengal-segal, kadang-kadang mahu mengangkat tangan pun ada masalah.

Jadi sebelum saya pengsan di tengah-tengah orang ramai itu dan menyusahkan orang yang mahu berdemo, lebih baik saya mencari ketenangan diri. Pada perhimpunan hari ini, saya yang sudah berada di depan pintu masuk Kedutaan Amerika, kemudiannya melintasi jalan dan mencari teduh di bawah pokok besar berhampiran Kedutaan Singapura.

Seorang rakan yang terserempak di sana, tertawa memandang saya. Ehh, demo di bawah pokok, katanya yang saya tahu ikhlas dan memahami di sebalik kata-kata itu. Tetapi terasa juga betapa saya semakin tua dan tidak berdaya. Saya buat setakat yang saya boleh, tidak terikut-ikut dengan upaya orang lain. Kalau orang boleh berdiri, berdirilah; biarlah saya duduk asalkan tidak menyusahkan orang lain.

Saya cukup sedar bahawa terkandung pengajaran yang cukup bermakna yang perlu saya dan rakan-rakan dan pembaca hayati. Orang tua-tua dan bijak berkata; ketika zaman kanak-kanak ilmu tiada, tenaga tiada pengalaman pun tiada; ketika muda tenaga banyak pengalaman kurang; sudah tua pengalaman banyak, ilmu banyak tetapi sayang tenaga pula sudah habis; itulah sebabnya manusia selalu tersadung dalam hidup ini.

Jadi kepada anak-anak muda, saya ingatkan, perhebatkan perjuangan jangan dibazirkan tenaga muda itu sebab akan ditanya nanti � zaman muda kamu ke mana kamu habiskan? Akan buruklah nasib badan jika dijawab dihabiskan di pub dan kelab (maksiat) sebaliknya akan berbahagiakan yang menjawab dihabiskan untuk perjuangan antara lain membela nasib umat Islam Palestin sekalipun melalui demonstrasi seusai solat Jumaat tadi (9 Januari 2009)! _


p/s: di ambil daripada harakahdaily.net

Thursday, January 8, 2009

gaza vs kuala terengganu

ketika ini semua mata, telinga, mulut tertumpu kepada penderitaan saudara kita di gaza..didoakan moga ALLAH beri kekuatan kepada pejuang-pejuang disana..
InsyALLAH mereka akan beroleh kemenangan..
di bumi tercinta ni pula...
ada juga perjuangan yang besar...
perjuangan dalam gelanggang pilihanraya...
moga ALLAH beri kemenangan pada Islam..
kedua-duanya Islam...
tapi berbeza dasar perjuangan...
satu pihak menjadikan bangsa sebagai dasar perjuangan..
satu pihak lagi berjuang atas jalan agama..
menjadikan daulah islamiah sebagai matlamat..
seperti perbezaan antara Hamas dan Fatah di palestina..
pilihan ditangan rakyat kuala terengganu..
sama ada Islam ataupun Melayu yang menjadi pilihan..
Melayu hanya terhenti setakat melayu..
perjuangannya Asobiyyah..
ada melayu islam..
ada melayu yang sudah bukan ISlam..
bukan semua Melayu Islam..
melayu definisinya sempit
Islam itu luas..
Islam itu keadilan...
Islam itu rahmatan lil a'lamin..
rahmat untuk sekalian alam..
termasuk bukan Islam..cina..india..
Islam itu indah...
melayu vs islam..
umno vs PAS

moga beroleh kemenangan untuk keduanya..
pas dan gaza...
ALLAHHUAKBAR!!!

Wednesday, January 7, 2009

Terkini : 10 tentera rejim Zionis mati , 30 cedera di tangan Brigade Qassam.

Selasa ,06/01/2009 -10 tentera rejim Zionis mati manakala 30 yang lain cedera parah akibat asakan serangan dari pihak Brigade Qassam , sayap ketenteraan Hamas malam tadi.

Sumber dari Qassam menyebut, para pejuangnya berjaya menarik perhatian tentera rejim Zionis mengepung sebuah rumah yang telah di pasang bom peledak. Setelah pasukan rejim mengepung kawasan rumah , pihak pejuang Qassam meledakkan bom.

Pasukan tentera rejim yang lengkap bersenjata yang berada di dalam rumah terperangkap dalam ledakan tersebut. 10 orang dipercayai terbunuh

Pihak Qassam berjanji, tentera rejim Zionis yang telah memasuki Gaza tidak akan pulang dengan selamat.

Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx


ALLAHHUAKBAR X3!!!!
BERDERAU DARAH AKU BILA BACA..NAIK BULU ROMA..
BUNUH LAGI MEREKA SEMUA TU..GERAMMNNYYYEEEE..

YAALLAH...HANCURKANLAH BALA TENTERA MUSUH-MUSUHMU!!!
KAU TIUPKANLAH RASA GENTAR DAN TAKUT DALAM HATI-HATI MEREKA , TENTERA ZIONIS ..

AKU YAKIN PEJUANG-PEJUANG ISLAM AKAN MENGALAHKAN YAHUDI LAKNAT...
TERUSKAN BERJUANG...
HANYA DUA PILIHAN..
SYAHID ATAU KEMENANGAN..

KAMI BERSAMAMU PALESTINA!!!!!!

Monday, January 5, 2009

Mengundi parti tegak Islam wajib

Pengundi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu diharap menunaikan hak mereka sebagai pemilih dengan penuh keimaman.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hak sebagai pengundi merupakan mutlak kepada setiap individu yang tidak boleh dirampas dan dipaksa sesiapa pun.

"Apabila dihubungkan hak dan kebebasan mengundi ini dengan tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam, maka tunaikanlah hak ini dengan penuh iman.

"Biar bagaimana rahsia sekali pun undi kita pada 17 Januari ini, ia tetaplah akan terakam sebagai amal makruf," katanya dalam satu kawat kepada pengundi parlimen Kuala Terengganu yang tinggal di luar.

Menurutnya mengundi sebuah parti yang mahu menegakkan Islam adalah wajib.

Ini selaras dengan firman Allah Taala dalam surah An Nashr: 1 dan 2 yang bermaksud, "Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki agama Allah dengan berbondong-bondong".

Menurut Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, zaman sekarang, orang menegakkan Islam dengan mengambil alih kuasa melalui pilihan raya.

"Inilah yang timbul kerja mengundi melalui pilihan raya," katanya.

Pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari ini dan penamaan calon lusa.

Sunday, January 4, 2009

palestina-gaza

Laungan jihad sudah bergema di bumi palestina,
Menggetarkan jiwa umat yang masih lagi tidor,
Jeritan, laungan, rintihan, tangisan derita dek kerna bantaian yahudi laknatullah,
Menunggu perhatian dan pembelaan sebillion saudaranya..
Deritanya saudaraku di gaza...
Apa salah mereka?
Adakah mereka salah kerana mempertahankan hak mereka?
Saudaraku..
Masalah mereka bukan masalah bangsa arab semata,
Masalah mereka masalah seluruh ummah,
Ayuh, bingkas bangun!!sahutlah laungan jihad fisabilillah..

Saudaraku, doaku sentiasa buatmu..
Deritamu pasti berakhir..
ALLAHHUAKBAR!!!

Saturday, November 15, 2008

selamat tinggal bumi muallim..

ini malam terakhir ana berada di bumi tanjong muallim..
esok pagi, seawal pukul 7, ana akan berangkat meninggalkan bumi permai ini
menuju ke Melaka bandaraya bersejarah..untuk menemui akak ana di sana,
kemudian, esok hari juga ana akan terus berangkat pulang menemui bonda dan ayahanda di jengka..wilayah sawit dan getah..hehe..
rasa seronok pula dapat berehat panjang..walaupun kat rumah kena buat kerja juga..hehe..

sebulan lamanya cuti, bermakna sebulan la ana tak sentuh blog ni..
kat kampung mana ada internet..kena pergi cyber cafe kalu nak online..
malas la nak pegi pekan..habis duit..

jadi untuk ke akhir kalinya..
sebelum ana berangkat pulang..
teringin rasanya ana mendendangkan sebuah lagu untuk antum dan antunna sekalian..
dengar ya..kalu tak enak jangan dikutukkin..

satu..dua..tiga...

bersatulah wahai kaum muslimin..
dengan semangat dan roh kebenaran..
berjihadlah wahai kaum muslimin..
dengan harta dan segenap kepunyaan..

berjuanglah wahai ansorullah..
dengan matlamat daulah islamiahh..
laalalalaaaa..(lupa lirikk)

bergeraklahh..
ke gerbang jasa..
kalah menang bukan alasannya..
bersihkanlah..
niat dihati..
hingga nyata benarnya janji Robbi..


sekian sahaja daripada ana untuk kalian semua...
jumpa lagi sebulan akan datang..insyaALLAH..
moga kembali dengan obor dan semangat yang lebih menyala untuk terus berjuang demi Islam tercinta..

p/s:kalu ada diizinkan ALLAH..ana nak p kelantan..siapa-siapa yang nak tempah budu..
email lah ana..=)..(jangan email betul2 tao..jenaka je)

aku cipta sendiri..bacalah ye..

semakin hari, semakin aku dapat rasakan sakit nya hati..
melihatkan umat Islam di Tanah Melayu ini..
masih leka dan terbuai dek nikmat duniawi..
hidup terawang-awangan tanpa menyedari musuh mereka sedang memerhati..
jauh ditinggalkan ukhrawi hanya kerana kepentingan diri..
rasuahnya sana sini..
zina nya tiada henti..
dibuangnya bayi, sungguh keji..

ahh..golongan manusiawi lupa ukhrawi..
mengapa lupa pada yang mencipta diri..
tak takutkah pada panasnya api..
tak gentarkah pada ruang yang sempit dan sunyi..
tak malukah pada diri sendiri..
sedarlah wahai saudara dan saudari..
ada kuasa yang memerhati..
segala tindak tandukmu nyata dan tersembunyi..
menanti saatnya nanti..
merayu peluang kedua kali..
untuk pulang kebumi..
berjanji untuk berbakti pada ilahi..
ahhh!!..tiada gunanya lagi..

kepada pemimpin umat ini..
cukuplah berkerja untuk perut sendiri..
segala projek hanya untuk kroni..
harta bertimbun untuk anak bini..
apa yang ada untuk kami?..
mana segala janji yang ditaburi?..
disaat merayu melutut meminta undi..
segalanya kau sanggup berkorban untuk kami..
kini janji tinggal janji...
hanya harga minyak yang melambung tinggi..
mujur kini turun kembali..

tapi ada yang lebih penting lagi..
kami mahu Islam diangkat tinggi..
melebihi daripada perlembagaan kini..
bukan hanya sekadar agama rasmi..
tapi segala ajarannya dipatuhi..
bukan hanya dari sudut ekonomi..

kembalilah sepenuhnya kepada agama suci ini..
Islam bukan hanya diakhiri dengan fardhu haji..
malah meliputi segala urusan hari-hari..
pasti tiada lagi masalah mendatangi..
kerana keberkatan dari Ilahi..
pada umatnya yang sedar diri..
patuh dan taat pada Tuan empunya bumi..

aku melihat dengan rasa luka pada hati..
bak dihiris, dilumati..
mereka sudah berani melawan mufti..
ditaja nonmuslim yang buta hati..
jangan campuri urusan agama kami!!
mca pula sudah berani..
membantah penggunaan hukum Islam di tanah air kita ini..
bacalah paper hari ini..
dan kita hanya berani dalam mimpi..
mereka sudah berani kerana lemahnya umat ini..
jangan kita leka dan lupa diri..

bangkitlah wahai gergasi yang masih enak dibuai mimpi..
sedarilah wahai umat ini..
kita punya kekuatan dan kegagahan diri..
kerana kita punya Ilahi..
tiada yang mampu tandingi..
sedarilah wahai umat ini..
kita adalah gergasi..
cukuplah menjadi buih dilautan hindi..
kita punya doa sebagai senjata diri..
kembalilah sepenuhnya kepada agama suci ini..
pasti kita akan dihormati..
tiada lagi musuh yang berani..!!!



p/s: siap ditaip pada pukul 2.43 minit pagi..sejam memerah idea sendiri..sepontan tanpa henti..kalu xsedap sori...sajak ini (sajak ke?) adalah ciptaan andalusia dikala merasakan diri sudah jauh dari ilahi..

Friday, November 14, 2008

salam perantauan..

Alhamdulillah...
syukur kerana sudah habis beban sebagai pelajar untuk semester ni..
Hari ni hari terakhir exam ana..
biarpun agak mengecewakan paper last tadi..tapi rasa gembira habis exam mengatasi segala rasa duka..hehe..secara kasarnya, exam ana semester ni sama je macam exam yang lepas-lepas, takde rasa peningkatan ketara pun, ana dapat jangka, pointernya pun lebih kurang je..sebab cara belajar pun sama je macam dulu-dulu, takde peningkatan..belajar last minit, tak pernah jumpa pensyarah, tak pernah buat revision semula after kuliah..huhu..macam mana nak dapat dekan kalu belajar macam tu kan..apela ana ni..ish3..tapi takpe lah, semester depan pula..hehe..selepas ni, boleh la berehat, tenangkan kembali fikiran yang seminggu lebih dah bercelaru..jumpa orang-orang kampung yang dah lama ditinggalkan..ayam dan itik..kelapa sawit..wah..rindunya kat jengka..hehe..

berikut adalah analisis ana terhadap kertas-kertas peperiksaan semester ini..

1. Pengujian, Pengukuran & penilaian pendidikan (3/11/2008):
Paper ni...bolehlah jawabnye..50 soalan objektif je..hentam jela..banyak juga soalan yang memeningkan kepala..selalunya paper-paper macam ni la yang membantu pointer ana..=)
Target: seminimumnya B..

2. Biodiversity and Evolution(5/11/2008):
Secara tulus ikhlasnya.tak boleh jawab sangat..huhu..ada 20 soalan esei, jawab 10 je..sepatutnya jawab 15..tapi telah berlaku satu rundingan terus dengan Cik Mai Shihah semasa dalam dewan peperiksaan..jadi telah dipendekkan kepada 10 soalan sahaja..=) walaubagaimanapun ana masih belum mampu untuk menjawab kesemua 10 soalan tu..huhuhu..sedihnya..semuanya sebab study last minit..ni subjek minor
Target: B- je kot..huhu

3. Statistical Method & Applications (6/11/2008):
Subjek major yang pertama..agak susah juga..ada soalan yang tak dapat buat..mesti banyak hilang markah..tapi ok juga la sebagai subjek major..mintak-mintak boleh dapat ok la..carry mark rendah..huhu
Target: B rasanya..

4. Theory & method in mathematic Teaching(6/11/2008):
Selepas paginya ana jawab soalan matematik..petang tu pula kena jawab teori pengajaran matematik ni pula..serabut sikit masa ni..study pun tak habis sangat..
Paper ni paling teruk agaknya...tak tau la dapat ape grednya..takut-takut..mana tak nya, masuk dalam kelas bukan nak dengar lecturer mengajar, ana jadi penganalisa politik ngan aizat..hehe.,banyak sangat perkara yang dianalisis nye..analisis tentang aiman soheh pon ada..=)..dan kesannya..paper paling teruk..huuhu
Target: C je rasanya..huhuhu

5. Ordinary Differential Equation (11/11/2008):
Haaa..ni paper paling mantap sepanjang exam ni..lebih baik berbanding semua subjek..Alhamdulillah..syukur..ana memang suka subjek ni..harap bolehla ada dapat keputusan yang mensenyumkan..=)..
Target: minimumnya B+..harap-harap la..

6. Genetic(14/11/2008):
Huh..mengeluh panjang ana tadi..kenapa la susah sangat soalan nye puan..mensulitkan pemikiran je..macam-macam la keliru tadi..ntahla apa nasib ngan subjek ni..akak-akak major bio cakap subjek ni subjek killer..huhu..asif kak nazihah kerana mensia-siakan usaha akak meminjamkan segala nota-nota akak, sampai ke lab manual sekali akak bagi..syukran jiddan..moga ALLAH membalasnya..tapi ana telah menggunakan semaksimum mungkin nota-nota akak tu..=)..mujur 40% je final tadi...
Target: hmmm..ntahla..mintak tak teruk sangat..



Secara keseluruhannya, tak lah terlalu mengecewakan, sepadan la dengan usaha ana yang secoet ni..usahanya sikit takkan mengharapkan keputusan yang baik kan..jadi segalanya perlukan usaha..usaha+doa+tawakal= kejayaan insyaALLAH..jadi kepada muslim-muslim yang masih belajar..berakhlak lah dalam menuntut ilmu..rajin-rajin la study..jangan tiru-tiru assignment..jangan ponteng kelas..rajin-rajin la bertanya lecterur..jangan jadi macam andalusia..=)